Saturday, March 26, 2011

~19 KEISTIMEWAAN WANITA & 6 WANITA MALANG~

Assalamualaikum semua.... 


hai...apa khabar... sihat??? haa... maaf la busy sangat sejak dua menjak ni sibuk sangat sebab dah dekat ngan exam kan...so besa la tu sebagai seorang pelajar memang cam tu... ok...pada kali ni saya nak share ngan rakan2 saya di luar sana tidak kira lelaki mahupun perempuan. Pada suatu hari saya ada terbaca dalam sebuah buku berkaitan dengan kelebihan seorang wanita dan ada juga perkara yang patut wanita elakkan dari menjadi seorang wanita yang malang... insyaallah..marilah kita sama-sama renung-renungkan........



19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.




6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.






6 JENIS WANITA MALANG



"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah yang ! Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Jadi?? Jika anda di luar sana seorang wanita, fikir2kanlah dan selamat beramal.....

Wednesday, March 23, 2011

~Rahmat pada ujian ALLAH~


                      Ujian tak ada orang yang dapat melarikan diri daripadanya. Tak ada orang yang sengaja nak menempah ujian sebab bila datangnya ujian, kita akan rasa susah dan menderita. Dan silap-silap ‘gaya’ kalau tidak ada kekuatan dalaman, akan hilang rasa bahagia. Sebab itu ada yang sanggup membunuh diri dan membunuh orang lain semata-mata kerana nak lepas diri dari ujian atau tunjuk perasaan kerana gagal dalam ujian.

                 Ujian ada macam-macam jenisnya. Ada besar dan ada kecil. Ada orang boleh lepas dari kemalangan jalan raya tapi munhkin kena dera oleh isteri di rumah dengan kuliah yang panjang berjela. Ada yang berbangga dengan nama yang disanjung dek kekayaan dan pangkatnya tapi rasa susah juga apabila diuji dengan bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan puting beliung. Lebih-lebih lagi ‘puting beliung’ manusia sekelilingnya yang pendendam, pemarah, kedekut, penipu, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Pokok ceritanya tidak ada seorang pun yang dapat lari dari diuji.
                Kalau kita orang yang selalu miss dengan perintah Allah s.w.t. maka ujian tersebut merupakan satu signal dari-Nya untuk menyedarkan dan menginsafkan kita. Ada orang yang insaf dari kelalaiannya dan terus bertaubat apabila ditimpa ujian. Begitulah manusia selalu lupa.
                Tapi ada juga makin diuji makin lalai dan makin jauh dari Allah. Hakikatnya ujian untuknya itu merupakan satu bala, bukannya rahmat. Kalau ujian itu rahmat, mesti dia akan cuba memperbaiki dirinya. Jadi setiap ujian yang datang jangan biarkan ia pergi begitu sahaja. Ambillah disudut kebaikannya.


                Tapi nak jadi orang yang berjiwa kematu dengan ujian bukan senang. Kadang-kadang terkena ujian yang kecil pun sudah melatah. “Tak guna punya tunggul”,begitulah biasanya apabila kita tersepak tunggul. Lebih-lebih lagi ujian yang orang lain tak nampak tapi kita sendiri yang merasa seperti diuji sakit gigi. Tak ada siapa pun yang tunjuk simpati kerana sakit gigi bukannya ada simptom apa-apa.
                Sebenarnya kita kena sedar siapa yang datangkan ujian tersebut. Kalau fikir-fikir tak kan dengan sengaja tungguk tu ada dan dok kat tengah jalan supaya ada orang yang melanggarnya. Tapi sebenarnya sudah ditakdirkan Allah supaya dia dok kat situ dan kita pula ditakdirkan lalu di situ. Ia hanya alat untuk Allah menguji kita. Begitu juga dengan sakit gigi, dimarah kawan-kawan, barang dicuri orang, kemarau, gempa bumi dan seribu satu macam spesies ujian lagi.
                Kalau kita sedar Allah yang datangkan ujian tu, taklah kita keluh kesah hingga hilang bahagia. Yang terbaiknya kita suluh diri sendiri, mengapa Allah uji kita. Apakah dosa kita yang menyebabkan Allah datangkan ujian. Sama ada dosa dengan Allah atau dosa kita yang menyebabkan Allah datangkan ujian. Sama ada dosa dengan Allah atau dosa dengan manusia. Lepas tu istighfar banyak-banyak. Mudah mudahan redhanya kita dengan ujian itu akan mengundang pengampunan Allah. Atau moga-moga ujian itu mendekatkan lagi diri kita dengan Allah.
                Beratnya ujian adalah petanda besarnya perhatian Tuhan. Sebab itu di kalangan nabi-nabi, yang paling teruk diuji adalah lima rasul yang bergelar Ulul Azmi termasuk Rasulullah s.a.w. rasul junjungan kita. Justeru itu, kalau dengan kesusahan yang menimpa, iman meningkat, sahlah ujian yang datang itu beserta rahmat Allah. Untuk itu kita patut bersyukur seperti bersyukurnya kita bila dapat rezeki durian runtuh.
                Kalau kita ditimpa ujian, rasakan diri kita hamba yang layak disakit-sakitkan oleh Allah. Tapi bukanlah bermakna kita tidak payah usahakan ubat. Berubatlah kerana Allah menggalakkan kita berusaha dan berikhtiar untuk dijadikan sebab Allah sembuhkan sakit.
                Ujian....ia ada di mana-mana. Sentiasa mengekori kita. Kita memang tak akan berupaya untuk lari darinya. Bersedialah dengan jiwa yang kuat dan gantunglah harap dengan Tuhan yang Maha Memberi Pertolongan. Rahmat di sebalik ujian lebih besar dari penderitaan akibat ujian tersebut.....

