Saturday, July 31, 2010

~ PeMbeNtuKaN INSAN KaMiL~

Pada hari Ahad, 25hb Julai 2010 telah diadakan  satu program untuk semua pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat di UiTM Puncak Alam....lepasan asasi, stpm dan diploma.... Program ini kesinambungan daripada program Modul 1- Kemahiran Insaniah ~hari tu...senang citer macam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) laa..... semua pelajar diwajibkan hadir sbb akan direkodkan dalam CGPA kita nanti.... kalu tak amik program ni nanti tak dapat konvo taw.... hehehehehe.... k la kawan-kawan, nak citer ni... hobi saya mmg suka bercerita.... hobi ni terpupuk sejak bila ek??? dari kanak2 lagi kot...entah la... rasanya sejak mula saya praktikal kat perpustakaan alor setar, kedah dulu kot....sbb saya start buat blog ni sejak praktikal la...& sebab saya penah ikut menyertai aktiviti sama2 staf & kanak2, untuk program diorang la, bercerita, mewarna la apa la... bnyak lagi la...kat pustakaan tuu...hehehehe....

Program ini kononnya start pukul 8.30 pagi la...tp last2 start kat2 pukul 9 lebih gak luarla... sbb ade masalah sikit masa group saya tak ada mentor/tenaga pengajar yang dijemput khas dari luar kampus... hehehehhee... so? nak dijadikan cerita, group saya lebih kurang dalam 30 orang lebih gak la terpaksa dicampak-campakkan ke group lain....agak sedih sbb malu la, 2 kali masuk group lain pastu kena pindah g group lain plak... sabar je lah...pening2... tp ikut je lah yee... ade kak mana tah kat bahagian pengurusan yang aturkan ikut name list dalam kertas...



Akhirnya saya dapat group no 5 kot..kalu x salah la... Mentor kitorang masa tu ialah Encik Shahrul Hisyam bin Marwan.. nasib bek encik hisyam ni sporting je taw...masa first masuk tu group tu agak gugup sebab ramai kot... jadi bagi seorang wanita mesti la agak malu kan? konon la... tp relax je kan??? masa masuk tu diorang dah strat dah berkenalan dengan memperkanalkan kawan baik mereka kat sebelah2... saya x kena la sebab baru masuk kan? dengar je la kawan2 saya bercerita... & then saya pun kena gak..perkenalkan nama macam ni, assalamualaikum? saya aja, hai kawan2, encik hisyam, ayu, mira, aja...  dan bersambung la, tiap2 orang kena ingat nama orang lain dan kena sebut nama2 kawan2 yang ain... best gak kan??? agak menarik....sbb kita dapat kenal antara satu sama lain....yang paling teruk orang yang terakhir la sbb kena ingat nama dalam 35 orang lebih kot.... ramai kan? yg best nyee saya la, orang first kena perkenalkan diri x perlu sebut nama2 yang lain... hehehehe....



Yang ni la mentor group kitorang ...

Tajuk program pada hari tu adalah "Pembentukan Insan Kamil" yang bermaksud (KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI TAQWA)......


