Wahai saudaraku
sekalian, setelah kita menempuh liku-liku bersama wanita yang mantap dalam
akidahnya, ibadah, akhlak, keutamaan, ilmu, kebijaksanaan, dan tanggungjawab
mereka kepada suami dn anak-anaknya, pengorbanan harta,jiwa demi agamanya yang
tercinta.
Persoalannya,
bagaimanakah kita ingin mencontohi mereka? Bagaimana kita hendak
mengabdikasikan ke dalam kehiduoan ita sehingga menjadi teladan dalam pelbagai
aspek?
Janganlah anda memohon
maaf dengan menyatakan bahawa anda tidak mampu melakukannya, malah ia akan
memperlemahkan kemahuan itu lantas mengendurkan semangat hingga merasakan anda
tidaka mampu melakukannya.
Pertama, anda mestilah
menjadi sebagai seorang yang ikhlas kepada ALLAH. Kedua, ikhlasa kepada diri
sendir, pada ucapan dan bagaimana caranya? Ketahuilah bahawa saudaraku
sekalian, jika anda meyakini ALLAH SWT nescaya Allah akan mempercayai anda
dengan hidayah dan pertolongan-Nya kepada anda dan menjdaikan anda wanita yang
solehah.
Wahai saudara
perempuanku, jawapannya tidak lain tidak bukan anda semestinya tah siapa diri
anda yang sebenarnya. Dan harus diingatkan anda harus menentukan misi dan visi
hidup anda.
PERTAMA : Apakah anda kenal siapa diri anda?
Dalam erti kata lain,
apakah anda mengenali diri anda sendiri? Kebanyakan manusia yang sering
menggunakan nama samaran atau jolokan yang tidak mengetahui maksud dan ertinya.
Mereka tidak menganggapnya sebagai cermin kepada keperibadiannya malah sifat
ini juga tidak memberikan apa-apa faedah yang baik dari segi pengaruh mahupun
kemajuannya dalam kehidupan mereka.
Hal ini nampak jelas,
bagi mereka yang menisbahkan diri pada agama ini. Merkea dilahirkan oleh
ibu-ibu mereka dalam kehidupan ini. Mereka tahu dirinya dilahirkan dalam
keluarga muslin tetapi mereka tidak melazimi diri mereka sendiri untuk bertanya
tentang sifat yang perlu ada pada seorang muslim serta apakah perbezaan antara
sifat ini dengan sifat yang lain.
Oleh kerana itu, kita
harus menyeru kepad mereka agar mereka melatih diri untuk menjadi muslim dan
muslimah sejati. Saya berharap anda faham dengan hakikat Islam yang sebenarnya.
Islam adalah menyerahkan sepenuh jiwa kita terhadap Allah SWT dan menghadirkan
perasaan tawaduk dalam hati serta merealisasikan sifat penghambaan diri
kepadanya, menyucikan diri dari segala sekutu, musuh yang menghalang penyerahan
ini, menyucikan diri dari hawa nafsu, akal, kebiasaan dan tradisi masyarakat ke
arah sifat-sifat yang terpuji.
KEDUA : Tentukan Tujuan Hidup Anda
Sebahagian manusia
menjalani kehidupan tanpa tujuan dan sebahagian yang lain menjalaninya dengan tujuan
jangka pendek. Sedangkan bagi seorang muslim yang benar-benar tahu bahawa
dirinya Islam tidak mudah mengikut dengan ini dan itu. Ia menjalani hidup demi
tujuan yang luhur dan pencarian agung yang membolehkannya mencipta kebahagiaan
dunia dan akhirat. Inilah tujuan yang diburunya iaitu redha dengan ALLAH SWT.
Ia terjaga dan
tertidur, makan dan minum, berusaha dan bekerja, menanam dan menuai, belajar
dan mengajar demi mencapai tujuan itu.
Jika seorang muslim
memiliki perasaan seperti ini, serta menjadikannya sebagai penyuluh cahaya,
lubang kebaikan dan sumber kebaikan pada orang di sekelilingnya, nescaya ia
akan berjaya di dunia dan di akhirat, beramal untuk mencapai di syurga dan di
akhiratnya, mengetahui dengan ilmu yakin bahawa keredhaan ALLAH SWT tidak akan
wujud jika ia teragak-agak dalam melangkah atau membiarkan kehidupannya
berlalu.