Thursday, May 23, 2013

~My LiFe..CoNvo...^_^ ~


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blogsaya... Alhamdulillah…. Syukur ke hadrat ilahi kerna saya masih bernafaz hingga ke saat hari ni 23 May 2013, kini saya sudah 24 tahun 3 bulan 6 hari. Hati ni masih terasa dan terkejut dengan khabar berita seorang kak yang bekerja di Hotel Amanpura Sg Petani telah meninggal dunia pada jam 9:30 pagi semalam kerana kemalangan jalan raya dengan sebuah trellar.. memang mengerikan la... Semalam x sempat nak menatap wajah mangsa kerana lambat tiba di kediaman arwah cuma sempat melawat di perkuburan sahaja la.. Apa pun mungkin sudah sampai masanya kak Syazwani meninggalkan orang yang di sayangi di muka bumi ALLAH ni.. semoga kak sha berada di samping orang2 yang beriman..
Al-Fatihah... Amin... 
MY CONVOCATION DAY!!!
Ok la.. kali ni saya nak share dengan kengkawan semua tentang diri saya pulak... Alhamdulillah 14hb May 2013, saya telah menamatkan pengajian saya dan saya telah menerima segulung ijazah sarjana muda di UiTM di HATIku... eerrmm... di mana lagi?? kalau bukan di SHAH ALAM la... hehehe...


Buat semua kengkawan yang sama2 berkonvo, tahniah di ucapkan.. kepada yang masih belum menamatkan pengajian...teruskan belajar dan jangan putus asa.. Insya ALLAH suatu hari nanti anda pasti akan tamat belajar macam saya jugak... papa pun... 
Saya nak share "My CONVOCATION DAY" with you all... hehehe...^-^

Pada mulanya keluarga saya tak dapat hadir untuk hari konvo saya ni tapi di sebabkan maa saya nak sangat.... pergi tengok saya nek atas pentas tu..so??? bincang la dengan family semua then akhirnya saya, maa, abg saya dan pak tam saya ikut sekali tuk meraikan hari konvocation saya kali ni... Sebelum ni saya telah menamatkan pengajian di UiTM Chendering, K.Terengganu dan konvo di UiTM Dungun. Tapi, kali ni saya tamat pengajian di UiTM Puncak Alam dan konvo di Shah Alam... eeerrmmm....

Alhamdulillah.... sebenarnya saya malas nak belajar tinggi2 tetapi di sebabkan maa saya nak sangat saya sambung belajar supaya boleh dapat pekerjaan yang baik selepas tamat pengajian... Saya pun rasa bersyukur sangat sebab antara family saya, hanya saya seorang je yang mampu belajar sampai ke tahap macam ni. Jadi, boleh di katakan saya ni harapan family la... huhuhu...kalau boleh maa nak saya jadi seorang pensyarah atau guru....kalau nak jadi pensyarah kena sambung master plak la.. rasanya cukup la dulu buat masa ni... saya nak fokus keja plak... huhuhu...

So?? saya harap pasni cepat2 la dapat keje yang sesuai.. sebelum ni da 3 da dapat keje tapi x bersesuaian dengan saya jadi, kalau boleh pasni ada kerja yang betul2..sesuai..... insya ALLAH...... Daa banyak da saya apply keje cuma kalau da rezeki ada la... saya tetap akan berusaha.... sambil2 tu, sekarang saya duk kat rumah jee sambil buat keje part time kat rumah n menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sambil menjaga maa, abah, dan baby (anak abg).. huhuhuhuhu..

Kalau di fikir2kan...tyme belajar masa sekolah rendah dulu paling best kan??? betul tak kengkawan?? saya masih ingat lagi.. pergi sekolah, balik sekolah asyik main je.. lepak2 ngn kawan, study sama2 main sama2.. x fikir pape pun.. belajar pun relaxx je.. bila belajar di sek menengah plak hanya fikir blajar jee nak blajar rajin2 bagi dapat 8A, nak masuk asrama penuh.. tapi saya hanya mampu dapat 6A jee.. tu pun dapat masuk sek teknik jeee.... Pada mulanya teringin nak jadi engineer.. tapi lepas sek men dapat tawaran untuk sambung belajar bahagian Kejuteraan Perkhidmatan Bangunan...saya x nak plak... mula la banyak memikir nak sambung bahagian apa plak ek??? da mula x minat da nak amik jurusan engineer ni... aduuhh... 

