Wednesday, June 26, 2013

~AmaLaN di BuLaN SyaaBaN~


"KELEBIHAN BULAN SYAABAN"



1.Sabda Nabi S.A.W> Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan bulan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

2.Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh ALLAH seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan terlepas daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, di tutup ALLAH keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

3.Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis pada bulan Syaaban di masukkan dia di dalam syurga.

4.Berkata Siti Aisyah R.A, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah adalah pada bulan Syaaban. 

5.Sabda Nabi S.A.W > Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku. Syaaban ialah mengiktirafkan(menghapuskan) dosa umat2 ku.

6.Puasa di bulan Syaaban> Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada bulan Syaaban kemudian berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan diberkati dan dimurahkan rezeki baginya. 

7.Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal. Banyakkanlah beramal dalam bulan ini.

8.Bulan Syaaban> Keangungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban sepertimana keagungan Ramadhan dengan Lailatulqadar. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W lalu berkata, Angkat kepalamu ke langit dan itulah malam yang dibukakan oleh ALLAH padanya 3 ratus rahmat dan diampunkan dosa kecuali orang yag suka bergaduh(berkelahi), kekal zina, kekal minum arak dan derhaka pada kedua ibu bapa.

9.Allah menilik kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

10.Apabila malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun akan aku ampunkan, adakah orang yang yang ditimpa bala aku afiatkan dan adakah orang yang meminta rezeki akan aku berikan demikianlah pertanyaan lainnya sehingga kelaur fajar. Maknanya di sini, selagi sebelum terbitnya fajar matahari, kita boleh meminta apa sahaja kepada ALLAH S.W.T kerana waktu itulah doa kita akan dimakbulkan.. Insya allah.

11.Tersebut dalam kitab Al-Barokah> Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut mereka berpuasa pada hari Nisfu Syaaban. 

12.Di dalam kitab Iqna’> Jibril, sesungguhnya pada malam Nisfu Syaaban Allah akan menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah kali dkeduanya, Ya Muhammad, gembiralah kamu bahawa Allah taala telah mengampunkan segala dosa umatmu yang tiada sekutu bagiNya, angkat kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkat kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. 

13.Kata Syeikh Abdul Qadire Al-Kilani di dalam Ghaniah> Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat, begitu juga pada malam Lailatulqadar pada bulan ramadhan nanti. Mereka tidak tidur dipenuhi dengan amak kebaikan dan ibadat sepanjang malam. Bagi anak adam berharirayalah denagn berpuasa dan buatlah amal ibadat kerana mereka tidak tidur malamnya. 

14.Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada 6 golongan ini:-

1.Orang yang kekal minum arak
2.Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya
3.Orang yang kekal dalam berzina
4.Orang yang banyak dan selalu berkelahi 
   (bergaduh)(berdendam)
5.Orang yang selalu melakukan perjualan dengan 
   sumpah yang dusta(berbohong).
6.Orang yang selalu memperlagakan orang lain 
    supaya berkelahi dan bermusuh antara satu sama lain.

15.Telah disebut ada 4 keistimewaan tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Hari Raya Fitrah yang pertama, malam Hari Raya Aidiladha yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam lailatulqadar kerana bahawasanya malam itu adalah malam rahmat dan merdeka daripada api neraka supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya.  
 

    > Selalulah beristighfar kepada Allah kerana ini adalah salah satu penghulu antara istighfar... insya allah dengan izin ALLAH dapat mengampunkan dosa-dosa kita yang dahulu.  Amin... (Manusia tak kan terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi WAJIB bagi umatNya untuk bertaubat dan memohon ampun atas kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu)..>_<

    Yang bawah ni antara zikir dan selawat yang perlu diamalkan dalam bulan Syaaban. 




Sampai di sini dulu yaa... Dengan berkongsi ilmu dengan anda di luar sana, Insya Allah dapat menambahkan pahala di bulan Syaaban ini... Amin..
-"Sharing is Caring"-
Semoga kita berjumpa lagi... 
Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa di blog saya. ^_* 

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)