Wednesday, February 16, 2011

~Cuba Untuk Mengerti~

Salam ukhwah, & salam 1 ummah semua kawan2 sekalian...

hai... apa khabar anda sekarang??? semoga sihat2 hendaknya... insyaallah...
Anda dengar x lagu yang sedang dimainkan di blog saya sekarang ini???  :-)
anda cuba lah hayati sebaik mungkin kerana maksudnya amat mendalam sekali
especially bt diri saya sekarang ini.......


Selain tu saya ni mmg suka sangat ngn lagu Dato' Siti Nurhaliza...
bak kata org, asyik2 lagu siti.. gambaq siti la....cam2 la... suka sangat
ngn lagu die sebenarnya....hehehehehe.... jgn marah ekk...
bukan suka sbb rupa paras die.. suka sbb kemerduan dan keunikan lagu kak siti..
kira minat sejak saya kecik lagi ketika 6 tahun lagi sampai lah sekarang...
dah lama kan??? tp tu la saya pilih lagu ini untuk blog saya kerana
ada sebab2 tertentu yang x dapat saya huraikan di sini kerana
hanya saya saja yang tahu... tapi xde pape pun cuma kita sebagai
manusia x terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan kerana
faktor2 yang tertentu atau kerana terlalu mengikut perasaan...



Jadi nasihat saya cuba la untuk berfikir sejenak kita sebagai hambaNya
patut bersyukur kerana masih ada yang sayang kita teruatam sekali ALLAH S.W.T
kerana dia telah membuka pintu hati kita yang buta dan terlelap serta kabur
ini daripada sesuatu yang kita x dapat jangkakan... saya tidak mahu menunding
jari pada sesiapa...... cam lirik lagu siti > Tak Habis Ku Berfikir Sampai Bila
Begini, Ku Menanti, Rasakan Indahnya Cinta... hehehe...




Haa..... tengok pic kak siti kita ni cantik dan ayu kan bila pakai tudung cam ni...
saya doakan semoga Dato' Siti Nurhaliza bt Taruddin akan segera memakai tudung dan berjaya dengan kerjayanya... dia lah idola saya kerana saya kagum dengan pencapaian nya dari dlu sampai sekarang... kak ct x penah berputus asa & die juga antara artis yang x terlaluseksi seperti artis2 yang lain..

Saya simpan picture die dari dulu sampai sekarang......kiranya walaupun saya peminatnya tidaklah saya hendak meniru seperti perwataannya. Tidak!! sama sekali... cuma saya minat lagu2 nya saja... & suke tengok kak ct senyum kalau saya sedih bila tgok gambar kak ct hati saya jadi happy dah... tingin sangat nak jumpa kak ct... hehehe.. mungkin suatu hari nanti saya pasti dapat berjumpa dengan nya... insyaalah....



haa ni lirik lagu kak ct...

Cuba Untuk Mengerti 

by Siti Nurhaliza

Oh..oh..oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta

lyrics found on http://http://www.lyrics.my

(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh..oh..oh..

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku

Ulang Chorus (2X)

Tuesday, February 15, 2011

~ MauLiduR Rasul 2011~

Salam Maulidur Rasul 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Salam Maulidur Rasul 2011 buat semua rakan-rakan....

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Hari ini bersamaan 15 Februari 2011 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger.Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

Jom kita dengar sekali lagu dari kumpulan hijjaz yang bertajuk rasulullah

Hijjaz-Rasulullah

( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

( ulang korus & 1 )

1 MALAYSIA 1 UMMAH



Entri maulidur rasul tahun lepas ada menceritakan tentang peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku pada 12 Rabiul Awal yang lalu. Entri untuk tahun ni nak share antara kisah-kisah menarik Rasulullah yang boleh diambil iktibar dan renungan bersama. InsyaAllah..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”