Masa habis SPM la masa yang paling merumitkan untuk buat keputusan sebab banyak sangat tawaran belajar takut salah amik takut x minat la.. macam2 la... sampai la saya fikir saya nak amik jurusan yang mudah apabila kuar nanti boleh mintak keje kat mana2 jeee... so... saya buat keputusan tuk amik bahagian teknologi pejabat ni la.. orang ckap senang... boleh lee.... boleh dapat 3 pointer lebih2... huhuhuhu... alhamdulillah... pastu saya nak keje da dapat da tawaran keje pas diploma tetapi maa n family saya nak saya sambung belajar lagi.. masa tu biasa la.. pengaruh rakan2 sama.. ramai yang nak sambung.. diorang cakap nanti kalau ada diplome je susah nak dapat keje... YE KE???? *_* x semestinya kan??? alahai da terlepas da peluang kerja di penang & putrajaya...kalau x sekarang saya da pakai kereta da... huhuhu...

Sampai la sekarang saya da ada Ijazah Sarjana Muda orang kata degree la kan?? bahagian pengurusan sistem pejabat.. dengaq macam senang je kan?? tapi semua jurusan ada susah ada senangnya... so boleh tahan la... tapi tu la betul la orang kata kalau kita x berusaha sungguh2 memang kita x kan berjaya kan?? awal2 sem banyak sangat main2.. da last2 baru pulun.. tapi ok la... sekarang saya cuma nak mencari kerje je.. tapi tu la.. da banyak interview saya pergi..banyak2 tempat nak cari orang yang berpengalaman dan hanya nak level SPM jee??? Tu yang kadang2 pelik tu pengalaman tu boleh ditimba dan tak semua orang yang berpengalaman tu mampu lakukan kerja baru yang mereka dapat.. betul x?? saya gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai tadbir dalam kerajaan.. tapi x pe.. saya akan usaha lagi... saya x kisah kerja apa pun x pe.. janji kerja.. yang sesuai dan kita mampu lakukan ikut kemampuan, pengetahuan dan minat kita la.... Nak kata saya x de pengalaman ada la.. saya da 2 tempat da pernah praktikal kan?? tapi masa praktikal tu jangka masa pendek la.. x lama mana pun mungkin x cukup laa kan...

Ok la.. saya nak share ngn kawan2 di luar sana... pic saya daripada sekolah rendah, menengah sampai masuk universiti.. jom2... >_< ( Anda di larang save as pic2 saya tanpa kebenaran)..> saya TAK HALALKAN taw... copy & paste pun TAK BOLEH!!!! just boleh tengok je tawww.....

 
Semasa di sekolah rendah...di sekolah Haji Hussien Dol, Guar Chempedak, Kedah.. 






 Time ni masa di sekolah rendah....cuba teka darjah berapa ekk??? huhu... 

Semasa di sekolah Menengah... 
di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak, Kedah.. Ni kenangan semasa bergambar dengan Pengetua Sekolah bersama pelajar Anugerah Cemerlang tahun 2004.

  


Tyme ni di sekolah Menengah Teknik Alor Setar bergambar bersama teman2 semasa ada Kursus Kejuruteraan di kem kat Jitra kot... huhuhu..




Yang ni plak kenangan menjadi pengawas asrama di Sekolah Teknik Lebuhraya Alor Setar, Kedah..tahun 2006..







 


Inilah kenangan bersama rakan2 seperjuangan menjadi Pengawas Asrama ketika sekolah menengah dahulu.. huhu..






 Ni la kengkawan kelas masa diploma dulu... rindu kamoo semua...



 
Bergambar bersama sahabat2ku... 
 


  

Inilah gambar kenangan saya semasa konvo di UiTM Dungun.. saya berjaya menamatkan pengajian saya dalam jurusan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat.. 

Alhamdulillah.............amin...













Yang ni plak kengkawan masa degree... so cool.. best... sweet memory with u all..


    Yang ni plak gambar terbaru saya.. saya baru sahaja menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sistem Pejabat(Kepujian)... pada 14 May 2013...^_^




Bergambar bersama2 teman seperjuangan...


Akhir sekali gambar kenangan bersama maa saya yang tersayang...yang da banyak berkorban untuk saya.. mendidik saya dari kecik sampai la sekarang. Terima kasih maa....I LUV U.. Ini hadiah untuk maa... Jasamu takkan ku lupakan..sampai bila2... Insya Allah...semoga anak mu ini berjaya di dunia dan di akhirat.. AMIN....

Monday, May 20, 2013

~$uBhaNaLL@H....~


Seorang  anak telah bermimpi didatangi ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun.

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.


~PerinGaTaN tuk WaNiTa (AzaB WANITA)~


MESTI BACA !!

Bismillaah.

(tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal)
Assalamu'alaykum warahmatullah hi wa barakaatuh


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya...aduhai..takutnya...

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

# Subhanallah, inilah peringatan Allah SWT kepada semua kaum hawa. Subhanallah, sama-sama kita ambil peringatan. Subhanallah, berapa orang muslim tengah online sekarang ni ? Jom pakat SHARE / KONGSI artikel ini.
Agak2 dapat tak 10,000 SHARE / KONGSI artikel ini ? Inshaa Allah dapat.

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)