Monday, April 18, 2011

~CiNTa SeOranG WaniTa~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hai teman2 di luar sana, sihat?? saya di sini alhamdulillah....sihat hendaknya...
haa kali ni saya nak coretkan cikit sal kisah cinta pula..cinta ni ada macam2 cinta, cinta monyet la cinta pandang pertama la, cinta sejati la dan sebagainya.... 


Cinta ni sebenarnya bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan pda diri kita. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
(Hamka)


Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman.  Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta.  Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet,  bacalah berita di akhbar dan majalah.  Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja?  Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban.  Hanya kerana cinta,  manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya.  Bukankah sejak di awal usia,  kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya? Tapi kita selalu leka dan lupa semua tuu... masyaallah..... astafirullahalngazim...... masih ada ruang untuk anda berubah... insyaallah..ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang...
Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia.  Tetapi salah manusia yang tidak betah, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir.  Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah,  cinta kita kepada Rasul,  cinta kita kepada Islam,  dan cinta kita kepada ibu bapa?  Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan.  Percayalah,  setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU.

Marilah kita sama2 menadah tangan, Ya Allah,  jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripada-Mu.  Tuntunlah hati ini untuk mengenali cinta-Mu,  mendahulukan cinta-Mu,  dan tidak menduakan cinta-Mu. Amin.............


Mana mungkin rasa cinta ini
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta
Mana mungkin rasa  cinta ini
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta 
Mana mungkin cinta ini
ku amanahkan buat seorang lelaki yang cuai
Cuai dalam melaksanakan amanah pemilik cinta
Mana mungkin ku rasakan bahagia
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta
Tapi mengetepikan pemilik cinta


Dulu,  pernah diri ini terlalu mengharapkan bahagia daripada seorang lelaki sehingga aku terlupa sebenarnya yang ku cari adalah cinta pemilik diriku.  Syukurlah,  Pemilik Diri ini menyedarkan aku,  mengajarkan aku bahawa cinta yang ku harapkan itu cinta yang sia-sia sahaja....Dulu ku ingatkan cinta yang ku rasakan sangat bahagia hingga boleh membuatkan aku terlupa akan kisah2 lalu.. Tetapi sebenarnya semua itu hanya sementara sahaja.. Ada banyak dugaan dan faktor2 luar yang membuatkan aku terfikir kembali, adakah aku akan bahagia pada akhirnya nanti jika tidak mendapat restu keluarga dan ku rasakan banyak penghalang antara kami, jadi aku mengambil keputusan supaya aku berfikir sejenak dan mengambil keputusan dan berkorban untuk kebahgiaan orang lain. Akhirnya,  setelah ku cari cinta-Nya,  DIA temukan diriku dengan seorang hamba-Nya yang membimbing hatiku supaya tidak pernah lupa pada cinta yang Agung,  iaitu Allah.  
Alhamdulillah. Inilah bahagia yang ku cari.
Dan ku berharap cintaku akan kekal pada ALLAH S.W.T


Cinta? Apa yg sbnrnya kita tahu ttg cinta ni? Org zaman sekarang mnganggap bahawa cinta kepada manusia adalah segala-galanya. Sedarkah kita bahawa cinta itu datangnya drpd Allah swt? Nikmat kasih syg dan cinta kita kpd kedua ibu bapa, sahabat baik, saudara mara, haiwan dan kpd kekasih itu smua antara rahmat Allah yg terindah dan ianya adalah Anugerah.  Namun, Cinta yg tulus dan ikhlas kepada kekasih itu tidak akan kekal lama sekiranya niat kita adalah cinta kpd paras rupa, kebaikan dan kekayaan semata-mata. 

Cinta yg kekal adalah cinta kpd Allah swt. Dan cinta yg sejati adalah cinta kerana Allah swt.  Saya sendiri tidak layak untuk berbicara tentang cinta sebenarnya. Namun, disini, saya hanya membuat konklusi dgn ilmu yg saya dpt selama ini. Cinta kpd manusia seharusnya didahului dgn cinta kpd Pencipta kesempurnaan kejadian manusia, Allah. Ibarat jika seorang manusia memberi kita hadiah, yg mana yg akn lebih kita sayangi? Hadiah ataupun pemberi hadiah? Sudah tentu kita akn lebih menyayangi si pemberi hadiah tadi. So, dlm konteks ini, seharusnya, cinta kita kepada manusia, didahului dgn cinta kepadaNYA. =) 

