Pada hari Ahad, 25hb
Julai 2010 telah diadakan satu program untuk semua pelajar Fakulti
Pengurusan Teknologi Pejabat di UiTM Puncak Alam....lepasan asasi, stpm dan
diploma.... Program ini kesinambungan daripada program Modul 1- Kemahiran
Insaniah ~hari tu...senang citer macam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) laa.....
semua pelajar diwajibkan hadir sbb akan direkodkan dalam CGPA kita nanti....
kalu tak amik program ni nanti tak dapat konvo taw.... hehehehehe.... k la
kawan-kawan, nak citer ni... hobi saya mmg suka bercerita.... hobi ni terpupuk
sejak bila ek??? dari kanak2 lagi kot...entah la... rasanya sejak mula saya
praktikal kat perpustakaan alor setar, kedah dulu kot....sbb saya start buat
blog ni sejak praktikal la...& sebab saya penah ikut menyertai aktiviti
sama2 staf & kanak2, untuk program diorang la, bercerita, mewarna la
apa la... bnyak lagi la...kat pustakaan tuu...hehehehe....
Program ini kononnya
start pukul 8.30 pagi la...tp last2 start kat2 pukul 9 lebih gak luarla... sbb
ade masalah sikit masa group saya tak ada mentor/tenaga pengajar yang dijemput
khas dari luar kampus... hehehehhee... so? nak dijadikan cerita, group saya lebih
kurang dalam 30 orang lebih gak la terpaksa dicampak-campakkan ke group
lain....agak sedih sbb malu la, 2 kali masuk group lain pastu kena pindah g
group lain plak... sabar je lah...pening2... tp ikut je lah yee... ade kak mana
tah kat bahagian pengurusan yang aturkan ikut name list dalam kertas...
Akhirnya saya
dapat group no 5 kot..kalu x salah la... Mentor kitorang masa tu ialah Encik
Shahrul Hisyam bin Marwan.. nasib bek encik hisyam ni sporting je taw...masa
first masuk tu group tu agak gugup sebab ramai kot... jadi bagi seorang wanita
mesti la agak malu kan? konon la... tp relax je kan??? masa masuk tu diorang
dah strat dah berkenalan dengan memperkanalkan kawan baik mereka kat
sebelah2... saya x kena la sebab baru masuk kan? dengar je la kawan2 saya
bercerita... & then saya pun kena gak..perkenalkan nama macam ni,
assalamualaikum? saya aja, hai kawan2, encik hisyam, ayu, mira, aja...
dan bersambung la, tiap2 orang kena ingat nama orang lain dan kena sebut nama2
kawan2 yang ain... best gak kan??? agak menarik....sbb kita dapat kenal antara
satu sama lain....yang paling teruk orang yang terakhir la sbb kena ingat nama
dalam 35 orang lebih kot.... ramai kan? yg best nyee saya la, orang first kena
perkenalkan diri x perlu sebut nama2 yang lain... hehehehe....
Tajuk program pada hari tu adalah "Pembentukan Insan
Kamil" yang bermaksud (KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI TAQWA)......
نحمده و نصلى على رسوله الكريم
KE ARAH MEMBINA PERIBADI INSAN KAMIL
InshaAllah ini akan dibicarakan secara ringkas pembentukan
peribadi yang menunju ke arah insan kamil dalam erti amnya insan yang sempurna
keimanannya atau yang paling dekat kepada kesempurnaan dan yang sempurna ketaqwaannya
atau yang paling dekat kepada yang sempurna. Yang benar-benar sempurna
keimanan dan ketaqwaannya ialah insan kamil yang sebenarnya, iaitu para nabi
dan rasul a.s.s apa lagi kemuncak insan kamil dalam alam ini iaitu Nabi
Muhammad s.a.w. Maka akan dibicarakan peribadi manusia, kejadiannya,
pembentukannya, faktor-faktor yang menguatkannya dan meruntuhkannya, serta
akhir-akhirnya ciri-cirinya insan yang sempurna. Dengan itu tercapailah
kedudukannya yang dicadangkan untuknya sebagai benar-benar khalifah Tuhan di
bumiNya dan juga hambaNya, yang mendapat “hasanah” dalam dunia dan “hasanah”
dalam akhirat.
