Monday, February 25, 2013

~CaRa MeMiKaT WANITA~



Assalamualaikum..??? Salam 1 Malaysia semua... How are you dear? hehehe....i hope everything will be ok.. cewahh... nak speaking plok pagi2 ni kan??? hehehe... pagi ni sejuk sangat... hujan katakan... sedap di buai mimpi & tdo malam td.. tapi pas subuh tadi x tdo2 g.. kena jaga baby plak..>anak saudara la.. anak xde g.. x kawen g... huhuhu.. pastu cam biasa la..siapkan sarapan & sidai baju di ampaian kat luar tu tetibe hujan la plak, kena angkat balik.. aduyai... eerrmm.. pastu online la kejap sambil update blog kesayangan saya ni.. Kat sini la tempat saya meluahkan apa yang saya rasa, lega rasa,... kadang2 share everything with u all.. boleh timba ilmu gak.. walaupun sedikit... kepada teman2 nak tahu banyak perkembangan pasal saya pun boleh view kat sini.....
Ok la.. hari ni saya nak coretkan sikit je cerita mengenai bagaimana cara untuk memikat WANITA???? untuk kaum lelaki tahu ke? ni kira macam tips gak la.. tapi x la semua.. sikit2 je la ek.. yang selebihnya tu anda yang tentukan sendiri.... terpulang kepada pasangan anda tu cam ne....







6 CARA MEMIKAT HATI WANITA

1. Tetap dengan cara anda
-Tidak usah berpura-pura dengan dirinya. Apatah lagi jika anda terpaksa mencari identiti baru semata-mata mahu memikat dirinya. Tindakan ini sudah pasti akan menyusahkan anda sendiri. Jangn cuba untuk mengubah WANITA tersebut mengikut kehendak anda sendiri apabila anda baru je berkawan dengannya, mungkin semua perubahan itu memerlukan masa untuk kamu berdua mengenali antara satu sama lain.. So? usah terburu-buru dan jangan gunakan sikap memaksa pasangan anda, relax, cool, dan beritahu pasangan anda dengan lemah lembut dan ambik inisiatif lain untuk mengambil hatinya supaya hatinya tidak terguris... hehehe... try your best!!!..:)

2.Bertindak Spontan
-Ini kerana idea yang spontan dilihat sangat kreatif di mata seorang WANITA. Ia menambahkan lagi saham anda. Bila keluar bersamanya, rancanglah perkara-perkara yang menarik supaya dapat memikat hatinya. Buat lawak spontan pun boleh... kalau saya, saya suka la.. hehehe..

3. Bertegas dengan apa yang dilakukan
-Salah satu karakter yang mungkin boleh diguna pakai ialah ketegasan anda sendiri tetapi berpada-pada la...Jika anda mengatakan minat hendak mendampinginya, berusahalah memikatnya. Apa saja halangan perlu anda tempuhi, anggap je mudah saja..Tidak salah bertegas untuk kebaikan bersama....




4. Rancang sesuatu yang menarik
-Rancanglah sesuatu yang menarik apabila anda bersama terutama apabila anda di gelar suami kepada isteri anda. Buat lah surprise kat dia.. Jangan menunjukkan sikap yang dingin atau sikap panas baran anda kepada pasangan anda. Kesian kat WANITA selalu kena marah2.. x gitu? hehehe... xde la.. gurau je...Ingat!!! Kadang2 peluang datang hanya sekali je, bukan berkali-kali.. kadang2 tu apa salahnya kan? kalau selalu pun lagi x salah.. Tapi bila anda melakukan kesilapan bermakna anda melepaskan peluang mengenai dirinya.

5.Utamakan dirinya


-Wanita mencari lelaki yang boleh menyayanginya sepenuh hati untuk selam-lamanya bukan hanya separuh jalan sahaja, susah senang bersama, menjaganya dengan baik, mencintainya dengan penuh kasih sayang dan selalu share something yang dapat mengembiranyakannya. Jadi, apabila anda berjaya mencuri hatinya, jagalah dengan baik. Jangan abaikan dirinya walaupun anda sibuk mana sekali pun, kerana apabila perasaan WANITA ini terluka maka anda mungkin akan kehilangannya. Cukuplah hanya sekali bagi WANITA menerima cinta seorang lelaki mungkin ada untuk kali ke-2 tapi sukar untuk menerimamu kembali...hehehhe... cewahhh... bermadah-madah pulak kat sini.. huhu...

6.Bercerita topik yang diminati
-Kalau dia tidak minat bola, jangan sesekali anda bercerita tentant bola kepadanya, kalau dia minat haaa.. apa lagi??? ceritalah supaya anda tidak bosan dan boleh tahu lebih lanjut mengenai perwatakan pasangan anda. Lebih bagus, jika gadis yang anda minat mempunyai minat yang sama dengan anda, lebih mudah berbicara. Selain tu, anda harus jadi pendengarnya kerana kepada anda la tempat dia meluahkan segala masalahnya mungkin untuk mendapatkan nasihat atau pandangan anda untuk dijadikan semangat kepadanya kembali.. Kadang-kadang WANITA ni suka topik yang spontan jee janji lucu dan boleh masuk dengan perbualan kita tu, janji x membosankan la... x gitu??? So, tukar2 la topik tu... kalau x sesuai cepat2 tuakr topik ikut situasi kamu berdua.. so?? all the decision its up to u all decide it.. So, good luck....

 




Sebenarnya banyak lagi cara yang anda boleh memikat hati pasangan anda terutama apabila anda sudah digelar SUAMI kepada ISTERI anda sendiri.. So?? ini hanya sekadar pandangan saya sendiri... mungkin anda ada cara anda sendiri.. so? boleh la share.... Apa yang penting apabila kita buat sesuatu tu kita kena lakukan dengan hati yang ikhlas.. tu je la.... sampai di sini dlu, saya sudahi dengan bismillahiruahmanirrahim... wabilahitawfikwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Jumpa lagi...



:-) Smile Always....

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)