Cinta kepada kesempurnaan manusia, baik paras rupa mahupun kebaikan seseorang itu, adalah anugerah drpd Allah juga. Maka, jgnlah kamu sedih seandainya kamu jatuh cinta. Itu adalah lumrah kehidupan. Dan jgnlah kamu mghukum diri kamu jika kamu dgn berusaha melupakan org yg kamu syg. Sbb, kerana perasaan cinta inilah, yg akn mmbuatkan kita lebih ingin mengingati dan mendekati Allah. Percayalah... sbb saya jg seorang manusia yg tidak lari dari fitrah manusia seperti kamu. Dan setiap kejadian dan fitrah yg telah Allah jadikan, terselindung hikmah disebaliknya. Oleh itu, sedarlah bahawa kita harus menerima qada dan qadar jika cintanya itu bukan hak milik kita lagi. Sememangnya kasih dan sayang itu pada seseorang tak kan saya lupakan tetapi sedarlah bahawa insyaallah suatu hari nanti jika ada jodoh ALLAH akan ketemukan jua. > Saya yakin dengan ketentuan ALLAH, hal ini kerana saya ni seorang wanita yang sukar untuk membuat sesuatu keputusan, setelah sekian lama saya jadi bingung dan x tahu arah mana yg harus saya tuju, saya menadah tangan dan berdoa kepadaNYa> Ya ALLAH, berikanlah aku petunjukmu jika dia jodohku satukanlah kami jika dia bukan jodohku jauhkanlah dia dari hidupku...amin... 
Kemudian, aku di duga dengan pelbagai dugaan dan rintangan dan akhirnya aku mendapat keputusan dari apa yang aku bingungkan selama ini... orang yang selama ini ku sayangi ku kasihi bukan jodohku lagi kerana ada sebab2 tertentu dan petunjuk yang datang dalam hatiku untuk aku membuat keputusan.

Sejujurnya, saya x pndai berkata-kata. But, i just dont know, today, i'd feel like want to update my blog with this issue very HOT nowadays. Teenagers 18++ spt saya sedang mngalami proses perubahan fasa ke alam kedewasaan. Drpd pengalaman rakan sya. There was once, when she’s falling in love. It is normal right? Biasalah... tipu seandainya kamu tidak pernah jatuh cinta. Kalo x pernah x tahu la kan...
 
Well, kami mmg sudah kenal kat kampus. Niat sahabat sya hnya utk bersahabat sahaja. Lama kelamaan dia terlalai, terlalai akibat cintanya dia leka drpd mengingati Allah. Niat saya adalah untuk membantunya dari segi pelajaran dan memberikan semangat tetapi lain jadinya.  Namun, kerana Allah juga mnyayangi HambaNYA... Allah telah memberinya petunjuk. =) before that, apa yg mnyebabkan muslimah/ sahabat sya ini terselamat drpd pergaulan bebas ini adalah Iman. Iman ada 30 cabang dan salah satunya adalah perasaan MALU.

Oleh kerana perasaan MALU yg ada pd muslimah inilah yg telah mnyebabkan muslimah ini selamat. Selamat drpd apa? Selamat drpd menjalinkan hubungan yg haram. Haram dri konteks berjumpa dgn org yg bukan muhrim ditemani oleh org yg ketiga iaitu syaitan. Musuh manusia di dunia ini. Sebagaimana yg ustazah kata smlm, hukum ‘coupling’ adalah harus, namun, yg mnjadikan ianya HARAM adalah cara pergaulan antara 2 manusia yg berlainan jantina tanpa ada apa2 ikatan yg sah. From what we've learn in islam, very basic knowledge that all muslim or muslimah knw that  it is HARAM for a man and a woman who is not their siblings or  family (mahram) touch each other. But, many of us pretend to close our eyes when it comes to love. Sye bukanlah siapa2, tap sya jgk sdg memuhasabah diri dan ingin mnjadi seorg manusia yg lbih baik.
we should look forward...

What is haram to look at is also of course haram to touch with the hands or any other parts of the body. Ma'qal ibn Yasar narrated that the Prophet (saw) said, "It is better for one of you to be pricked in the head with an iron pick than to touch a woman whom it is unlawful to touch" (Al-Bayhaqi). Some brothers feel embarrassed to refuse a woman's hand when she offers it to them. Funny how the brother feels ashamed of not being able to sin in front of his peers but has no embarrassment of sinning in front of Allah (swt). Many leaders of the so-called Islamic/Muslim countries, have been observed to be having no qualms about shaking hands with the leaders or dignitaries of opposite sex. 


There are ways in Islam to overcome this and that. “we dont recognize dating in Islam. We usually do Taaruf.” Lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik. Wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik.
Renung-renungkanlah... 
Oklah, That’s all. 
InsyaAllah.. semoga pentunjuk Allah sentiasa bersama kita. =)

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini...:-)





No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)