Assalamualaikum Warahmatullahiwabaratuh.....
SeLaMaT Pagi..& Salam 1 Malaysia semua...
Syukur Alhamdulillah kita masih bernyawa hingga ke hari ini.. Amin... Semoga ALLAH panjangkan usia dengan memberi kesihatan yang baik kepada kita yee... Insyaallah...
Hari ni, 8hb January 2013 iaitu hari JUMAAT bersamaan dengan 27 Rabiulawal 1434 masihi.. dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani.. Harap2 semua di luar sana sihat hendaknya yee... Insyaallah...:)
Hari ni saya nak share info mengenai "~K@R@kTeR W@NiT@ Id@M@N di M@T@ LeL@ki~. Apa pandangan anda semua di laur sana ek?? Mungkin sesetengah WANITA di luar sana mempunyai pandangan mereka tersendiri mengenai karakter wanita idaman di mata lelaki kan?? betul x?
Sebaik-baik perkataan adalah Kitab ALLAH taala dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad S.A.W. '
Allah berfirman:
"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada kedua-duanya ALLAH memperkembangkan biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan menggunakan nama-Nya kemu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasi kamu."
Dalam ayat yang lain menyebut,
"Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku suapya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui lagi maha mengenal."
Wanita adalah setengah bahagian manusia, bahkan akan datang suatu zaman di mana jumlah wanita merupakan seganda jumlah lelaki, diriwayatkan Ahmad secara marfu' dalam kitan 'musnad' nya. Kita pun sudah mengetahui mengenai perkara tersebut yang telah termaktub dalam Al-Quran kan?
Haa... lagi satu, "Tidak datang hari kiamat sehingga pada lima puluh wanita terhadap seorang suami dan terdapat banyak wanita". Maknanya di sini, bahawa sampai suatu ketika itu, wanita terlalu ramai sehingga ramai wanita tidak berkahwin kerana lelaki akan semakin sedikit yang menyebabkan lelaki boleh berkahwin sampai 4 orang sekali gus tu.. haa.. tudiaa,... sampai macam tu la... tapi memang kenyataan pada zaman sekarang ni pun wanita ternyata melebihi jumlah lelaki... wallahuallam....
Untuk pengetahuam semua, seperti yang anda tahu, wanita adalah semulajadi mempunyai sifat yang lemah lembut. Jadi, kelembutan, kasih sayang dan kecintaannya itu adalah kekuatan hati yang tidak mungkin seseorang dapat mengubah karakternya atau menyimpangkan watak seseorang wanita tersebut. Jadi, jika dalam kehidupan terdapat kebahgiaan, atau kepahitan, maka itu semua berasal daripada kekuatan mereka, dan disebabkan oleh itu juga, lelaki menyulusuri bahaya kerana ingin membahagiakan wanita itu dan berusaha untuk menyenangkannya serta mendapat kerelaan wanita untuk menerima lelaki dalam hidup wanita.
Sebenarnya WANITA adalah tumpuan harapan bagi seorang lelaki, kepadanya kembali dan berbaliknya lelaki, jika wanita itu baik, maka akan baiklah akhlak dan semua perkaranya, jika tidak maka akan menjadi sebaliknya.
Wanita itu adalah seperti cermin, dengan cermin itu,
setiap apa yang kau lihat adalah dirimu, dan untukmu,
Cermin itu adalah syaitan jika merosakkannya,
tetapi jika berjaya menjaga dan membuatnya bererti malaikat.
Maknanya jika kita inginkan pasangan kita itu baik, kita perlu menjadi baik jika tidak akan jadi sebaliknya. Mungkin kita tidak tahu siapa sebenarnya pasangan kita itu kan? betul tak??? sampai ke saat ini, saya sendiri pun tak tahu siapa sebenarnya akan menjadi suami saya.. cuma kita sebagai seorang wanita mungkin harus bijak membuat keputusan dan menerima seseorang itu berdasarkan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Bak kata orang tua2, selalulah buat solat istikaharah untuk membuat pilihan yang tepat untuk kita. Insyaallah...
Selain itu, saya nak share juga mengenai 'Hak Suami terhadap Isterinya" & Hak Isteri terhdap Suaminya". Mungkin sesetengah WANITA di luar sana tak tahu atau kurang pasti, saya pun tahu sebab melalui pembacaan daripada buku2 ilmiah untuk menambah ilmu di dada. Jadi, saya nak kongsi la bersama-sama pembaca di luar sana.
