Tuesday, June 29, 2010
~ KeLebiHan Ayat KurSi~
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Ayat Kursi Menjelang Tidur
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."
Sunday, June 20, 2010
~ BeRsiHkAn HaTiMu...~
Segala pekerjaan dinilai daripada amalan hatinya. Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana ALLAH semata-mata, amalannya adlah tinggi nilainya. Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ALLAH maka ia tidak mendapat keredaan ALLAH, tetapi untuk mendapat pujian ataupun bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah niat tu terletak di hati kita. hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai. Oleh itu, berusahalah memebersihkan hati....
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih dan bersihkanlah hati kita selalu dengan selalu membaca al-quran, berzikir, bertahmid dan ikhlas melakukan sesuatu perkara. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang MUSLIM!...
wassalam......
Saturday, June 19, 2010
~MeNjADi MUSLIM TeRbAiK~
Al-Quran menjelaskan , umat ISLAM laksana bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat yang terbaik. Dalam erti kata lain, semua Muslim dan Muslimah adalah BINTANG.... Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan ALLAH iaitu Tuhan yang Maha Esa. Namun, tidak semua bintang mendapat perhatian Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang akan mendapat perhatian, rahmat dan keredaaannya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK!
Menjadi Muslim Terbaik menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merealisasikan status Muslim Terbaik. Ia bermula dengan apresiasi kepada iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan penterjemahan diri selaku Muslim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan, tindakan dan agenda kehidupan.
Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita berpeluang menjadi BINTANG Muslim Terbaik. Mulakanlah ia sekarang bagi kehidupan yang lebih gemilang di dunia dan di akhirat...insyaallah...amin...
BERSYUKUR SEBAGAI MUSLIM
Betapa agung Allah yang Maha Penyayang menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangnya. Kita di lahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa di minta. Ini adalah bukti kasih sayang ALLAH. Apa yang bakal terjadi apabila saat kita dilahirkan Allah menetapkan kita bukan seorang Islam? Betapa berat perjuangan saudara-saudara Islam kita yang bukan Islam bagi tauhid dan beribadat kepada Allah.
Salam sejahtera dan selawat ke atas Nabi Muhammad. Melalui dakwahnya, umat Islam dunia mengenal kebenaran. Melalui dakwahnya, kita dapat memahami hakikat kehidupan ini. Semoga Allah memberikan kemudahan dan kemampuan kepada kita supaya mencontohi sunah rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Tiada sikap yang begitu baik yang dapat kita lakukan selain bersyukur kepada ALLAH atas limpahan kurnianya dalam kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur atas beberapa perkara asas. Pertama, bersyukur kerana ALLAH menciptakan kita sebagai manusia, makhluk Allah yang begitu sempurna. Sebagai manusia kita memiliki berbagai-bagai kelebihan dan keutamaan apabila dibandingkan dengan makhluk lain. Manusia adalah makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan lebih daripada makhluk lain. Dalam hal ini kita sebaik-baiknya bersyukur atas berbagai-bagai kelebihan yang kita miliki. Bagaimana cara bersyukurinya? Itulah masalahnya yang perlu kita fahami lebih mendalam...
Kedua, kita patut bersyukur atas pemberian anugerah terbesar dalam kehidupan ini iaitu nikmat Iman dan Islam. Faktanya, tidak semua manusia beriman. Ini bererti keimanan dan keislaman adalah anugerah yang sebaik-baiknya kita syukuri. Keislaman dan keimanan menjadi modal demi mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Apabila kita mensia-siakan anugerah itu, kita mengalami kerugian yang begitu besar.
Sunday, June 13, 2010
~JaDiLaH WANITA Yg PaLinG BERTUAH di DuNia~
Thursday, June 3, 2010
~BisMiLLaH 6~
1.Makbul segala hajat dan cita-cita.
2.Luas rezekinya.
3.Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
4.Menang dalam peperangan.
5.Penerang hati.
6.Diajuhkan dari segala penyakit.
7.Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8.Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
9.Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
10.Aman daripada binatang2 buas.
11.Air laut menjadi tawar.
