Assalamualaikum....
Apakah itu tanah suci?
Kita sering mendengar istilah “tanah suci Mekah” dan “tanah suci Madinah”. Jadi, ada yang mempersoalkan. Apakah tanah suci yang ada di Madinah memiliki batas-batas seperti tanah suci di Mekah, dan apakah larangan-larangan seperti memburu di tanah suci Mekah berlaku di tanah haram Madinah?
Tanah
Suci
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah
menjelaskan batas-batas tanah suci Madinah sebagaimana menjelaskan batas-batas tanah suci Mekah. Batas tanah suci Madinah dari
arah Selatan adalah Gunung ‘Air, dari arah Utara adalah Gunung Tsur, dari arah
Timur adalah dataran berbatu hitam sebelah Timur Madinah, dan dari arah Barat
adalah dataran berbatu hitam sebelah Barat Madinah.
Hal ini berdasarkan beberapa hadis, seperti dari
Ali bin Abi Thalib dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau
bersabda,
“Madinah memiliki tanah suci, yaitu antara
Gunung ‘Air dan Gunung Tsur. Barang siapa melakukan kerosakan di dalamnya atau
melindungi pelakunya, maka Allah melaknatnya, para malaikat beserta manusia
semuanya melaknatnya, dan tidak diterima tebusan dan pengganti darinya pada
hari kiamat.” (HR. Bukhari, no.6258 dan Muslim, no.2433)
Dan dalam riwayat lain Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda,
“Antara dua labah (dataran berbatu hitam) adalah
tanah suci (bagi Madinah).” (HR. Tirmidzi, no.3921, dishahihkan oleh
Al-Albani dalam Irwa Al-Gholil, 241)
Syaikhul Islam berkata “Tidak ada lagi tanah
haram/tanah suci di dunia ini kecuali dua tanah suci ini, tidak ada istilah
tanah suci Baitul Maqdis, tidak ada pula tempat lainnya yang dinamai tanah suci
sebagaimana dikatakan orang awam.”
Adapun hukum-hukum yang terkait dengan tanah suci
Madinah sama dengan hukum-hukum yang terkait dengan tanah suci Mekah. Di
antaranya:
Tidak boleh bereperang dan menumpahkan darah di dalamnya,
tidak boleh memungut barang temuannya kecuali jika hendak mengumumkannya sampai
ditemukan pemiliknya, tidak boleh memburu binatang buruannya dan tidak boleh
memotong pohon-pohonnya, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam,
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan
Mekah, dan aku juga mengharamkan Madinah antara dua labah-nya, tidak boleh
dipotong pohonnya, dan tidak boleh diburu binatang buruannya.” (HR. Muslim,
no.2425)
Sumber: Majalah Al-Furqon Edisi 04 Tahun ke-10
Muharram 1431 H/2010
Penyuntingan bahasa oleh tim Konsultasi Syariah
Penyuntingan bahasa oleh tim Konsultasi Syariah
Pesanan://
Jika
saudara atau saudari ingin menunaikan umrah, seeloknya sucikanlah hati kita
dahulu dan banyakkan bersedekah & bertaubat kepada ALLAH serta memohon maaflah pada saudara
mara, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagianya kita jika kita ada melakukan kesilapan. Sebaik-baiknya pergilah dengan
hati yang tenang semoga ibadat kita diterima di sana. Insyaallah...
Suasana di Mekah suatu ketika dahulu...
CABARAN DAN RINTANGAN SEBELUM KE TANAH SUCI
Ketika di saat ini, sudah hampir setahun yang lalu, pada bulan Disember 2014 selepas dua minggu saya diijabqabulkan, saya dijemput untuk mengerjakan umrah bersama maa & abah tersayang termasuk kenalan2 abah yang lain. Pada rancangan maa & abah nak bawa pergi sana sebelum saya berkahwin tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Tapi ALHAMDULILLAH, hanya ALLAH saja yang menentukan segalanya. Pelan ALLAH lebih baik daripada perancangan manusia. Kesian kat suami pada masa tu kena berkorban & ditinggalkan untuk sementara waktu. Tapi, hanya dua minggu je la.... Kejap je....
Kenangan yang tidak dapat dilupakan & tak akan luput dalam ingatan saya sehingga ke hari ini.
Saya amat rindukan Tanah Suci Mekah dan ibadat2 yang saya lakukan di sana bersama insan tersayang (maa & abah). Terima kasih yang tak terkata untuk keluarga saya yang sanggup berkorban apa saja untuk membawa saya hingga sampai ke sana walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang di lalui sebelum menjejakkan kaki ke sana. SUBHANALLAH....
Haa ni ada satu kes ni sampai sekarang ni kes penipuan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dari pakej umrah yang menjanjikan untuk membawa kami ke sana dari hujung tahun 2013 lagi (Dis 2013) hingga ke saat ini (tahun 2015). Duit semua dah bagi RM 66k kot... tapi pihak yang tidak bertanggungjawab tu mengatakan duit dah lesap, padahal dia gunakan duit kami untuk tujuan2 yang lain, WALLAHUALLAM...
