Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita sayap kiri kaum lelaki.
Wanita berhati lembut.
Wanita kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Sesungguhnya, tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaanNya saling melengkapi. Kerana itulah kita memerlukan antara satu sama lain.
Lucu juga bila dengar. Tapi itulah hakikatnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memikul tanggungjawab mengandung, melahirkan dan membesarkan anak bukan senang. Wanita memang hebat sebab dapat pikul tanggungjawab besar ni.
Sebab itu wujudnya istilah ‘supermom’. Wanita dikurniakan kelebihan multi-tasking yang luar biasa. Mampu buat kerja all-in-one. Sambil makan pun boleh tidurkan anak.
Saya agak kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini.. wanita. Diciptakan dari tulang rusuk lelaki.. dijadikan lemah fizikal, tetapi memiliki hati yang sangat kuat. Juga sangat kagum dengan proses penciptaan manusia itu sendiri. Dari hanya 2 sel, menjadi seorang manusia yang sempurna anggotanya. Dikurniakan pula akal untuk berfikir dan nafsu sebagai ujian.
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧
-
𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭
𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 :
1. En...
2 hours ago
2 comments:
assalamualaikum...saya copy boleh tak.menarik
copy laa.. :-)
Post a Comment