نحمده و نصلى على رسوله الكريم
KE ARAH MEMBINA PERIBADI INSAN KAMIL

InshaAllah  ini akan dibicarakan secara ringkas pembentukan peribadi yang menunju ke arah insan kamil dalam erti amnya insan yang sempurna keimanannya atau yang paling dekat kepada kesempurnaan dan yang sempurna ketaqwaannya atau yang paling dekat kepada yang sempurna.  Yang benar-benar sempurna keimanan dan ketaqwaannya ialah insan kamil yang sebenarnya, iaitu para nabi dan rasul a.s.s apa lagi kemuncak insan kamil dalam alam ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.  Maka akan dibicarakan peribadi manusia, kejadiannya, pembentukannya, faktor-faktor yang menguatkannya dan meruntuhkannya, serta akhir-akhirnya ciri-cirinya insan yang sempurna.  Dengan itu tercapailah kedudukannya yang dicadangkan untuknya sebagai benar-benar khalifah Tuhan di bumiNya dan juga hambaNya, yang mendapat “hasanah” dalam dunia dan “hasanah” dalam akhirat.
Kejadian insan
Insan kata nama yang datang dari “nisyan”, iaitu kelupaan, kerana padanya ada sifat lupa selepas ia ingat.  Maka datanglah wahyu dan agama Islam untuk memberi peringatan kepadanya supaya ia ingat kembali kedudukanya sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya.  Maka wahyu yang datang untuk “mengingatkan kembali” hakikat kedudukannya itu dinamakan “al-dhikrul-hakim”, iaitu Peringatan Yang Penuh dengan Hikmah Kebijaksanaan.  Atau ada pendapat yang menyatakan bahawa kata nama bagi dirinya itu datang dari ”uns”, kejinakan, iaitu kejinakan dengan Tuhan.  Maka insan yang sebenarnya yang kekal dengfan kemanusiaannya ialah yang jinak dengan Tuhan yang “liar” denganNya adalah orang yang telah “meletakkan jawatan”nya menjadi manusia.
Tetapi oleh kerana kedudukan sebagai manusia itu tidak boleh diletakkan “jawatannya”, ia menukarkan kedudukannya kepada kedudukan menjadi “khalifah” Syaitan.  Dijauhkan Allah.  Maka didatangkan agama untuk mentautkannya kembali kepada Tuhan melalui akalnya, yang datang dari kata kerja “aqala” yang memberi pengertian “mengikat” iaitu “mengikatkannya kembali” kepada Tuhannya.  Maka fungsi akal yang tertinggi ialah untuk “mengikat kembali” insan ini kepada Tuhan Yang menjadikannya.
Kejadian insan ialah terdiri daripada jasmaninya, disebut sebagai “badan”, atau “jasad” terdiri daripada unsur-unsur alam kebumian, “the elements of the earth”.  Dengan itu jadilah ianya makhluk yang bertubuh badan dengan tuntutan-tuntutannya yang perlu ditunaikan dalam hubungan dengan kejadian itu.

Pengertian di atas tu harap2 saudara dan saudari sekalian faham yee... program di teruskan dengan aktiviti kumpulan.... setiap kumpulan ada 6 orang... aktiviti pertama setiap kumpulan haruslah menyampaikan satu persembahan yang berkaitan dengan satu benda dan nyanykikan lagu itu dan apa motif dan tujuan untuk disampaikan kepada semua orang... group saya memilih lagu remix iaitu bertemakan tangga... kitorang create la sebuah lagu..dan tercipta la ia.... hehehehe.. agak lucu tp motifnya "tangga:" kerana walaupun tangga yang kami naikan dan turuni stiap hari itu begitu tinggi di UiTM Puncak Alalm ini lagi  tingginya hasrat dan cita2 kami untuk mencapai kejayaan... walaupun penat dan lelah sekali pun akan kami tempuh dugaan itu sehingga mencapai impian yang kami inginkan... begitu dalam kan maksudnya???



Selepas lunch, aktivii di teruskan dengan menjawab beberapa soalaniaitu " pilihan Hati Masing-masing" dan kena bagi sebab kena pilih kwan kita untuk sesuatu perkara itu... contohnya, untuk berlari 100 meter, siapakah akan anda pilih untuk berlari bersama anda dan kenapa anda memilih dia? Setiap orang, satu jawapan... hehehehe... Pastu last sekali kena bentangkan dalam kerta kajang..yang diberi tajuk cara bersyukur sebagai pelajar OM... Ni la hasilnya....



Sorry la kawan2.. ada lagi group yang ada.. tp x sempat nak catch pic korang... pape pun tersimpan dalam hati...jangan marah atau kecik ati taw... len hari kita berjumpa lagi.... 
Semua bersurai pada pukul 5.15 ptg.... dan kami ucapkan terima kasih encik hisyam & semoga kami bakal penyambung generasi masa akan datang agar dapat menjadi model insan kamil yang cemerlang, gemilang dan terbilang...... amin.....wasalam...",)




~AmalaN MalaM NisFu SYAABAN~

Alhamdulillah.... syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bernyawa lagi sampai ke hari ni...amin....amin yarobbal ngalamin....",)

Begitu cepat dan pantas bulan syaaban meninggalkan kita... hanya beberapa hari saja lagi untuk kita menerima kehadiran bulan RAMADHAN... apa pun yang datang, kita sebagai manusia dan umat islam harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini...
15 syaaban yang lepas, merupakan malam nisfu syaaban iaitu malam untuk kita memohon keampuanan dan segala yang dihajati kerana pintu taubat terbuka dari segala dosa-dosa besar dan kecil dan meminta keampunan kepada kedua ibu bapa kita dan keluarga kita...
(Terima kasih maa sbb selalu pesan untuk cek amalkan bila duk di perantauan di negeri orang..*I ♥ U maa*)

Pahala yang besar kepada sesiapa yang berpuasa pada hari nisfu syaaban taw... tp pahala sebesar mana hanya ALLAH saja yang tahu,....