'Hak Suami terhadap Isterinya"
- Terdapat 9 perkara yang isteri perlu tahu jika wanita itu mempunyai suami. Antaranya ialah....
1. Isteri tidak keluar rumah dari rumahnya kecuali dengan izinnya.
2.Tidak menolak ajakannya jika sedang dlam keadaan suci.
3.Tidak berkhianat kepadanya dalam masalah hartanya.
4.Menyertainya dalam berdoa.
5. Menghormati kerabatnya.
6.Tidak menyakitinya dengan ucapannya.
7.Membantunya dalam keadaan yang memungkinkan.
8.Memberi berkat kepada suami dengan hartanya.
9.Tidak menahan hartanya untuk suaminya.
"Hak Isteri terhdap Suaminya"
-Terdapat 9 perkara yang suami perlu tahu jika suami itu mempunyai isteri.
Antaranya ialah...... sebenarnya banyak lagi la.. ni antaranya la..
1. Diberi nafkah.
2.Tidak ditinggalkan lebih dari empat bulan.
3.Tidak dipukul kecuali memisahkan tempat tidur
4.Tidak digauli dari belakang (dubur)
5.Tidak dianiayi dalam pergaulan.
6.Tidak melarang isteri untuk mengunjungi orang tuanya janji dengan keizinan suami.
7.Diusahakan untuk diberi nafkah yang lapang.
8.Mengajar urusan agama, solat, puasa dan hukum-hukum.
9.Melayan isterinya dengan penuh kasih sayang.
Haaa.....tu antara hak2 suami dan isteri yang saya nak kongsikan bersama pembaca di luar sana. insyaallah... wallahuallam....:)
Maka wanita yang terpelajar dan bertakwa adalah anugerah ALLH, utusan penyelamat, bahkan sebagai sumber kebhagiaan dan kebanggaan. Wanita diciptakan untuk menyempurnakan norma alam semester dan untuk melaksanakan misinya itu, tidak akan membuahkan hasil kecuali dengan menghantarkannya kepada pasangannya yang kedua, iaitu lelaki, demikian untuk mengabdikan kewujudannya di alam nyata serta untuk menyebarluaskan pembangunan alam. insyaallah..
Oleh kerana itu, wanita adalah tali penghubung antara keluarga, penghubung antara anggota negeri, jalan darah dalam tubuh umat yang meniupkan roh kehidupan adan kekuatan cita-cita, wanitalah yang diamanahkan oleh ALLAH taala setaip makna peminat yang menarik, kerana keindahannya, keanggunannya dan kehalusannya yang menawan, menjadikannya sebagai peribadi yang dapat menguasai hati.
Wanita dalah teman yang dipercayai, teman lelaki dalam kehidupannya, dalam suka dan duka. Di mana ia berada akan menenmukan ketenteraman bersamanya selepas pulang kerja dengan membawa kepenatan dan hiruk pikuk kehidupan. Di situ lah kelembutan dan kasih sayang, saat bibirnya menyimpulkan senyum manisnya dan tatapan matanya yang menyihir menembus langsung ke relung jiwanya, sehingga membuatnya lupa akan letih dan bosan yang sedang dirasakannya.
Adakah lelaki berakal yang mampu melalui perkara sukar seperti wanita???? Padahal di tangan wanita itu, batu-batu yang keras boleh hancur, malam gelap boleh bening, seperti yang terdapat pada diri seorang wanita solehah, di mana pada diri mereka itu dapat ditemukan ketenteraman dan perkataan mereke dapat melahirkan daya tarikan seorang lelaki.
Sekian, sampai di sini dulu, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai topik ni, carilah buku hasil Aiman Abdul Latif..seperti gambar yang tertera di atas... Saya sudahi dengan terima kasih. Kita sama2 share apa yang kita tahu untuk memperbaiki apa yang salah dan tambah apa yang kurang. insyaallah....
wallahualam... wasalam... :-)
2 comments:
Assalamualaikum..
Penulisan yang menarik! ^_^
Teruskan bertinta.
Saya follow sini.. Jom follow saya kembali.. Moga bermnfaat. =)
~permata yang dicari~
ohh... thanks... insyaallah...:)
Post a Comment