12.Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
13.Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
14.Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
15.Terselamat dari karam dilaut.
16.Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
17.Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
18.Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
19.Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
20.Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaAllah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
Tuesday, June 1, 2010
~10 PeRkArA BaTaL IsLaM~
Maka, kita daati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai ornag yang mengetahui apa itu perkaata yang boleh membatalkan wadhu' apa itu perkara yang membatalkan solat (sembahyang) yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan ataupun membatalkan Islam itu sendiri...
Jika dilihat dari segi aturan-haji, zakat, puasa,solat, semuanya itu berada selepas daripada syahadah. Bagaimana seorang muslim memahami perkara-perkara yang membatalkan solatnya dan seterusnya...
Perkara-perkara yang menjadi sebab utama di zaman ini, yang disenaraikan di dalam risalah tersebut, yang menyebabkan seseorang batal Islamnya, yang dinamakan nawaqidul Islam (perkara-perkara yang membatalkan Islam):-
~Mu$LiM@H SoLeH@H~
~My Blog List~
-
𝐕𝐢𝐜𝐞 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐜𝐭 𝐓𝐡𝐚𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝 𝟐𝟎𝟐𝟓 - Dua orang staf pelaksana Perpustakaan Tun Abdul Razak, Encik Abdul Halim Bin Mohd Daud dan Cik Nurul Nadiah Binti Harun menjadi sebahagian daripada 14...4 hours ago
-
HATI Ini Hanya RINDU - *Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video* *Bersamamu yang telah lama ku simpan* *Hancur hati ini melihat semua gambar diri* *Yang tak bisa, ku ulang ke...5 years ago
-
♥ Keunikan Ostematrix Shaklee ♥ - Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "*Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kin...6 years ago
-
重い一重の私が二重になるまでのこと - 私は、何度か記事に書いていますが、生まれつき重い一重です。 正確に言うと、重い一重でした。 今は、整形なしで重 … 続きを読む 重い一重の私が二重になるまでのこと7 years ago
-
DHANIYA - Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 - Dhaniya telah pun menjuarai carta undian bagi Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 dengan 152 undian meng...8 years ago
-
i'm back!! - Assalamualaikum...bertahun tahun dah aku tak menulis kat sini...baru sekarang rasa nak start menaip kat sini balik....bertahun blog ni ditinggalkan banyak ...9 years ago
-
Kenapa lelaki berbohong... - Kenapa lelaki berbohong... ~ The Precious Moment Sharing something yg semua wanita kena tau ni..wajib tau coz penting..hehe10 years ago
-
-
Oreo Balls - Sudah lama tak menjenguk belog ini. Nak start taip tu merangkak-rangkak haaa. Ok la, straight to the point, I nak share another simple yet nice and tasty r...11 years ago
-
Cinta....? Cinta ku milik siapa? apa yg paling patut kita cinta? - Jika dunia terlalu sempit untuk kita... Biarlah Allah membuka pintu lain untuk kita... Dimana saja tempat yg sesuai untuk kita... dan semoga... di dunia ti...12 years ago
-
stuDENT diari: jangan jawab 'saya tak tahu' - bismillah.. "I takut dengan dentist sebenarnya tapi bila buat treatment dengan senior korang memang best. tak sakit pun. you guys were soo awesome and baik...12 years ago
-
Perintah-Perintah Command Prompt Pada Windows - Untuk informasi lebih spesifik tentang suatu perintah, ketik “HELP nama-perintah” di DOS prompt ASSOC Menampilkan atau mengubah asosiasi ekstensi file. AT M...13 years ago
-
-
-
-
-
~FOLLOW Me...~
- http://kisah-kisahwanita.blogspot.com
- http://ajaputrisha.blogspot.com
- http://www.iluvislam.com
- http://bakeb.blogspot.com
- http://www.suriafootpatch.com/
- http://purnama.kelabjutawan.com/
- http://www.flashvortex.com/generators.php?exampleId=222
- http://www.alhidayah-medic.com/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1
- http://www.greetvalley.com/graphics/message_creator/graphics.php?cat=Friendship
- http://www.mylivesignature.com/examples.phph
- http://biogenius.blogspot.com/