Madah Buat Wanita
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka
fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita dari tulang rusuk
yang bengkok itu
untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok
menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita dengan jalan
yang ditunjukkan oleh ALLAH s.w.t
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh ALLAH sendiri
Didiklah mereka dengan panduanNya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan liat
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan semata-mata
Kerana nantinya mereka akan derita
Kenalkanlah mereka kepada ALLAH
Zat yang kekal
Di situ punca kekuatan duniawi...
Insyaallah....:-)
No comments:
Post a Comment