Monday, May 23, 2011

~ADaKaH MaSiH Ada RINDU???~

Masihkah ada rindu...???


Hati sering tertanya-tanya,
Masihkah ada rindu...untukku???

Alah...rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan...
Bersyukurlah selalu.

rindu sebahagian dari perasaan
rindu itu ubatnya kenangan...
tapi...
jangan di biar rindu itu kesepian...
biarpun memori makin luput dek zaman...

Merindui tanpa dirindui
Lebih menyakitkan
Tak usah katakan rindu
Biar rindu yang ini tanpa kata
                                              Biar ego beraja di hati kali ini..


Andai ego merajai,
rindu tetap merindui,
kerana halusnya perasaan,
sentiasa mewarnai kehidupan...
tergambar sesuatu diwajah mu
walau kau hanya membisu
masihkah ada rindu buatku
dan rindu ku buatmu....

mata bersinar ingin menyatakan sayang
hatimu jua begitu
why...??? kenapa??? 
selalu merinduimu...

kau tabah dalam menjalani hidup ini
hingga aku sukar mentaksir dirimu lagi

pandanganmu jauh memandang ke lain
tapi fikiranmu memikirkan sesuatu
yang tak dapat ku jangkakan...

kau kian membisu
sepatah ku tanya, sepatah kau jawab
  tapi kau terus mengukir senyuman

Angin lalu
membuahkan rindu
yg semakin menyesak dlm sanubariku
ooohh aku rindukanmu
jiwa ini semakin inginkanmu

hati ini begitu tulus mencintaimu
bukan ku ingin melukaimu
jgn dikenang kenangan lalu
kelak menghantui dirimu
tiada upaya aku
hanya padamu...


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,

Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahmu,
Membuatkan aku merinduimu,
Cahaya kilauan dalam mata,
membuatkan akutak terkata...

Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Ya Allah ,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Ya Allah,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Ya Allah,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu
,
Cinta yang kekal dan abadi
.


Setelah sekian lamanya
rindu yang selalu bertandang 
tanpa di undang...
sentiada bermain di fikiran
walaupun telah lama berlalu....

Akan ku usaha untuk melupakanmu
bila tiba masanya aku bersedia...
insyaallah..... tapi x tahu bila???



Saturday, May 21, 2011

~AdaKaH anda WANITA SejaTi???~

Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat di luar sana? apa khabar yee???
Alhamdulillah... semua sihat2 kan... haa.. kali ni kita main jawab2 soalan plak nak x???

"Cuba ujian ini dan kenali sejauh mana diri anda boleh dikatakan wanita sejati yang mampu membuat orang lain bahagia???? mari la cuba yee.... mana tahu anda dapat mengubah persepsi diri anda menjadi wanita yang lebih baik... insyaallah....."
1. Apa yang lebih anda gemari?
(a) warna
(b) bentuk @ corak
(c) bunyian

2. Apakah erti perkenalan @ pandangan kali pertama pada anda?
(a) tak seberapa
(b) ada juga
(c) sangat bererti

3. Apa yang anda inginkan dalam hidup?
(a) selesa & aman
(b) seseorang @ sesuatu yang boleh anda
sayangi
(c) peluang untuk memuaskan diri anda

4. Secara amnya, anda lebih sukakan?
(a) makanan panas
(b) makanan sejuk
(c) makan di mana-mana saja
(d) makanan ringkas

5. Yang mana satu anda lebih suka lihat?
(a) anak kecil
(b) bayi
(c) orang tua
(d) orang biasa

6. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak lelaki?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

7. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak perempuan?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

8. Adakah anda ingin?
(a) cantik
(b) menarik
(c) pandai
(d) mahir dalam serba-serbi

9. Kalau anda diberi peluang, anda mahu?
(a) balajar main golf
(b) mereka fesyen
(c) belajar bahasa asing
(d) membuat kerja kebajikan

10. Dalam perhubungan peribadi, anda
percayakan?
(a) ada penerima & pemberi
(b) kemesraan
(c) persahabatan
(d) peluang berkongsi kebahagiaan

haa... da habis jawab soalan tu... kira la sendiri yee... jawapannya terletak di tangan anda!!
cuba la... hehehe....