Kejadian insan
Insan kata nama yang datang dari “nisyan”, iaitu kelupaan,
kerana padanya ada sifat lupa selepas ia ingat. Maka datanglah wahyu dan
agama Islam untuk memberi peringatan kepadanya supaya ia ingat kembali
kedudukanya sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya. Maka wahyu yang datang
untuk “mengingatkan kembali” hakikat kedudukannya itu dinamakan
“al-dhikrul-hakim”, iaitu Peringatan Yang Penuh dengan Hikmah
Kebijaksanaan. Atau ada pendapat yang menyatakan bahawa kata nama bagi
dirinya itu datang dari ”uns”, kejinakan, iaitu kejinakan dengan Tuhan.
Maka insan yang sebenarnya yang kekal dengfan kemanusiaannya ialah yang jinak
dengan Tuhan yang “liar” denganNya adalah orang yang telah “meletakkan
jawatan”nya menjadi manusia.
Tetapi oleh kerana kedudukan sebagai manusia itu tidak boleh
diletakkan “jawatannya”, ia menukarkan kedudukannya kepada kedudukan menjadi
“khalifah” Syaitan. Dijauhkan Allah. Maka didatangkan agama untuk
mentautkannya kembali kepada Tuhan melalui akalnya, yang datang dari kata kerja
“aqala” yang memberi pengertian “mengikat” iaitu “mengikatkannya kembali”
kepada Tuhannya. Maka fungsi akal yang tertinggi ialah untuk “mengikat kembali”
insan ini kepada Tuhan Yang menjadikannya.
Kejadian insan ialah terdiri daripada jasmaninya, disebut
sebagai “badan”, atau “jasad” terdiri daripada unsur-unsur alam kebumian, “the
elements of the earth”. Dengan itu jadilah ianya makhluk yang bertubuh
badan dengan tuntutan-tuntutannya yang perlu ditunaikan dalam hubungan dengan
kejadian itu.
Pengertian di atas tu harap2 saudara dan saudari sekalian faham
yee... program di teruskan dengan aktiviti kumpulan.... setiap kumpulan ada 6
orang... aktiviti pertama setiap kumpulan haruslah menyampaikan satu
persembahan yang berkaitan dengan satu benda dan nyanykikan lagu itu dan apa
motif dan tujuan untuk disampaikan kepada semua orang... group saya memilih
lagu remix iaitu bertemakan tangga... kitorang create la sebuah lagu..dan
tercipta la ia.... hehehehe.. agak lucu tp motifnya "tangga:" kerana
walaupun tangga yang kami naikan dan turuni stiap hari itu begitu tinggi di
UiTM Puncak Alalm ini lagi tingginya hasrat dan cita2 kami untuk mencapai
kejayaan... walaupun penat dan lelah sekali pun akan kami tempuh dugaan itu
sehingga mencapai impian yang kami inginkan... begitu dalam kan maksudnya???
Selepas lunch,
aktivii di teruskan dengan menjawab beberapa soalaniaitu " pilihan Hati
Masing-masing" dan kena bagi sebab kena pilih kwan kita untuk sesuatu
perkara itu... contohnya, untuk berlari 100 meter, siapakah akan anda pilih
untuk berlari bersama anda dan kenapa anda memilih dia? Setiap orang, satu
jawapan... hehehehe... Pastu last sekali kena bentangkan dalam kerta
kajang..yang diberi tajuk cara bersyukur sebagai pelajar OM... Ni la
hasilnya....
Sorry la kawan2.. ada lagi group yang ada.. tp x sempat nak
catch pic korang... pape pun tersimpan dalam hati...jangan marah atau kecik ati
taw... len hari kita berjumpa lagi....
Semua bersurai pada pukul 5.15 ptg.... dan kami ucapkan terima
kasih encik hisyam & semoga kami bakal penyambung generasi masa akan
datang agar dapat menjadi model insan kamil yang cemerlang, gemilang dan
terbilang...... amin.....wasalam...",)