Wednesday, February 22, 2012

~NaSibku SeoRanG WANITA~

Assalamualaikum....semua... alhamdulillah setelah sekian lama saya menyepi dan diam membisu da lama x menulis kat blog ni kan.. kali ni saya nak berkongsi pengalaman saya selama bertahun-tahun saya menunggu akhirnya tercapai jua hasrat di hati saya ni... 

Tanggal 13 Februari 2012..pada jam 9 pagi saya telah bersiap sedia untuk pergi ke hospital swasta yang terletak di ibu kota di ALor Setar iaitu PMC-Putra Medical Centre. Hasrat saya da lama da untuk menjalani satu pembedahan di bahagian dada saya nie. Saya mengalami penderitaan ini hampir 5 tahun sejak tahun 2007. Saya dapat mengesan sakit saya ni ketika saya masih menuntut dalam jurusan diploma di UiTM Chendering, Kuala Terengganu lagi. 


Lama juga saya menunggu untuk dibedah selepas berjam-jam nurse menahan saya di wad untuk berpuasa pada hari itu sebelum menjalankan pembedahan... saya sampai di hospital pada pukul 11.30 ...dan saya ditahan di wad dari pukul 1 sampai sampai pukul 5 ptg.. lama jugak tu kan sementara nak tunggu turn nak sampai la katakan kan... eemmm... tepat pukul 5 ptg selepas saya siap solat di bilik wad, saya di bawa ke bilik ICU untuk di bedah... lebih kurang dalm pukul 5.30 ptg baru saya di bedah sbb kena bius dulu masukkan air dalam badan saya lagi.. aduii... pengalaman la katakan kan... hehhehe.. saya hanya mampu berdoa semua selamat...


Kini, saya rasa bersyukur kerana selepas menjalani pembedahan ini saya x perlu rasa risau lagi kerana sakit yang saya tanggung hanya ALLAH saja yang tahu.  Pada peringkat awal ingatkan x sakit. Tapi lama kelamaan dada saya sakit sampai saya x dapat mengangkat barang2 berat badan dan dada saya sakit. Beginilah nasibku sebagai seorang wanita yang ALLAH jadikan di muka bumi ini yang selalu diberi ujian dan dugaan dari pelbagai aspek. 
Walaupun da dibedah saya kena berpantang dan sentiasa menjalani rawatan di hospital untuk perkembangan kesihatan saya dari masa ke semasa.

Bawah ni adalah gambar kenangan saya selepas menjalani pembedahan di wad kecemasan di hospital pakar PMC...

Kini saya da semakin sembuh dan perkara yang paling pahit dalam hidup saya ialah ia meninggalkan kesan dalam hidup saya. Saya berharap pada wanita di sana yang harus menjalani pembedahan cepat2 la berjumoa doctor dan trus mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan... insyaallah.....

1 comment:

PuTriAjA said...

Dalam suka saya akan sembuh dari penyakit ni ada juga duka yang mendatang. Saat saya memerlukan seseorang dia telah pergi meninggalkan saya. Hanya yang tinggal adalah semangatnya. Tapi x pe la.. Allah telah menentukan segalanya. Dengan hati yang terbuka dan tabah, saya redha menerima takdir ketentuan ilahi...^_*

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)