Tuesday, April 30, 2013

~Jom..TeKa-TeKi~


 Assalamualaikum.....Jom teka teki nak tak??? Saja bosan-bosan duk kat rumah ni kan.. sambil menunggu dapat pekerjaan tetap... Interview..da interview da.. training da training da...tunggu je la kan.. Bulan May nanti da nak konvo..14hb May nanti.. waaa... x sabarnya rasa nak konvo... Insya ALLAH..harap2 lepas konvo saya da keja.. Amin.....^_^ sekarang ni sambil buat keja part time kat rumah.. saja la mengasah minda teka teki ni.. kalau ada sesiapa dapat jawab teka teki ni sila la comment jawapan anda & no soalan bagi jawapan tersebut k.. saja suka2.. mungkin mudah bagi anda.. dan anda di luar sana pernah dengar teka teki ni..CUBA LA>>>_<<<<<


1) Suatu hari kita pergi ke satu kawasan kubur, semua kubur sama sahaja nampaknya kan? Macam mana agaknya kita hendak bezakan kubur itu wanita atau lelaki yee??

2)Ni satu lagi teka teki tentang huruf. Dalam banyak-banyak huruf, huruf apa yang paling jauh sekali ye? Ada juga huruf yang paling jauh kan?? cuba teka...

3)Pada suatu hari, Ali telah mendaki sebuah gunung. Setelah sampai di puncak, Ali terlihat sesuatu, Agaknya nun di atas sana ada apa ya?? hehehe..

4)Ini teka teki  pasal negara pulak. Banyaknya negara dalam dunia ni kan kawan2.. dalam banyak-banyak negara, negara apa yang mempunyai huruf U paling banyak? Cepat teka...

5)Agaknya dalam banyak-banyak binatang yang kita tahu kan? Binatang apa yang paling suka sekali buat jenayah ek???? Binatang ni hari2 buat jenayah taw.. aduyai... kalau kengkawan pandai teka la..

6)Ini teka teki tentang  buah pulak yee.. terdapat macam-macam buah dalam negara Malaysia kita ni kan? tetapi dalam banyak-banyak buah, buah apa paling terkenal dan glamor yee? Buah apa la agaknya yee??? ceciter... 

7) Teka ini pulak mengenai 4 biji buah. Antara buag tembikai, kelapa, nangka, dan durian, kalau jatuh atas kepala kita mana satukah yang paling sakit? senang je kan>? cuba la jawab! huhuhuhu... dan bagi alasan sekali yee..

8)Kalau tadi pasal buah, kali ni pasal lain la plak kan.. Ok la.. Antara rotan, ranting dan buluh kalau dipukul diatas belakang kita yang mana satukah yang paling sakit yee??

9)Ali sedang pergi ke padang permainan dengan menaiki basikal. Di tengah jalan hujan turun dengan lebatnya. Anehnya Ali tidak pula basah kuyup kan... Kenapa agaknya yee??? nak kata dia pakai payung??? x jugak.. dia kan sedang menaiki basikal mana leh pegang payung... lagi pun memang dia x bawak payung pun.. kenapa agaknya dia x basah ek sambil menunggang basikal plak tu... huhuhuhu... fikir2kanlah yee... pastu cuba jawab ye kawan2...^-^

10)Ini teka teki tentang sebuah negara yang agak pelik jugak la kan.. Pada suatu ketika, semua orang yang kaya telah bankrap dan menjadi miskin. Jika kaya menjadi miskin, yang miskin agak-agak la menjadi apa plak ek>?

11)Teka teki ni pasal kuda. Kawan-kawan pernah menunggang kuda? Dalam banyak-banyak kuda, kuda apakah yang paling  orang suka sekali yee? Kalau dapat kuda ni, kayalah jawabnya. kalau taw???jawab la..

12)Ok la. Teka ni pasal kera plak.. Kera??? Kera tu macam monyet tu la.. Dalam banyak-banyak kera, kera apa yang paling manusia takut sekali dan kalau boleh tidak mahu berjumpa ataupun temuinya langsung la... kera ape ek????

13)Kita selalu terdengar tentang kejadian banjir di Kuala Lumpur kan? Macam-macam sudah kita dan kerajaan buat untuk mengatasinya. Agaknya, apakah yang menyebabkan banjir di Kuala Lumpur?? Teka teki macam sebab la.. benda apa yang menyebabkan banjir tu berlaku? senang je.. kalau x taw jawab memang la kan..

14)Pada suatu malam di Tahun Baru, 2 orang pencuri telah memasuki sebuah rumah. Malangnya tiada apa yang dapat dicuri melainkan sebuah kalendar. Apa yang boleh dibahagikan antara mereka berdua yee??

15)Ada satu jenis binatang ni pelik sedikit. Binatang apakah agaknya pada malamnya dia hidup tetapi apabila siangnya dia mati?? hhhrrrmmm... malam hidup siang mati... cepat jawab...senang je kan..???


Ok la kengkawan.. sampai di sini dulu teka teki saya untuk bulan April ni... Hari ni adalah hari terakhir dalam  bulan April 2013. Ok la.. kalau ada sesiapa tahu pasal teka teki di atas, sila la jawab di komen kat bawah ni yee... jawapan anda amat di alu-alukan.. sekian, sebelum saya akhiri, Selamat Hari Pekerja pada keesokan harinya..1 Mei 2013 untuk semua warga malaysia yang bekerja.... yeeee... ^_^

Thanks sebab sudi membaca di blog saya.. Jumpa Lagi.. "Take Care".. miss u dear..


No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)