Assalamualaikum semua… haa…
rindu sangat kat blog saye nie…
saya rasa da hampir 3 bulan kot x bukak blog saye nie... al-maklumlah sekarang
saya rasa da hampir 3 bulan kot x bukak blog saye nie... al-maklumlah sekarang
ni busy sikit... exam da nak dekat... waaa.... ari ni tetibe saye rindukan blog
saye ni. yelah tempat saya mengarang dan menulis apa saja yang bermain di minda dan pikiran saya ni kan..kan...
hehehhe..... kan da lama x bukak blog ni kan.. bukak2 je tgok da ada 50 friends da.. eemmm... pastu orang yang view blok saye ni da mencecah 9 ribu lebih da yang view....my blog... dalam masa 2 tahun.
waaa.... terharunye... hampir2 10 ribu gak orang view blog saye nie.. eemmm.. thank you so much.... :-) ek...
ari ni saye duk kat rumah je... x taw nak bt pe.. nak share ape ngn korang ek??? hehehehe.... haa... korang rasa jiwa korang kosong x? kosong tu bukan macam xde perasaan ke x de prihatin kat orang ke... bukan2... jiwa yang kosong ni macam bak kata pepatah, jiwa tu rasa sunyi walaupun ada ramai kawan, rasa sedih walaupun sentiasa tersenyum dan ketawa setiap hari... hehehe... ape yang korang rasa ek? eeemmmm... so korang buat la apa2 je ek janji korang happy...dan jiwa x rasa kosong... GuD LuCk!!!
ok2... saye nak share dgn korang semua pembaca setia saye kat blog ni... sape tu ek? ntah la... ade ke pembaca setia saye ni? saye banyak merepek je dalam blog ni kan... yang mana bleh dijadikan panduan ambil la..yang mana x boleh di jadikan panduan, buatlah sebagai pedoman kita untuk masa akan datang...
Hidup adalah pentas perjuangan dan salah satu antaranya adalah perjuangan ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Kita tak terlepas daripada berselisih pendapat, dan berbeza pandangan dengan orang lain di sekeliling kita kan? betul x kengkawan? hehehehe... sejak kebelakangan ini macam2 perkara saya kena lalui.. aduhh... tapi apa pun setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya.
So, saya rasa di sini, kita akan rasa tenang apabila memaafkan orang... maksudnya cubalah untuk memaafkan orang yang melakukan kesilapan dan kesalahan kepada kita.. walaupun sukar untuk terima kenyataan tapi sedarlah bahawa kita hanya manusia biasa saja. betul x?
Secara umumnya, orang yang dizalimi pasti ingin membalas kepada orang yang menzalimnya. Tentu mereka akan membalas sama seperti yang telah diperlakukan kepadanya, atau lebih teruk adari itu kan? Hanya segelintir saja yang akan berlapang dada, ikhlas, tidak berdendam, bahkan memaafkan orang yang telah berbuat salah kepadanya.
Mengapa sukar memaafkan???
-Benarlah, memaafkan itu memerlukan sejumlah besar keberanian dan masa. Orang yang mampu melakukannya adalah orang yang mempunyai jiwa yang sangat besar. Jiwa dan fikirannya terlalu besar untuk dibelenggu dan disibukkan dengan perkara-perkara yang merugikan seperti tidak berpuas hati, geram, apatah lagi membalas dendam. Hatinya tidak mahu mengikut hawa nafsu kehendaknya.
Orang yang beriman akan sentiasa menyedari bahawa kesan dan akibat jika dibalas kesalahan itu. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk memaafkan sahaja agar jiwa berasa tenang, tenteram dan bahagia. Orang yang pemaaf menyedari bahawa tidak ada menusia yang sempurna dan bebas dari melakukan kesilapan dan dosa. Biarlah memaafkan orang lain itu kerana merupakan satu sifat yang lebih mulis daripada berdendam. Di sini saya menasihatkan kengkawan dan diri saya sendiri sedarlah bahawa siapa diri kita sebenarnya. Buanglah segala ego dan sifat yang negatif yang ada dalam diri kita.
Haa... ada lagi... maafkan bukan bermaksud kita melepaskan orang yang bersalah dari segi perilaku yang zalim dan aneka ragam penganiayaan yang dikenakan kepada mereka. Dalam urusan yang kecil dan boleh bawa bincang dan kesalahan yang boleh dimaafkan lagi, seelok-eloknya maafkanlah... saya pun ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang apabila orang itu membaca blog saya ini, saya menyusun sepuluh jari saya dan rasa rendah diri nya saya katakan jika saya melukakan hati sesiapa, berbuat salah dan silap tanpa disedari @ sedari, secara sengaja @ tidak sengaja.. SAYA MINTA MAAF sangat2...ok??? saya pun sudah memaafkan semua orang yang telah menyakiti hati saya dari dulu sampai sekarang. Biarlah dengan cara memaafkan itu saya harap saya tidak akan mengulanginya lagi untuk kedua kali. barulah hati kita ni tenang dan lega... hehehe...try la ek...
Cukuplah untuk sekali saja. Korang pun tahu kan, sifat pemaaf ini salah satu sifat yang ada pada Rasulullah kita..iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Nak taw satu cerita tak? haaa saya ni memang suka bercerita... hehehehe..... korang ada masa baca la.. x nak baca x pe...
> Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat, seorang wanita yahudi datang membawa hidangan yang sangat lazat berupa kambing panggang. Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar memakan daging kambing panggang, bahagian kegemaran baginda adalah di bahagian paha kanan bahagian hadapan. Wanita tersebut menaburkan racun di atas daging tersebut, melihat hidangan tersebut, Rasululah berasa sangat lapar, selepas membaca bismillah baginda memakan dengan begitu selera sekali. Seorang sahabat Rasulullah Bisyir dan Barra turut makan bersama. Namun sewaktu baginda sedang menguyah makanan tersebut baginda mendapat tahu bahawa racun yang ada pada anggota badan makanan tersebut. Baginda meluahkan kembali daging kambing tersebut maka bisyir dan barra yang menjadi korban. haa x tahu la sape yang bgutahu kat baginda pad masa tu. Rasullullah bertanya kepada wanita tersebut, wanita yahudi itu pun mengaku secara berterus terang. "Aku mahu menguji kamu wahai Muhammad. Jika engkau seorang Rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk tentang perkara tersbut. Tetapi jika engkau hanay orang biasa, makan aku pasti berasa puas kerana dapat menyikirkan kamu kerana engkau membawa banyak kemusnahan kepada kaum Yahudi".
Selepas mendengar penjelasan dari wanita tersebut, Baginda tenangkan dirinya dan walau bagaimana pun baginda masih boleh memafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu layak dikenakan tindakan yang sewajarnya. Ajaibnya pada masa itu, baginda mempunya sidat memafkan yang dimiliki oleh Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Hanya insan yang berhati mulia saja yang ingin mencontohi baginda dan mampu bermujahadah bersunguh-sungguh sahaja yang sanggup memaafkan orang lain.
Waaa... rasanya da lama saya menaip ni.. lenguh pulak tangan saye nie... ok la... masa untuk pergi makan...tengahari.. ok la saya rasa sampai di sini dulu la untuk hari ni... luangkan masa saya depan laptop saya ni..cuti2 ni kena la rehatkan diri dan minda kita....hehehe... ok la.. terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi membaca di blog ini... k la.. tata...
No comments:
Post a Comment