MARKAH
1. (a) 10 (b) 7 (c) 5
2. (a) 3 (b) 8 (c) 10
3. (a) 6 (b) 10 (c) 5
4. (a) 10 (b) 7 (c) 4 (d) 2
5. (a) 9 (b) 10 (c) 8 (d) 6
6. (a)7 (b) 10 (c) 5 (d) 5
7. (a) 7 (b) 10 (c) 5 (d) 5
8. (a) 8 (b) 10 (c) 4 (d) 6
9. (a) 4 (b) 10 (c) 5 (d) 8
10. (a) 6 (b) 10 (c) 5 (d) 8


85-100
Sekiranya anda merasakan diri anda seorang wanita sejati, memang benar! Sesungguhnya anda adalah seorang wanita yang disanjungi, wanita dalam erti kata yang sebenar. Seorang ibu,isteri, teman, dan kawan yang penyayang.


55-84
Anda masih seorang wanita sejati dalam semua bidang. Jangan risau jika anda belum mencapai taraf wanita sejati yang sebenar. Semua orang tidak 100% sempurna, Apa yang anda lakukan dan rasa adalah lebih penting daripada markah!


45-54
Mungkin anda tiada potongan untuk menjadi seorang wanita sejati. Jika anda boleh menerima kenyataan ini,maka hidup anda tentu akan lebih bermakna. 

Teman2 yang dikasihi sekalian, berapa markah yang kalian dapat?! Ujian di atas cuma untuk menilai diri dan mengenali diri kita dengan lebih dekat.

Kadangkala kita selalu perhatikan orang
sedangkan kita sendiri tak kenal diri kita yang sebenar. Sesekali cubalah muhasabah diri dengan bertanya pada kawan yang rapat.

Ingat! Sahabat sejati bukanlah seseorang yang selalu membenarkan kata-kata mu, tetapi mereka yang selalu berkata benar kepada mu. Terimalah kebenaran..."

~ semua ini hanya lah sekadar suka2 dan untuk mengukur adakah anda seorang wanita yang sejati???... uji la diri anda sendiri...  sekian di sini dlu... jumpa lagi...Terima kasih luangkan masa menguji diri anda sendiri di sini yee...

Wassalam..........:-)

Tuesday, May 17, 2011

~AiR MaTa KEINSAFAN & .....~

Assalamualaikum Wr Wb., Salam sejahtera serta selawat kepada junjungan nabi kita iaitu Rasulullah SAW.... apa khabar anda semua di luar sana???????


Air mata adalah kelenjar yang diproduksi oleh proses lakrimasi untuk membersihkan mata. Kata lakrimasi juga dapat digunakan merujuk pada menangis. Emosi yang kuat juga dapat menyebabkan menangis, walaupun kembanyakan mamalia darat memiliki sistem lakrimasi untuk membiarkan mata mereka basah, manusia adalah mamalia satu-satunya yang memiliki emosi air mata.

Mengapa Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki?
Kajian ilmiah menetapkan bahawa perempuan lebih banyak menangis empat kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.

Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan  dengan diiringi suara yang dapat didengar  sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas  atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.”

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jebnis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Menangis faktor penyebab panjangnya usia kaum hawa:
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.


Hormon berbicara yang dimiliki oleh kaum hawa
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stress dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.Ini akan berhujung pada satu kesimpulan bahawa kaum hawa lebih sedikit menjadi Koran akibat kekacauan saraf atau lebih sedikit terjerumus ke dalam jurang kewujudan ubat  daripada lelaki
Air mata yang termahal siapa yang punya?
Ibu
Ayah
Remaja
Orang yang dizalim


Bangun dan sujud pada tengah malam amalan Rasullah serta sahabat
SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”

Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”

Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya:
Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.


Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.
Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?
Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.
Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.

INTI PATI:-
-Seseorang manusia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya, oleh itu letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

-Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama pada alam kubur. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan yang amat penting. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

-Menangis kerana ingatkan hari perhitungan. Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

Setiap manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita harus sedar supaya tidak akan mengulangi lagi apa yang telah kita lakukan selama ini. Hidup di dunia ini bagaikan berada di pentas dunia kerana kadang2 apa yang kita lakukan kita tidak menyedarinya. Itulah di katakan kehidupan di dunia. So?? fikirkah secara positif dan pandang ke hadapan bukan menoleh ke belakang mengenang kisah2 yang dapat menjatuhkan anda kembali. Jadikan sesuatu perkara itu sebagai hikmah dan dorongan untuk anda terus belajar dari kesipalan dan air mata yang jatuh dan mengalir di pipi sangat berharga bagi seseorang manusia yang benar2 sedar akan kesilapannya itu. insyaallah... bukan senang untuk merubah menjadi yang terbaik. Marilah kita sama2 berusaha...:-)

Terima kasih kerana sudi membaca di blog saya nie...

tq so much... sayang kamu semua.... jumpa lagi...



