Wednesday, March 23, 2011

~Rahmat pada ujian ALLAH~


                      Ujian tak ada orang yang dapat melarikan diri daripadanya. Tak ada orang yang sengaja nak menempah ujian sebab bila datangnya ujian, kita akan rasa susah dan menderita. Dan silap-silap ‘gaya’ kalau tidak ada kekuatan dalaman, akan hilang rasa bahagia. Sebab itu ada yang sanggup membunuh diri dan membunuh orang lain semata-mata kerana nak lepas diri dari ujian atau tunjuk perasaan kerana gagal dalam ujian.

                 Ujian ada macam-macam jenisnya. Ada besar dan ada kecil. Ada orang boleh lepas dari kemalangan jalan raya tapi munhkin kena dera oleh isteri di rumah dengan kuliah yang panjang berjela. Ada yang berbangga dengan nama yang disanjung dek kekayaan dan pangkatnya tapi rasa susah juga apabila diuji dengan bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan puting beliung. Lebih-lebih lagi ‘puting beliung’ manusia sekelilingnya yang pendendam, pemarah, kedekut, penipu, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Pokok ceritanya tidak ada seorang pun yang dapat lari dari diuji.
                Kalau kita orang yang selalu miss dengan perintah Allah s.w.t. maka ujian tersebut merupakan satu signal dari-Nya untuk menyedarkan dan menginsafkan kita. Ada orang yang insaf dari kelalaiannya dan terus bertaubat apabila ditimpa ujian. Begitulah manusia selalu lupa.
                Tapi ada juga makin diuji makin lalai dan makin jauh dari Allah. Hakikatnya ujian untuknya itu merupakan satu bala, bukannya rahmat. Kalau ujian itu rahmat, mesti dia akan cuba memperbaiki dirinya. Jadi setiap ujian yang datang jangan biarkan ia pergi begitu sahaja. Ambillah disudut kebaikannya.


                Tapi nak jadi orang yang berjiwa kematu dengan ujian bukan senang. Kadang-kadang terkena ujian yang kecil pun sudah melatah. “Tak guna punya tunggul”,begitulah biasanya apabila kita tersepak tunggul. Lebih-lebih lagi ujian yang orang lain tak nampak tapi kita sendiri yang merasa seperti diuji sakit gigi. Tak ada siapa pun yang tunjuk simpati kerana sakit gigi bukannya ada simptom apa-apa.
                Sebenarnya kita kena sedar siapa yang datangkan ujian tersebut. Kalau fikir-fikir tak kan dengan sengaja tungguk tu ada dan dok kat tengah jalan supaya ada orang yang melanggarnya. Tapi sebenarnya sudah ditakdirkan Allah supaya dia dok kat situ dan kita pula ditakdirkan lalu di situ. Ia hanya alat untuk Allah menguji kita. Begitu juga dengan sakit gigi, dimarah kawan-kawan, barang dicuri orang, kemarau, gempa bumi dan seribu satu macam spesies ujian lagi.
                Kalau kita sedar Allah yang datangkan ujian tu, taklah kita keluh kesah hingga hilang bahagia. Yang terbaiknya kita suluh diri sendiri, mengapa Allah uji kita. Apakah dosa kita yang menyebabkan Allah datangkan ujian. Sama ada dosa dengan Allah atau dosa kita yang menyebabkan Allah datangkan ujian. Sama ada dosa dengan Allah atau dosa dengan manusia. Lepas tu istighfar banyak-banyak. Mudah mudahan redhanya kita dengan ujian itu akan mengundang pengampunan Allah. Atau moga-moga ujian itu mendekatkan lagi diri kita dengan Allah.
                Beratnya ujian adalah petanda besarnya perhatian Tuhan. Sebab itu di kalangan nabi-nabi, yang paling teruk diuji adalah lima rasul yang bergelar Ulul Azmi termasuk Rasulullah s.a.w. rasul junjungan kita. Justeru itu, kalau dengan kesusahan yang menimpa, iman meningkat, sahlah ujian yang datang itu beserta rahmat Allah. Untuk itu kita patut bersyukur seperti bersyukurnya kita bila dapat rezeki durian runtuh.
                Kalau kita ditimpa ujian, rasakan diri kita hamba yang layak disakit-sakitkan oleh Allah. Tapi bukanlah bermakna kita tidak payah usahakan ubat. Berubatlah kerana Allah menggalakkan kita berusaha dan berikhtiar untuk dijadikan sebab Allah sembuhkan sakit.
                Ujian....ia ada di mana-mana. Sentiasa mengekori kita. Kita memang tak akan berupaya untuk lari darinya. Bersedialah dengan jiwa yang kuat dan gantunglah harap dengan Tuhan yang Maha Memberi Pertolongan. Rahmat di sebalik ujian lebih besar dari penderitaan akibat ujian tersebut.....

Wallahua’lam..............    :-)


                 

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)