"KELEBIHAN
BULAN SYAABAN"
1.Orang yang kekal minum arak
1.Sabda Nabi S.A.W> Apabila masuk bulan Syaaban,
baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan bulan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu.
2.Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di
dalam syurga. Diberi pahala oleh ALLAH seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan
terlepas daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara
Mungkar dan Nakir, di tutup ALLAH keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan
syurga baginya.
3.Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan
Syaaban dan akhir Khamis pada bulan Syaaban di masukkan dia di dalam syurga.
4.Berkata Siti Aisyah R.A, bulan yang lebih dikasihi oleh
Rasulullah adalah pada bulan Syaaban.
5.Sabda Nabi S.A.W > Syaaban adalah bulanku dan
Ramadhan adalah bulan Umatku. Syaaban ialah mengiktirafkan(menghapuskan) dosa
umat2 ku.
6.Puasa di bulan Syaaban> Sesiapa yang berpuasa 3
hari pada bulan Syaaban kemudian berselawat atasku beberapa kali sebelum
berbuka puasa, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan diberkati dan
dimurahkan rezeki baginya.
7.Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang
amat banyak dan puasa yang lebih afdal. Banyakkanlah beramal dalam bulan ini.
8.Bulan Syaaban> Keangungan malamnya dengan malam
Nisfu Syaaban sepertimana keagungan Ramadhan dengan Lailatulqadar. Maka pada
malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W lalu berkata,
Angkat kepalamu ke langit dan itulah malam yang dibukakan oleh ALLAH padanya 3
ratus rahmat dan diampunkan dosa kecuali orang yag suka bergaduh(berkelahi),
kekal zina, kekal minum arak dan derhaka pada kedua ibu bapa.
9.Allah menilik kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban
maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang
tidak bertutur dengan saudaranya.
10.Apabila malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada
malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah
berfirman, Adakah orang yang meminta ampun akan aku ampunkan, adakah orang yang
yang ditimpa bala aku afiatkan dan adakah orang yang meminta rezeki akan aku
berikan demikianlah pertanyaan lainnya sehingga kelaur fajar. Maknanya di sini,
selagi sebelum terbitnya fajar matahari, kita boleh meminta apa sahaja kepada
ALLAH S.W.T kerana waktu itulah doa kita akan dimakbulkan.. Insya allah.
11.Tersebut dalam kitab Al-Barokah> Bahawa jin,
burung, binatang-binatang buas, ikan di laut mereka berpuasa pada hari Nisfu
Syaaban.
12.Di dalam kitab Iqna’> Jibril, sesungguhnya pada
malam Nisfu Syaaban Allah akan menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril
kepada Rasullullah kali dkeduanya, Ya Muhammad, gembiralah kamu bahawa Allah
taala telah mengampunkan segala dosa umatmu yang tiada sekutu bagiNya, angkat
kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkat kepalanya, tiba-tiba terbuka segala
pintu syurga.
13.Kata Syeikh Abdul Qadire Al-Kilani di dalam
Ghaniah> Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya Malaikat, begitu
juga pada malam Lailatulqadar pada bulan ramadhan nanti. Mereka tidak tidur
dipenuhi dengan amak kebaikan dan ibadat sepanjang malam. Bagi anak adam
berharirayalah denagn berpuasa dan buatlah amal ibadat kerana mereka tidak
tidur malamnya.
14.Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu
Syaaban kepada 6 golongan ini:-
1.Orang yang kekal minum arak
2.Orang
yang derhaka kepada kedua ibu bapanya
3.Orang
yang kekal dalam berzina
4.Orang yang banyak dan selalu berkelahi
(bergaduh)(berdendam)
4.Orang yang banyak dan selalu berkelahi
(bergaduh)(berdendam)
5.Orang
yang selalu melakukan perjualan dengan
sumpah yang dusta(berbohong).
sumpah yang dusta(berbohong).
6.Orang
yang selalu memperlagakan orang lain
supaya berkelahi dan bermusuh antara satu sama lain.
supaya berkelahi dan bermusuh antara satu sama lain.
15.Telah disebut ada 4 keistimewaan tentang beribadat
(berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Hari Raya Fitrah yang
pertama, malam Hari Raya Aidiladha yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan
malam lailatulqadar kerana bahawasanya malam itu adalah malam rahmat dan
merdeka daripada api neraka supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang 10
malam terakhir daripada bulan Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam
ibadat dengan berjaga malamnya.
> Selalulah beristighfar kepada Allah kerana ini adalah salah satu penghulu antara istighfar... insya allah dengan izin ALLAH dapat mengampunkan dosa-dosa kita yang dahulu. Amin... (Manusia tak kan terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi WAJIB bagi umatNya untuk bertaubat dan memohon ampun atas kesalahan yang pernah kita lakukan dahulu)..>_<
Yang bawah ni antara zikir dan selawat yang perlu diamalkan dalam bulan Syaaban.
Sampai di sini dulu yaa... Dengan berkongsi ilmu dengan anda di luar sana, Insya Allah dapat menambahkan pahala di bulan Syaaban ini... Amin..
-"Sharing is Caring"-
Semoga kita berjumpa lagi...
Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa di blog saya. ^_*
No comments:
Post a Comment