Sunday, May 15, 2011

~JanGaN DiTanGisi Jika Bukan MILIKmu~

Assalamualaikum..... semua.....

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu....

Saturday, May 14, 2011

~PanTuN untuk WANITA~

Assalamualaikum pembuka bicara, 
kali ini kita berpantun pula,
khas untuk semua wanita di luar sana, 
istimewa kepada semua wanita.


Hadirnya ia penyeri suasana ,
Tidaklah lokek senyuman diberi ,
Sentiasa ceria  cukup sederhana ,
Di setiap lapangan gigih berdikari .

Penyakit ummati yang kian parah ,
Perlu dirawat setiap yang luka ,
Tidakkan berhenti bakti dicurah ,
Sebagai bekalan di Hari Muka .

Tangan yang lembut menghayun buaian ,
Mampu menggoncang seisi dunia ,
Sikap yang malas usah dilayan ,
Bantu – membantu mogakan bahagia .

Maruah ibarat mahkota peribadi ,
Jangan dicalari usah dicemarkan ,
Berakhlak mulia santun berbudi ,
Sifat mahmudah terus diamalkan .

Wanita solehah idaman kalbu ,
Penyejuk mata ketika derita ,
Tidak ternilai kasihnya ibu ,
Tidak terbalas dek wang dan harta .


Budaya mengumpat perlu dijauhi ,
Membuang masa tiada gunanya ,
Saidatina Khadijah kita contohi ,
Berusaha menjadi seanggun peribadinya .

Tenang menempuh musibah yang datang ,
Setiap suratan terselit hikmah ,
Tegakkan keadilan bersuara lantang ,
Muslimah sejati pembela ummah .

Barisan pemudi yang dikasihi ,
Sentiasalah kita berwaspada ,
Hargai segala kurniaan Illahi ,
Bijak gunakan peluang yang ada .

Usah direndahkan martabat wanita ,
Pantang berundur di tengah jalan ,
Unsur jahiliyyah yang penuh dusta ,
Segala kezaliman tidak berkekalan .

Bicara hati seorang serikandi ,
Perjudi nasib di medan sahara ,
Teruskan memberi menabur budi ,
Demi menggapai hikmah kembara .


Sekian saja pantun diberi, 
buat tatapan semua saudari,
sebelum mengundurkan diri, 
kalau ada papa cadangan boleh dikongsi...

Terima kasih yee...kerana sudi membaca di blog saya nie....:-)

Saturday, May 7, 2011

~ SeLaMat Hari IBU~


Assalamualaikum semua... sedar tak sedar.. kita da di bulan Mei da.. cepat kan masa berlalu... ye la rasanya cepat ja masa lu berlalu pergi.. saya pun da nak habis final exam dan terus pulang ke tanah air ku di negeri Kedah jelapang padi.. hehehe... Tak sabarnya nak balik kampung.. tapi masih ada 2 paper g nie... :-(

Esok ada exam paper Network...seketika study teringat plak kat maa di kampung nuu.. semalam ada call tanya khabar berita di sini... waa... rindu rasanya.. sebab ye la anak bongsu la katakan,.. mak mana x ingat kat anak die...anak mana x ingat kat mak die.. tapi maa saya yang terbaik... muah2.. love u maa...


pimp myspace

Haa..semua orang tahu kan Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan hari bapa yang mengiktiraf golongan bapa. Esok 8 Mei adalah Sambutan Hari Ibu yang di sambut di Malaysia iaitu tanah air kita ni... 