Kami sekeluarga dah buat report polis dan pihak Tribunal untuk membuat tuntutan balik wang kami tapi sampai sekarang masih belum ada apa2 lagi.... Ya ALLAH.... Sabar je la.... Duit boleh cari tapi tu la sampai hati pihak tersebut memungkiri janji. Nasib baik kenalan abah sendiri plak tu, boleh cakap mulut la... Saya sebagai orang muda dalam kumpulan jemaah yang mengikuti pakej umrah tersebut telah membuat pengesahan dengan pihak permohonan VISA tapi malangnya VISA kami tidak dipohon pun.... Jika pihak tersebut dalam keadaan benar kenapa beliau lari sana, lari sini, call tak dapat, apa2 berita pun x de. Memang kes menipu la kan.... Resit yang diberi kepada kami pun sebenarnya tidak sah dan dia sudah lama berhenti dari pakej tersebut. Jika sahabat semua pernah mendengar Pakej Umrah Raudhah Enterprise yang menetap di Pendang pada masa tu ingin menganjurkan pakej mengerjakan umrah, berhati-hatilah... Sebenar-benarnya syarikat tersebut dah lama expired dari tahun 2012 lagi selapas kami membuat laporan dan pengesahan dari pihak SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di Alor Setar masa tu... Errmm.. sekarang ni kami hanya menunggu pihak yang tertentu membuat tindakan yang sewajarnya kepada beliau...
INGATLAH KAMU BOLEH TERLEPAS DI DUNIA, BELUM TENTU BOLEH TERLEPAS DI AKHIRAT!!!
Renung2kan dan selamat beramal. Kalau diingat-ingatkan memang menyakitkan hati tapi ALLAH ada & dia lebih mengetahui segalanya. Biar ALLAH saja la yang menentukan segalanya. Hai... panjang pulak bercerita pasal "Ustaz S" tu... sekarang ni tak de nye panggilan ustaz lagi... Dengar2 masa kami mengerjakan umrah dengan pakej lain plak la pada masa tu "Ustaz S" tu pun sedang berada di Tanah Suci, beliau menjadi Tawif di sana membawa jemaah2 umrah mengerjakan umrah pada masa tu. WALLAHUALLAM la... Boleh plak dia terlepas pergi ke sana... Kalau kami buat report polis, boleh je polis sumbat dia dalam lokap tapi tu la duit akan BURN cam tu je... Kami kesian kat "Uztaz S" tu... berilah peluang pada dia untuk bayar balik duit jemaah2 umrah yang tak jadi mengerjakan umrah dengan dia tu. Yang kesiannya tu sepupu2 dan saudara mara saya yang lain pun tidak dapat mengerjakan umrah sampai dah kahwin, dah mengandung dan dah ade anak dah sekarang ni pun tak dapat pergi. Errmmm... kenapalah dia memperlakukan sebegitu... Aduh... kawan2 tolong la doakan semoga terbukalah pintu hati "Uztaz S" ni dan berilah dia rezeki dan mampu membayar hutang2nya kepada kami semua.... Amin... Doa je la yang mampu pun....
Dah... sekarang jom dengar kisah saya di sana plak....
KISAHKU DI TANAH SUCI
My Passport
Berdoa beramai-ramai dahulu sebelum berangkat ke sana ^_^
Masa untuk berangkat di KLIA
Cantiknya Masjid Nabawi ni.... Tersergam indah pada waktu malam...
Ramainya manusia dalam masjid Nabawi ni.... terasa tenang je berada dalam tu...
Air Zam2 yang tersedia dalam masjid
Ketika berdoa di hadapan pintu Raudhah...
Selesai sudah mengerjakan umrah di Kota Madinah... bergambar kenangan bersama Makcik & Maklang ..
Suasana di Mekah pada bulan Disember 2014 ( Pagi )
Suasana di Mekah pada bulan Disember 2014 ( Tengahari )
Bersama maa & abah tersayang...baru je habis menunaikan umrah..
Keadaan yang begitu sesak untuk mengerjakan tawaf
Sempat lagi bergambar satu ni je depan Kaabah selepas menunaikan tawaf & umrah
Jabal Rahmah
Sempat melawat di Bukit Jabal Rahmah( iaitu tempat pertemuan antara Nabi Adam & Hawa) ni....
berdoa kat bawah je la.. x dan nak naik kat atas...
berdoa kat bawah je la.. x dan nak naik kat atas...
Jemaah2 Wanita
Pak Ngah
Pakcik(kiri) & dengan nama ape ntah....
Dari Kanan No 2 tu la ustaz D yang membawa kami semua ke sana...
Kenangan bersama dengan isteri ustaz dan saudara mara yang lain.. Tengah tu maa saya la tu... hehehe..
Kenangan bergambar di Tanah Taif... sejuk sangat time ni...
Saat2 akhir melihat Kaabah sebelum pulang ke Malaysia
Sampai di sini dulu kisah & kenangan saya yang mampu dikongsi bersama, bukan untuk menunjuk2 tapi untuk berkongsi pengalaman kami ke sana... Semoga ALLAH menjemput saya & keluarga serta sahabat saya yang lain untuk mengerjakan umrah ke sana. Insyaallah...
Maafkan saya jika ada kesilapan dan tersalah silap sepanjang saya mengenali @ tidak mengenali anda.. Jika ada yang tersinggung perasaan atau apa2 saja kekurangan diri ini. Saya memohon maaf...
Kita berjumpa lagi nanti ye.... Harini Hari Deepavali sepatutnya cuti tapi syarikat ni tak bagi cuti... kerja pun dah habis da... sambil-sambil tak de keje tu boleh la update blog kejap.... Saya pun nak mengundurkan diri.....
Nanti saya cerita kisah-kisah yang lain lagi ye....
WASAALAM...