Saturday, June 19, 2010

~MeNjADi MUSLIM TeRbAiK~

Sekiranya kita lihat di langit, mana satukah yang menarik perhatian? Sudah semestinya bintang yang paling cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya. Oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi "bintang" supaya dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.

Al-Quran menjelaskan , umat ISLAM laksana bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat yang terbaik. Dalam erti kata lain, semua Muslim dan Muslimah adalah BINTANG.... Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan ALLAH iaitu Tuhan yang Maha Esa. Namun, tidak semua bintang mendapat perhatian Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang akan mendapat perhatian, rahmat dan keredaaannya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK!

Menjadi Muslim Terbaik menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merealisasikan status Muslim Terbaik. Ia bermula dengan apresiasi kepada iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan penterjemahan diri selaku Muslim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan, tindakan dan agenda kehidupan.

Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita berpeluang menjadi BINTANG Muslim Terbaik. Mulakanlah ia sekarang bagi kehidupan yang lebih gemilang di dunia dan di akhirat...insyaallah...amin...

BERSYUKUR SEBAGAI MUSLIM


Betapa agung Allah yang Maha Penyayang menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangnya. Kita di lahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa di minta. Ini adalah bukti kasih sayang ALLAH. Apa yang bakal terjadi apabila saat kita dilahirkan Allah menetapkan kita bukan seorang Islam? Betapa berat perjuangan saudara-saudara Islam kita yang bukan Islam bagi tauhid dan beribadat kepada Allah.

Salam sejahtera dan selawat ke atas Nabi Muhammad. Melalui dakwahnya, umat Islam dunia mengenal kebenaran. Melalui dakwahnya, kita dapat memahami hakikat kehidupan ini. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kemampuan kepada kita supaya mencontohi sunah rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Tiada sikap yang begitu baik yang dapat kita lakukan selain bersyukur kepada ALLAH atas limpahan kurnianya dalam kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur atas beberapa perkara asas. Pertama, bersyukur kerana ALLAH menciptakan kita sebagai manusia, makhluk Allah yang begitu sempurna. Sebagai manusia kita memiliki berbagai-bagai kelebihan dan keutamaan apabila dibandingkan dengan makhluk lain. Manusia adalah makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan lebih daripada makhluk lain. Dalam hal ini kita sebaik-baiknya bersyukur atas berbagai-bagai kelebihan yang kita miliki. Bagaimana cara bersyukurinya? Itulah masalahnya yang perlu kita fahami lebih mendalam...

Kedua, kita patut bersyukur atas pemberian anugerah terbesar dalam kehidupan ini iaitu nikmat Iman dan Islam. Faktanya, tidak semua manusia beriman. Ini bererti keimanan dan keislaman adalah anugerah yang sebaik-baiknya kita syukuri. Keislaman dan keimanan menjadi modal demi mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Apabila kita mensia-siakan anugerah itu, kita mengalami kerugian yang begitu besar.

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)