Sedar tak sedar rupa-rupanya beberapa negara sudah pun menyambut Hari Ibu pada tahun ini. Negara kita pula akan menyambutnya pada 8 Mei 2011 [Ahad] nanti. esok la tuu.
Dah sediakan hadiah untuk ibu masing-masing? Ingat ya, hadiah yang paling baik ialah sebuah senyuman, pelukan dan ciuman yang penuh ikhlas dari anak. Bukan senyuman dari posmen yang datang menyampaikan kiriman hadiah. Sedihnya tahun ni saya x dapat sambut g tunggu baik kampung nanti la baru nak sambut untuk maa saya yang tersayang.... teman2 di luar sana bagaimana??? apa perancangan anda untuk ibu anda?? marilah berkongsi di ruangan blog sana nie... cerita la apa korang nak buat nanti.... saya pun masih dalam perancangan cadang nak buat kek batik la untuk maa saya.. pastu nak beli hadiah simple2 jew janji ikhlas. Maa saya ni simple je x kisah sangat sebab sebelum ni pun saya penah beli gelang, kerongsang, tudung, bagi kad, dan macam-macam g... hehehe... maa saya cakap maa terima ja apa pun yang anak2 die bagi.. hehehe... tahun ni x taw g nak bg pew... :-)

Korang nak tahu??? Hari Ibu yang di sambut di negara kita:-

22 Mac 2011
Ireland, Nigeria, United Kingdom

1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei)
Hungary, Lithuania, Portugal, Spain

8 Mei 2011 (Ahad kedua dalam bulan Mei)
Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, MALAYSIA, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

29 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei)
Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.

12 Ogos 2011
Thailand (tarikh lahir Queen Sirikit)
22 Disember 2011
Indonesia



Ucapan Selamat Hari Ibu untuk maa saya iaitu Hajjah Siti Mariam bt Che Mat [dah pasti beliau tak membaca entri ini], Maa saya adalah ibu kepada 8 orang anak sebenarnya, tapi 2 orang meninggal iaitu abg saya dan adik lelaki saya. Semoga adik beradik saya membantu ibu saya ke syurga.. insyaallah amin... Maa saya dilahirkan pada 26 Ogos 1953. Usianya? kira la sendiri yee.. Tak dilupa juga untuk isteri2 yang juga ibu2 kepada anak-anak di luar sana [mungkin akan membacanya] dan untuk semua rakan blogger yang bergelar ibu. SELAMAT HARI IBU....


Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tapi jangan pula melihatnya dengan mata kasar dan cuba-cuba mencarinya. Pasti tak akan terjumpa. Sebenarnya bagi saya hari-hari adalah hari ibu.. hargailah ibu anda sementara masih ada. Walaupun saya seorang je anak maa saya yang berkesempatan belajar jauh2 dan berpeluang mencari ilmu hingga ke peringkat yang tinggi dan belajar di Universiti. Itu adalah hadiah untuk maa saya juga sebenarnya. Saya pula anak bongsu kan, so memang susah la sikit, x semua apa yang saya mahukan akan dituruti oleh maa saya, Bergantung pada keadaan juga la. Jadi, sebagai seorang anak, dengarlah cakap ibu anda dan belajar menjadi anak yang baik. Insyaallah... Saya juga seorang remaja dan seorang wanita yang tak terlepas dari melakukan dosa tapi sekurang-kurangnya masih ada banyak masa dan peluang untuk kita berubah untuk membahagiakan ibu saya, amin................

Ada pun wujudnya tarikh yang telah ditetapkan khusus untuk hari ibu atau hari bapa adalah idea dari negara barat… Tetapi, hari ibu dan hari bapa tidaklah salah untuk kita menyambutnya, berlainan dengan sambutan hari Valentine atau April Fool itu adalah tidak digalakkan dan bertentangan dengan syariat Islam. Hari ibu dan hari bapa, samalah juga seperti dengan hari Maulidur Rasul. Adalah kewajipan kita sebagai umat Nabi Muhammad untuk mengingati Baginda Sallallahu’alaihi Wassalam setiap masa dan setiap hari, bukan hanya pada hari sambutan Maulidur Rasul…

Firman Allah swt dalam, Surah Al Isra’: 23-24
Maksudnya,: “Tuhanmu telah memerintahkan kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduannya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkatan (ah) dan janganlah kamu mmbentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, kasihlah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”