Wallahua’lam..............    :-)


                 

Friday, March 4, 2011

~ Mahu SenTiaSa Ceria???~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhh...‎~ (✿◠‿◠) (◕‿◕ ''') 

haii...semua??? apa khabar semua teman2ku sekalian???

haa...kali ni saya nak tanya anda, adakah anda rasa bahagia
sekarang?? gembira? ceria? suka? atau sebaliknya???
setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.......
~ Hati yang GEMBIRA dapat membuatkan WAJAH berseri-seri..:-)


 Semua orang inginkan keceriaan, ceria melambangkan
kesegaran, positif, produktif, kejayaan, harmoni, damai
dan aman. Ceria adalah anugerah ALLAH S.W.T kepada hambanya
yang terpilih.

> Sebenarnya ceria berpunca dari hati. Hati yang tenang dapat
memancarkan nur cahaya ketenangan di raut wajah seseorang, anggota
badan dan panca indera. Hati yang ceria melahirkan jiwa yang
mantap dan bersungguh-sungguh. Keceriaan juga menjadi pemangkin
untuk tindakan yang positif.


Sifat ceria bukanlah semulajadi yang dapat dimiliki oleh semua orang.
Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang yang menyebabkan mereka
memiliki sifat ceria atau sebaliknya. Bagaimanapun keceriaan adala satu
kemahiran psikologi yang dapat dilatih dan dibentuk.
Antara petua-petua untuk mendapatkan keceriaan adalah seperti:

1) PATUHI PERINTAH ALLAH S.W.T
2) BERDOA UNTUK CERIA
3) PROGRAMKAN DALAM MINDA SEBELUM TIDUR
4) MENCARI STRATEGI UNTUK CERIA
5) MEMBUAT KERJA SEBAIK MUNGKIN
6) MENGEMBIRAKAN ORANG LAIN
7) MENJAGA KESIHATAN
8) MENERIMA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN SEADANYA TANPA SYARAT
9) MASALAH ITU BUKANLAH MASALAH SANGAT
10)BERFIKIRAN MATANG

Sebenarnya banyak lagi petua atau cara-cara untuk kita mendapatkan
keceriaan dlam hidup kita. Kadang2 kita terlalu ceria sangat pun x boleh
dapat membuatkan orang lain rasa dengki dengan kita. Jadi, apa yang penting
adalah biarkah ceria dalam kesederhanaan. Tidak terlalu taksub dan ceria
sampai boleh membuatkan orang lain muak dengan kita. Ceria untuk diri sendiri
lebih penting untuk kita terus hidup dalam keadaan yang tenang dan aman.



Seceria mana pun kita, kadang2 kita di uji dengan pelbagai masalah, kesulitan
dan sebagainya. Jadi, wajarlah kita mengharungi hidup ini dengan penuh kesabaran
dan ketabahan menghadapi nya... Memang susah untuk sentiasa menjadi ceria tapi
mencuba lebih baik dari tidak melakukan apa2.




Last sekali dalam hidup ini kita perlukan motivasi untuk diri sendiri dan do'a kepada ALLAH 
untuk kita sentiasa ceria dan senyum selalu.... biar sepahit mana pun dugaan yang datang dan menimpa
cubalah untuk menangani masalah tersebut.
Kongsilah keceriaan anda bersama insan tersayang atau teman2 anda 
atau kepada sesiapa saja yang ada di sekeliling anda untuk berkongsi 
apa yang anda rasa bahagia untuk membuatkan orang 
lain juga tumpang gembira..

 Insyaallah....  sekian....






~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)