Apabila telah selesai sembahyang maghrib, kata Imam (1) Syahrurazi Sobiha "Awariful Amaarif hendaklah dibaca "YASSIN" sebanyak 3 kali berturut-turut dengan niat yang pertama mohon panjangkan umurnya dalam mentaati ALLAH, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibaca pula yassin dengan niat diluaskan ALLAH rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian dibacakan doanya. Kemudian  dibacakan pula yassin serta niatnya minta dimatikan dalam IMAN ( Husnulkhotimah) kemudian dibacakan doanya...

Pada malam nisfu syaaban sangat baik banyakkan beristigfar dan berdoa kepada kedua ibu bapamu...
< Malam nisfu syaaban yang lepas, selepas memanjat kesyukuran dan kemohon keampuanan kepada kedua ibu bapa ku, tiba-tiba sayu je hati dan air mata bergelindangan di pipi kerana begitu besar pengorbanan seorang ibu dan bapa bagi seorang anak... tak terbalas budi mereka terhadap kita taw....tapi sebagai seorang anak janganlah berbuat dosa kerana segala dosa kita kedua ibu bapa akan tanggung bila di akhirat kelak... itu adalah tidak adil bagi mereka kan??? jadi sebagai seorang anak, kita haruslah memikirkan akibat yang akan mereka tanggung nanti... kesian kat mak ayah kita kan??? x sanggup... x sanggup... biarlah air mata menitis dan mengalir di pipi kerana keinsafan kita di masa lalu... bukan malam nisfu syaaban ni je, kalu boleh tiap2 ari menangis biarlah agar kita insaf dan sedar agar tak terpesong akidah kita... akan ku pegang kata maa untuk menjadi seorang anak yang baik...insyaallah... maaa selalu mendoakan semua nak-anaknya berjaya x kan nak hampakan harapan mereka kot... jadi, bagi anda di luar sana, renung-renungkan lah... dan selamat beramal...~ ",)


Perhatian/pesanan:-

Beramallah menurut keimanan masing-masing.  Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan (sisa) umur kita yang masih tinggal sedikit lagi , hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah peluang dan beramal sebanyak-banyaknya, bertaubatlah kepada ALLAH atas dosa-dosa yang banyak, setiap manusia xtidak terlepas dari melakukan kesalahan, bertaubatlah dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tak akan pulang-pulang lagi.  Semoga dalam keredhaan ALLAH!!!... insyaallah....

Saturday, July 24, 2010

~ MoTiVaSi DiRi ~

Pada 24/7/2010, bersamaan dengan 12 Syaaban, iaitu hari Sabtu telah diadakan Modul 1 iaitu ( Kemahiran Insaniah) - KI wajib bagi lepasan Diploma untuk semua pelajar2 Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat sahaja...kat UiTM Puncak Alam...
 
Program tersebut memuatkan 2 sesi antara pukul 8-10.30 a.m dan 10.45-12.30 tgh. 
Tajuk Slot pertama iaitu Ceramah "Pembangunan Ummah Melalui Nilai2 Murni & Akhlak" yang disampaikan olah Proffesor Madya Hj Azam Hamzah yang menceritakan mengenai pembngunan seseorang pelajar IPT yang harus maju dan bergerak ke hadapan. Selain itu, prof juga meneragkan lebih lanjut mengenai definisi setiap perkataan dalam tajuk yang hendak dibincangkan itu... semua pelajar masa itu menumpukan perhatian dengan penuh semangat walaupun dalam kelaparan...> x sempat nk sarapan...makanan habis...:-(

Tapi, pada masa tu agak mengantuk sbb menerangan prof tu terlalu panjang... mata pun mula la nk pejam.... ada yang menguap la tdo la... nasib bek duk kat sebelah Shuhada(ada) & lily(housemate), diorang la yg tolong picit2 tgn dan jari x bgi mengantuk taw...k2..kita sambung k..
Sebelah kiri ) Lily & sebelah kanan (Ada)

                                  Kusyuknyeee semua orang mendengar ceramah kat depan tuu.....aku sempat g catch pic korang yee... ni la cara saya nak hilangkan boring..hehehehehe:-)

 Ni...leen kawan baik saya yee... senyum2...",) time ni ngah rest breakfast...hehehe

