Saudara dan saudariku, sesungguhnya kunci kejayaan seseorang terletak pada hatinya. Apabila hatinya baik, baiklah keseluruhannya. Sebaliknya, apabila hatinya jahat, maka jahatlah keseluruhannya. Hati adalah penentu kualiti seseorang individu. Oleh kerana itu, bagi memperbaiki manusia secara keseluruhannya terletak pada keberkesanan kebaikan hatinya. Pembinaan dan pendidikan diri manusia tidak bererti apabola tidak diikuti dengan pembinaan hati. Keberkesanan pembinari manusia begitu bergantung pada kejayaan pembinaan hati. Alangkah bahayanya apabila kita menghadapi orang yang gagah dan kuat, tetapi hatinya jahat. Bagaimanakah pula terjadi apabila ada beberapa orang yang menguasai teknologi bagi menghancurkan bumi, sementara hatinya tidak kenal rasa kasih sayang???
Segala pekerjaan dinilai daripada amalan hatinya. Itulah kaitan pekerjaan dengan amalan hatinya. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana ALLAH semata-mata, amalannya adlah tinggi nilainya. Apabila niatnya terpesong, bukan kerana ALLAH maka ia tidak mendapat keredaan ALLAH, tetapi untuk mendapat pujian ataupun bagi menyaingi orang lain, amalannya tidak bernilai dan tidak bererti lagi. Ketahuilah niat tu terletak di hati kita. hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas muncul kekuatan yang begitu besar. Kekuatan syaitan pun tidak sanggup mempengaruhinya. Kekuatan orang yang ikhlas ini yang perlu kita capai. Oleh itu, berusahalah memebersihkan hati....
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita bersih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih dan bersihkanlah hati kita selalu dengan selalu membaca al-quran, berzikir, bertahmid dan ikhlas melakukan sesuatu perkara. Inilah modal awal demi membuktikan yang kita orang MUSLIM!...
wassalam......
𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐧
𝐀𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐢𝐧
-
Jutaan terima kasih atas dedikasi, keikhlasan dan komitmen yang tidak
berbelah bahagi dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab. Semoga segala
jasa baik ...
1 day ago
No comments:
Post a Comment