Saturday, September 18, 2010

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

 Pejam celik, pejam celik kita semua dah menyambut hari raya Aidilfitri yang kini da hampir seminggu berlalu... rasanya da lama x update blog ni, kat2 nak raya memang agak sibuk gak la... balik raya ari tu 3.9 sampai 19.9.. huhuhuhu.... balik raya tu selang dua ari da kalut nak buat kuih raya... dah tu kena mengemas rumah lagi, tolong maa buat ketupat lagi... & macam2 lagi taw....


haaa... ni la antara jenis2 kuih yang saya buat masa balik cuti raya ari tu.... x banyak kan? sikit2 ja... yang kuih yg lain tu ada kak yg da tempah kat kawan2 dia..dan ada juga kak yg no 2 tu buat... yang paling susah nk buat kuih samprit la... tahun ni teringin nak buat kuih so maa kata ikut suka la nak buat... maa pun ada gak buat kuih makmuq orang kedah panggil la... negeri lain panggil kuih apa x taw la...

Syukur alhamdulillah, kerana kita masih bernyawa hingga ke saat ini setelah sebulan kita berpuasa di bulan ramadhan, dan kemudian berhaari raya menyambut syawal... rasanya amat gembira sekali kerana di pagi raya dapat mencium tangan kedua ibu bapa, bersalam-salaman dengan sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga....
 Hari raya pertama, pergi sembahyang raya, pastu g kubur melawat adik ucu,> Mohd Syukri bin Abdullah, tok wan sebelah ma, tok, tok nek, mak saudara, tok wan sebelah abah dan saudara mara yang lain...  dah pergi kubur tu balik rumah, beraya kat rumah... tahun nie, Abg Karim dan Kak Midah beraya di kampung halaman, bestnyee.... petang tu pergi beraya rumah pak ngah dan kak sulung, Kak Zah...makan keow teow sup taw... Jiran2 kampung pun datang beraya kat rumah gak. Juadah untuk hari raya tahun ni ada ketupat, rendang, lemang, nasi impit ngn kuah kacang, soto, kuih muih dan keropok2 la... simple jew...

Raya kedua macam biasa la saudara mara ada gak yang datang beraya kat rumah, pastu sebelah petang kawan2 ada datang rumah... pastu da kawan2 balik, aja pun p beraya umah kawan plak...umah suziela... kwan lama tu dari sekolah rendah g taw... dekat gak la umah dia...

 Hari raya ketiga, plan tahun ni banyak beraya ngn kawan2 yang da lama x jumpa... petang tu kawan2 dari alor setar datang..jauh nuu datang beraya kat umah aja... terima kasih la kawan2 yee... ada 3 orang lelaki.. pastu ada 3 orang kawan perempuan dari sekolah menengah dan sekolah teknik pun datang... petang tu jamu bihun dan keow teow gorang je kat diorang....da tu petang tu pergi rumah kawan kat gurun plak ngn 3 orang kawan pompuan td tu nek kete... beraya sakan la sampai ke malam... da balik dari rumah syapik. kitorang p jalan2 kat psaraya aneka plak, solat kat sana dan terus p KFC plak... sembang2 dan makan2.....pastu kawan tolong hantar balik rumah... hehehe.... x penah g beraya sampai balik malam ngn kawan2... first time taw.. nasib bek la abah x marah cuma bagi nasihat ja pasni x yah la balik lewat sgt... x pe la.... bukan selalu... insyaallah pasni x buat lagi... tatut.... abah ngn maa da la garang... tp sayang kat semua anak2 depa...huhuhu

Hari Raya keempat, ada rumah terbuka kat rumah kawan, dua tempat taw... ari tu jugak kawan ada buat kenduri kawen... ohh bnyaknyee jemputan... memang la agak sibuk sikit kan... banyak gak la... letih gak la beraya tahun nie... kuar berjalan je... ye la first time di beri kelonggaran boleh kuar beraya bawa motor ke rumah kawna, sebelum2 ni family x bagi pown... hehehe.... terima kasih kawan2 sbb menjemput ke rumah yee..
 Hari Raya kelima kawan2 dari Jitra yang belajar kat teknik nak datang rumah plak, 5 orang kot...Zuk, Zarip, ikhwan, izwan, & Dayat. so pagi tu kalut la masak2 sbb kawan nk datang, buat tom yam taw... sebelum ni pantang gak makan tom yam tp da raya katakan , xdenyee pantang... makan gak la tp x banyak... pastu sebeleh petang, kawan2 dari sekolah menengah dlu nak datang gak, bagus la sbb masak special gak ari tu kan? hehehe... nasib bek la kak yang duk kat Bedong tu balik so kak la tolong2 ngn kak no 3 tu... ari tu plak ada kenduri kat kampungm diorang semua kuar g kenduri, tinggal la aja sorang ja... hehehehe..... terima kasih kawan2 sbb datang beraya kat rumah aja ye... masa datang petang tu sharina, wani, fiza, syafiq, fikri, suhazly & lan... hehhehe.... lain kali datang lagi yee kawan2.... aja masak yang lain plak untuk korang...k?

Hari Raya keenam x p mana pun... duk rumah jew... letih kot... cuma ada la duk mengemas2 baju nak balik U dah nnti... x puas g habiskan cuti duk rumah, pas ni kena perahkan otak nak study plak... sbb ada kuiz la, test la, dna exam la plak bulan 11 nnti... da x lambat da.... hujung bulan 11 nnti balik lagi sebab raya haji plak..

k la kawan2... sampai di sini dulu coretan saya kali ini,.... kepada sesiapa yang tidak sempat saya nak pergi rumah tu saya minta maaf... insyaalah lain hari kita jumpa lagi...Di sini, saya menyusun sepuluh jari jika ada salah dan silap terlanjur kata dan bahasa, dan sebagainya.,....  SELAMAT HARI RAYA ARIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.....",) Jumpa lagi di lain waktu..... bye2...

wassalam....

Saturday, September 4, 2010

~KeLeBiHaN SoLaT SuNaT TeRaWiH~



 Assalamualaikum...

Sedar x sedar bulan Ramadhan dah lama berlalu dan hanya tinggal beberapa hari saja lagi...yakni akan meninggalkan kita... dan akan muncul kembali pada tahun hadapan tapi persoalannya adakah kita masih ada pada waktu itu....??? hatiku amat sedih sekali disaat bulan Ramadhan semakin hari semakin habis... tapi terasa gembira kerana kita dapat meraikan hari berpuasa kita pada 1 syawal kelak... di sini mari kita lihat fadilat2 terawih di bulan Ramadhan ini... di saat2 akhir lah akan munculnya malam lailatulqadar... 

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan: 

    Malam 1:   Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:  Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:   Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:  Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.
Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. 
Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10: Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat. 
Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:  Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:  Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:  Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:  Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18: Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19: Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 
Malam 20:  Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:  Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:  Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23: Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:  Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:  Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27;  Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30: Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: 

  "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Alhamdulillah… dengan tubuh badan yang sihat.. harap2 kita semua dapat beramal dan menambahkan ibadat kita di bulan puasa ini.. Ini pesanan tuk saya sendiri dan kengkawan di luar sana.. Insya Allah... 

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.. Sekian...Jumpa Lagi..

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)