Kemudian, prof juga menerangkan mengenai persiapan yg perlu ada pada seorang pelajar.. antaranya:- 
1) Ilmu bekalan Minda
2)Iman bekalan Spiritual
3)Akhlak bekalan Modal
4)Material belakan Fizikal

Pastu prof ada mengatakan bagaimana nak menyuburkan iman :- iaitu......
1) Sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH - selalu berdoa kpd ALLAH, menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, tidak tinggal solat, dan mengaji setiap hari....
2) Banyakkan ibadat2 yang lain - macam sedekah ke tolong orang ke, bt kebaikan laa...taw

Prof juga kata, kadang2 iman kita boleh bertambah dan kadang2 iman kita bolah berkurang, so?? pandai2 lah kita mengawal nafsu kita... jgn lepaskan nafsu mngawal diir kita plak...
sebagai seorang wanita, mmg tangungjawab kita menjaga batas2 pergaulan dan menjaga keselamatan diri kita... selalulah berdoa pada ALLAH agar kita especially wanita di luar sana bijak berfikir yang mana baik dan buruk... masih belum terlambat untuk berubah dan insaf dengan perbuatan lampau kita...> kalu ada la... kalu x de, kawal lah emosi dan tingkah laku kita... Pandai memilih kawan dan jgn terikut2 dengan kelakuan buruk kawan kita... tidak kisah berkawan dgn sesiapa pun janji tidak melanggar perintah ALLAH...kan? kan? saya suka berkawan dgn sesiapa pun... x kisah...hehehehehe....

Prof kata iman ni ibarat macam sebatang pokok tongkat ali sbb akar tunjangnya kuat... so??? segala godaaan apa pun dapat tahan dan tak tumbang... betul gak... kan? kan??
Akar pokok(iman), batang pokok (akidah) dan daun2 serta bunga(akhlak)....

Marilah kita renung2kan dan berfikir... adakah anda fikir sebegitu????

Terdapat beberapa langkah penyuburan iman:-
1. Al-Ta'ibun - Menyedari kesalahan & bertaubat
2. Al-'Abidun - Memperhambakan diri kepada Allah
3. Al-Hamidun - Memuji dan bersyukur dgn nikmat 
4. Al-Sa'ihun - Melancong bertujuan ibadah dan urusan khilafah
5. Al-Raki'un - Rukuk dan sujud kepada Allah ( solat )
6. Al-"Aminun bi al-Ma'ruf- Menyuruh dan makruf
7. Al- Nahun 'an al-munkar - Mencegah mungkar
8. Al-Hafizun li hududi'Llah - Memelihara batas larangan Allah

Pas hbis sesi pertama, sambung sesi kedua plak, tajuk die..."Kemahiran Pembelajaran" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Narehan Hassan....


Time ni pukul 10.45 pagi, perut dah berbunyi..menandakan lapar la... tdi rehat jap sempat minum jew.. makanan dah hbs.. sedih tui la... tp x pe la... tahan je... sabar je. sabar kan separuh dari iman.... so k....

Prof ada menyatakan untuk membolehkan anda berjaya @ cemerlang dalam akademik @ anda ingin tahap pencapaian anda meningkat & perlu membuat PERUBAHAN secara menyeluruh dari aspek personaliti, motivasi dan kemahiran belajar... so??? ape tunggu lagi?? bangkitlah la menuju kejayaan dan berubah.... "Tangga usaha kejayaan.." Kalau kita x berusaha agak sukar untuk berjaya, tp kalu kita sentiasa berusaha insyaallah, akan membuahkan hasil....> Akhirnya berjaya...yeyeyeye... hureeeyyy....

Banyak la jugak input dan ilmu yg dipelajari sepanjang sesi ceramah modul 1 ni... esok ada LDK plak...(Latihan dalam kumpulan), ini boleh di jadikan motivasi diri supaya sentiasa beringat dan berubah untuk untuk mencapai matlamat dan berjaya menjadi seorang pelajar yang berjaya...


Bak kata prof.." There is no GAIN without PAIN!".... hehehehe... setakat itu saja coretan dan penulisan saya kali ni... yang nak dikongsikan bersama... saya suka menulis... ada gak merancang nak bt novel atau buku motivasi suatu hari nanti atau pun ingin menjadi seorang pensyarah atau pakar motivasi masa akan datang....

Yang saya taipkan ini hanya untuk semua tatapan anda di luar sana... yang buruk dtg dari saya dan yg baik dtg dari ALLAH S.W.T...

Wasalam...


~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)