 
Hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassallam yg disepakati oleh Bukhari dan Muslim, dari sahabat Abu Abdirrahman Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu.
Maksudnya : Dari Abdullah bin Mas’ud katanya, “Aku bertanya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassallam tentang amal-amal yg paling utama dan dicintai Allah ? Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassallam menjawab: Pertama solat pada waktu (dalam riwayat lain disebutkan solat di awal waktunya), kedua berbakti kepada kedua orang tua, ketiga jihad di jalan Allah” [Hadits Riwayat Bukhari I/134, Muslim No.85, Fathul Baari 2/9]

Di dalam hadis lain juga ada menyebut :
“Maksudnya : Dari Abdillah bin Amr bin Ash Radhiyallahu ‘anhuma dikatakan bahwa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassallam bersabda, “Redha Allah bergantung kepada keredhaan orang tua dan murka Allah bergantung kepada kemurkaan orang tua” [Hadits Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad (2), Ibnu Hibban (2026-Mawarid-), Tirmidzi (1900), Hakim (4/151-152)]

Dan begitu banyak lagi hadis Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tentang keutamaan kedua ibu bapa kita.
Bagi diriku, kedua ibu bapaku adalah segala-galanya selepas Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Rasul-Nya Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Tanpa restu mereka, aku tidak akan berada di sini, di medan perjuangan mencari ilmu yang tidak akan habis.
Ini ibu dan bapa saya...Hajjah Siti Mariam bt Haji Che Mat & Haji Abdullah bin Arshad. Terima kasih maa abah kerana sanggup membesarkan dan mendidik anak mu kini hingga ke menara gading,.. insyaallah akan ku balas jasamu jua.. insyaallah... LOVE U SO MUCH!!! Tanpa kamu berdua tiadalah anak mu ini... :-( :-( :-( uuuuwwwaaaa.. .touching la plak... cool..cool... hehe..:-)

Terima kasih sekali lagi maa dan abah….. Kasih kalian membawa ke syurga. Tiada yang lebih berharga di dunia ini selain kasih Ibu dan Ayah… percayalah.............

 Senyuman mu sangat bermakna bagiku bila kamu gembira aku pun gembira juga...:-)




Banyak sangat kenangan bersama maa saya selama saya sekarang sudah berusia 22 tahun. Macam-macam peristiwa manis dan pahit yang di lalui bersama. Apa pun saya tetap sayangkan maa saya walupun saya sorang ja yang selalu berjauhan ngan maa saya tapi jauh di mata dekat di hati... hehehe... antara peristiwa dan kenangan bersama maa saya ketika saya masih kecil, kanak2, remaja dan hingga sekarang.... jom tengok.....





Kenangan aku bersama maa, kakakku dan nenek yang da meninggal dunia tahun lepas. aku dari kecil di ajar memakai tudung sewaktu itu baru berusia 5 tahun. Yang baby kecil tu anak saudara aku yang sulung,... sekarang da besor da 20 tahun da... kenangan2... maa selalu membawa ku berjalan2 dlu... best.....
Masa ni dalam feri nak g Pulau Langkawi.. sempat g berposing... masa ni honeymun kakakku yang no 2, abg ipar ku yang bawa... semua di tanggung.. anak saudara aku pun ikut sekaki.. hehehe... terima kasih abg dan kakak ku.... so sporting..... kenangan2.... masa ni kecik g,.. semua nak ikut.... huhuhu.. terima kasih maa ikut sekali support makan minum... best sangat time nie..... 
pergi bercuti di Langkawi tahun 2003

Bawa maa g jalan2 jom heboh tv9 :-)

Berposing ngn maa nak g makan kenduri mana ntah... hehe...

Maa menemaniku ketika konvokesyen diploma dlu2..konvokesyen ijazah sarjana muda belum g la... tunggu la tahun depan kita bergambar g yee maa... terima kasih ma... sanggup datang... abah x datang sbb keadaan yang x mengizinkan...

Akhir kata dariku... terima kasih kerana sudi luangkan masa mambaca di blog saya.... thank you so much................ hargailah ibu anda.... sayangi lah mereka dengan berbuat baik dan menghormati mereka sebagai ibu yang melahirkan, membesarkan dan mendidik kita menjadi seorang manusia di muka bumi ini.... sekian saja coretan saya kali ni......  kalau ada apa2 pesanan, cadangan atau apa2 ja sila la comment di sini yaa...

Sekian........
assalamualaikum....jumpa lagi..

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)