Friday, July 29, 2011

~BuLaN SYAABAN~

Assalamualaikum....semua...
Hai…lama rasanya x update blog ni kan…al-maklumlah sekarang ni keja kan... keja part time la katakan.... sebulan tu 4 hari ja cuti....tu la keja cari rezeki...  hehehehe... 


Haa...pejam celik, pejam celik kita da nak habis da bulan syaaban ni taw... cepat masa berlalu kan.... kamu tahu x, bulan syaaban ni adalah bulan untuk menyiram tanaman, menyucikan hati, bulan syafaat, bulan muhibbah dan digandakan pahala sebanyak 700 kali... wallahuallam la... macam tu la yang dicatatkan dalam al-quran kan... ye la... 

Apa bleh wat kan... yang datang pasti akan pergi.. macam tu la jugak manusia pun... beberapa hari saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan taw... tahun ni alhamdulillah dapat sambut ramadhan bersama keluarga di kg..sebab sebelum ni sambut di perantuan di Terengganu la Selangor la.. jauh ngn family tapi tahun ni duk kat Kedah ja... 

Tapi apa bleh wat kena kerja plak kan... tak taw la cam na la rasanya nanti.... Haa... sementara menunggu Ramadhan tiba, kita masih tak terlambat nak habiskan saat2 di bulan Syaaban... Tahu x, barangsiapa yang berpuasa di bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadai taulan Nabi Allah Yususf di dalam syurga. diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Daud. Jika disempurnakan puasanya sebulan bulan syaaban, dipermudahkan baginya Sakratulmaut dan terlepas daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir ditutup Allah keaipannya di hari qiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Tu die... banyak lagi syafaat berpuasa di bulan Syaaban ni taw.. tapi tu la x kesampaian nk laksanakan semuanya.. hanya ikut kemampuan la kan... yang penting hati kita niat kita hanya kerana ALLAH.... Kamu semua tahu x, bulan yang lebih dikasihi oleh ALLAH adalah bulan Syaaban taw,,,so perbanyakkanlah doa supaya ALLAH sayang pada kita i sebagai hambanya... insyaallah.... 

Bulan Syaaban ni ada keistimewaannya taw... ada malam Nisfu Syaaban... iaitu apabila malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun makan aku ampunkan, adakah orang yang ditimpa bala aku ringankan, adakah orang yang meminta rezeki maka aku rezekikan demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar... 

Da lepas da malam Nisfu Syaaban ari tu... mudah-mudahan pada tahun2 akan datang kita masih bernyawa untuk menyambut kedatangan nya lagi... amin.... segala apa yang kita lakukan sudah diangkat ke langit dan digantikan dengan buku yang baru... Jadi, kita haruslah sedar bahawa kita kena berubah dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum-sebelumnya.... supaya buku ibadat kita tercatit dengan lebih baik dari sebelumnya....

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)