“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

8 ) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

aizuddin : Betapa jauhnya kemuliaan dan keperibadian Rasulullah dengan diri kita. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Dengan Tema Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1432H / 2011 ialah ‘1 MALAYSIA 1 UMMAH’ . Umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah. –zikrihusaini-

Sunday, February 13, 2011

~Sekian Lama Meninggalkan Blog Kesayanganku~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...",)

Alamdulillah.... da sekian lama saya meninggalkan blog kesayangan saya ni tanpa khabar berita kan??? saya sihat ja...  kini da masuk tahun 2011 daa kan??? masa cepat berlalu tanpa menunggu kita.. Marilah kita bersama-sama bersyukur kepadaNya kerana dengan limpah kurnianya kita masih bernafas hingga ke saat ini.... saya berasa gembira kerana dianugerahkan segala-galanya iaitu seluruh pancaindera dalam keadaan yang sempurna dan kesenangan yang alami sehingg ke saat ini.... jika dibayangkan dengan makhluk2 ALLAH yang lain yang tidak merasakan seperti apa yang aku rasa sekarang ini....Terima kasih ALLAH, terima kasih maa, abah, abg, kakak, kawan2 kerana semua yang telah memberikan aku kebahgiaan x kira sebesar mana pun aku terima seadanya....amin....


Tahun baru ini kawan2 mesti ada AZAM BARU kan??? samalah seperti saya...saya pun ada tanam
azam baru iaitu......haaaa.... mana leh gtaw... hanya saya dan ALLAH saja yang tahu...walaupun azam tahun lepas tidak semua apa yang saya inginkan x tercapai sekurang-kurangnya ada juga yang ALLAH makbulkan...  kita mesti ingat bahawa ALLAH tidak akan mengubah sesuatu melainkan dengan usaha kita sendiri dan kemahuan kita untuk berubah...kalau kita ingin kan perubahan teruskan berusaha tanpa kenal erti penat dan lelah.... insyaallah apa yang kita inginkan akan tercapai... Tapi mungkin juga ALLAH tidak memakbulkan apa yang kita minta tapi ingatlah ALLAH akan memberi rezeki kepada kita dari segi lain iaitu kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat, dan sebagainya lagi.. jangan lah kita cepat untuk berputusa asa.... bagi pengalaman saya sebelum ini, alhamdulillah, setelah beberapa tahun dan lamanya barulah apa yang saya harapkan tercapai... tapi dengan usaha kita berterusan...


K lah, da panjang lebar saya berceloteh kan???? saya ni mmg suka bercerita dan berdakwah sebenarnya memberi nasihat, dorongan dan motivasi kepada diri sendiri dan kepada sesiapa saja yang membaca blog saya ini berdasarkan pengalaman diri sendiri...mungkin insyallah suatu hari nanti saya ingin menjadi seorang pakar motivasi atau pensyarah kott..huhuhuhu....
Terima kasih yee sbb sudi membaca!!! :-)

    

Haa cita bab tahun baru 2011 ni saya meneruskan pelajaran saya di UiTM Puncak Alam dalam semester 4.Sem ni subject2 yang saya akan belajar agak mencabar dan banyak yang perlu saya belajar dari segi system dalam pejabat... Maklumlah saya kan amik cos Office System... so...that why la saya kena belajar mengenai  system2 ni, especially database, network, ada juga kena belajar sal international business iaitu mengenai business di luar negara, macam mana kita nk sesuaikan diri kalau company kita ada link ngn luar negara...macam2 g la... best gak la kita dapat mengembangkan lagi minda dari segi economy dan business...hehehehe 
Selain itu, saya juga belajar mengenai subject yang wajib saya amik la iaitu Administrative Office Management.  haaa... subject ni mmg la dengar cam senang... huhuhu.. agak senang juga la berkaitan dengan environment dalam office, office layout and ada juga system2...
so harap2 sem ni dapat buat yang terbaik..... dapat kekalkan pointer 3.00 keatas dan meningkat prestasi menjadi 3.33... insyaallah...

Penat la... berhenti di sini dlu ekk...

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)