…. السلامعليكم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang"
4 BEKALAN KE AKHIRAT
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Apa khabar semua? Harap2
semua sihat hendakNya… Amin…... >_*
Hari ni, saya rehat kat rumah jee selepas balik dari hospital & klinik pagi tadi... hari ni saya tak kerja, amik CUTI.... rehat je la.. sebelah petang plak terpaksa kena keluar plak dengan maa sebab nak prepare barang apa2 yang patut.. ye la persiapan diri masih belum sempurna lagi...... lagi beberapa hari je lagi dah nak berangkat pergi.... Masa itu seperti EMAS, masa takkan berputar balik.. masa takkan menunggu kita.. Kita sering kali dikejar oleh masa. kan???? MASA itu pantas berlalu pergi... Kalau kita biarkan masa berlalu pergi macam tu jee mesti rasa RUGI sangat.... kan? kan? eerrmmm...
Untuk pengetahuan semua WANITA di luar sana, matlamat kita sebagai seorang hamba ALLAH masih belum selesai lagi sebenarnya. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Tak tahu la nak cakap ape, tapi apa yang PENTING, bekalan kita yang perlu kita bawa ke alam akhirat. Subhanallah........ ALLAH hu akhbar....... Rasa lemah sangat diri ni....
Rasullullah S.A.W bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a:-
Wahai Abu Dzar,
1. Perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat DALAM
2.Carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat JAUH
3.Kurangkanlah beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk DIATASI
dan
4.Ikhlaslah dalam BERAMAL kerana yang menilai BAIK & BURUK adalah ZAT Yang Maha Melihat
Perbaharuilah perahumu bermaksud, perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperoleh pahala dan selamat dari SEKSA daripada ALLAH S.W.T. Kurangilah beban membawa maksud, janganlah TERLALU MENGEJAR KEDUNIAAN. Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti ditempuhi untuk sampai kepada kebahgiaan di akhirat.....
Dalam erti kata lain, memang sukar untuk diungkap dengan kata-kata untuk melakukan perbuatan seperti di atas tu tapi kita sebagai hamba ALLAH hanya mampu berusahan ke arah KEBAIKAN> Setiap manusia di muka bumi ni takkan terlepas melakukan KESALAHAN, KESILAPAN @ KEMAKSIATAN.... yang boleh menjurus kepada keburukan...
Semua yang berlaku dalam diri manusia telah ditentukan oleh ALLAH, jadi untuk menjadi manusia yang LEBIH BAIK dan menjadi seorang WANITA yang SOLEHAH bukanlah senang, ia menjadi senang dengan SYARAT kita buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang tetapi nungkin kita LEMAH untuk mengatasi cabaran dan dugaan yang telah ditentukan untuk kita. Betul tak?
Hari ni terdetik dalam hati nak berkongsi dengan kawan-kawan semua, apa yang telah saya baca dan belajar sedikit demi sedikit untuk mendalami ILMU ALLAH.... untuk bekalan ke akhirat. Mungkin masih ada peluang untuk saya @ wanita-wanita di luar sana renung sejenak. Tak kira la WANITA @ LELAKI..... Apa yang penting sekarang adalah USAHA kita sendiri untuk BERUBAH. Bak kata pepatah, tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sendiri melainkan DIRI SENDIRI yang MAHU BERUBAH!!!
BETUL TAK???
Untuk teman-teman seperjuangan, JANGAN LUPA TAW>>>> Persiapkan diri kita untuk bekalan ke akhirat nanti yeee..... Marilah kita sama-sama beramal ke arah masa depan kita nanti... Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membuka pintu hati kita ni ke arah yang LEBIH BAIK daripada sekarang. INSYALLAHH........
Sampai di sini dahulu perkongsian saya dengan kengkawan semua. Just for sharing with u all...
Setiap perkara yang baik datang daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk datang daripada saya sendiri.
Yang ni kata-kata PUJANGGA daripada seorang TOKOH..
Last sekali, marilah kita renung kembali daripada mana asal usul kita sebagai hamba ALLAH dan ke manakah arah kita nanti setelah kita meninggal dunia...... Kita diberi PELUANG mati hanya sekali dan hidup 2 kali... tapi kita kena FIKIR... Apakah bekalan kita ke alam akhirat nanti?????
Sama-samalah kita berfikir dan muhasabah diri... Subhanallah.. Walhamdulillah.. walailaahaillah... Allahu akhbar..... :)
<<<<<<<<<>>>>>>>>>