Assalamualaikum...warahamtullahi...wabarakatuh..
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, & Salam ukhwah...
Hari ini 1hb Mei 2011 bersamaan dengan 28 Jamadilawal 1432 Masihi.. 
Saya  mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2 di luar sana  tidak kira pekerja swasta atau kerajaan... Pekerja yang cemerlang bukan  sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak  serta kelakuan yang terpuji. Mencapai keputusan atau prestasi cemerlang  dalam akademik serta pekerjaan tanpa jati diri atau keperibadian  cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang itu dianggap sebagai  cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada setiap  individu atau pekerja cemerlang.
Haa  x dilupa juga hari ini juga adalah ulangtahun kelahiran kakak sulung  saya iaitu Nor Azizah bt Abdullah(kak zah) SELAMAT HARI LAHIR kakakku  sayang...dan x dilupa juga selamat hari lahir kepada semua sahabat2 dan  teman2 di luar sana... semoga ALLAH mencurahkan rezeki yang bertambah2  dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat...amin..
Apa  istimewanya 1 Mei dalam setiap tahun kita sebagai pekerja akan bercuti?  Cuti ini dinamakan sebagai “Hari Pekerja” atau di sesetengah negara  menamakannya sebagai “Hari Buruh”. Apa istimewanya tarikh ini?
Adakah kita sebagai pekerja di Malaysia pernah berfikir mengenai hal ini? Adakah kita manfaatkan sepenuhnya tempoh lapan jam sehari  supaya menghalalkan gaji kita? Ya, memang kita menerima gaji setiap  bulan tetapi pernahkah kita berfikir gaji kita dibahagikan dengan hari  dan mengikut jam? Jika pernah, tidak terfikirkah anda jika anda  melakukan kerja-kerja lain pada waktu itu? Halalkah?
Hari Pekerja pada 1 Mei ini sebenarnya ada kaitan dengan gerakan menuntut waktu bekerja selama lapan jam sehari.  Sekitar tahun 1800 pekerja industri di Britain telah merungut kerana  dikenakan waktu bekerja yang lama dan keadaan bekerja yang amat  menyedihkan. Tetapi pada masa ini tiada gerakan yang dianggap drastik  telah dilakukan.
Walau  bagaimanapun, gerakan ini telah merebak ke seluruh dunia terutamanya di  negara-negara yang berasaskan industri pada masa itu seperti Amerika  Syarikat, Kanada dan Australia.
Inspirasi awal Hari Pekerja ini sebenarnya bermula di Australia. Para pekerja di negara itu mengambil keputusan pada tahun 1856  untuk cuti sehari suntuk supaya dapat mengadakan mesyuarat dan hiburan  sebagai salah satu gerakan demonstrasi menuntut bekerja selama lapan jam  sehari. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April.
Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856.Tetapi  perayaan pertama ini membawa impak yang kuat pada golongan pekerja di  Australia lalu menghidupkan mereka serta membawa pemberontakan baru,  menyebabkan keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Logo IWA dari commons.wikimedia.org
Kemudian “Waktu Bekerja Selama Lapan Jam” telah menjadi agenda utama perjuangan oleh International Workingmen’s Association yang memperjuangkan tuntutan bagi lapan jam sehari pada persidangannya di Geneva pada Ogos 1866  dan membuat peristyharan iaitu:
“Hak  hari kerja yang sah adalah syarat awal tanpa mana sebarang peningkatan  lanjut bagi memperelok dan pembebasan (emancipation) kelas bekerja  terbukti separuh jalan dan Kongres mencadangkan lapan jam sehari sebagai  limit sah bagi hari kerja.”
Perjuangan  ini terus berkembang apabila beberapa kesatuan sekerja di beberapa  negara telah menjadi sayap politik yang kuat. Berilhamkan kemenangan Parti Buruh semasa pilihanraya di Kanada pada tahun 1872, maka  Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Amerika Syarikat  telah melancarkan mogok dan demontrasi pada tahun 1884 dengan menggunakan slogan-
“Lapan jam kerja,Lapan jam berekreasi,Lapan jam berehat.” 
Gerakan  mereka telah menemui kejayaan apabila di Amerika Syarikat, waktu  bekerja selama lapan jam sehari telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886. Tarikh ini menjadi asas kepada Hari Pekerja Sedunia termasuklah negara kita Malaysia.
Allahyarham Tun Dr. Ismail. Sumber dari nst.com.my
Cuti  umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh Malaysia pada hari ini  merupakan kali yang ke-29 dalam sejarah negara ini apabila bekas  Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.
Pengumuman  itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja  Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia,  Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.
Kini  anda telah tahukan sejarah bermulanya waktu bekerja lapan jam sehari.  Adakah anda benar-benar bekerja selama lapan jam sehari dengan mengambil  kira faktor rehat yang terlebih, waktu ke tandas atau lain-lain  aktiviti yang tiada kaitan tugasan anda? 
Fikirkanlah... lalala....
Fikirkanlah... lalala....




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 comment:
Selamat hari pekerja walaupun saya tidak bekerja.hihi
MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN
Post a Comment