Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan pencipta Alam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya saya masih di sini dan masih bernyawa di alam dunia.
Sebagai seorang wanita, terdapat banyak keistimewaan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T. Contohnya, wanita yang menghabiskan waktu malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit. Oleh kerna itu wanita mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Selain itu, bagi wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suaminya, ALLAH akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. Itulah antara keistimewaan yang diberikan kepada wanita dan terdapat banyak lagi kelebihan lain. Begitu mudah sebenarnya untuk kita menjejakkan kaki ke dalam syurga namun, ramai yang masih hidup dalam kealpaan dan kelalaian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dengan menjadi seorang wanita yang solehah dan menjadikan seseorang sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan dalam hidup kita bersama. INSYA-ALLAH...

Dari Abdullah bin Amru berkata:
Bersabda Rasulullah SAW: " Dunia ini barang yang berguna(menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah WANITA yang solehah"...
(Hadis sahih riwayat Muslim)
"(Al-Quran ini) sebuah kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya...Turutlah apa-apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain daripada ALLAH, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
-(Surah : al-A'raaf, ayat 2-3)
Dalam erti kata lain, bukan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai seorang WANITA diakhir zaman ni. Senang cerita, bukan senang nak jadi WANITA SOLEHAH taw... Haa... cam tu la.. Dalam Al-Quran pun ada kisah-kisah wanita zaman dahulu yang boleh kita ambil iktibar kan?? Mungkin mudah dengan kata-kata bukan dari segi perbuatan. Wanita adalah salah satu perhiasan dunia yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Tingginya darjat seorang wanita dengan akhlak dan sikap yang terpuji. Aku merenung sejenak, memang benar apa yang dikatakan oleh maa(ibu) ku sebelum ni. Hanya ALLAH saja yang tahu apa yang ada dalam hatiku ini. Walaupun sukar untuk ku meluahkan apa yang terpendalam dalam hati ini, aku berdoa semoga aku tabah menjalani kehidupan seperti biasa. ALLAH telah mengujiku dalam pelbagai bentuk, mungkin untuk menguji sejauh mana IMAN di dada. MasyaALLAH...... :'( Subhanallah....
Dalam hati seperti batu seperti batu kristal yang tak dapat dibelah-belah... Sekuat mana pun batu atau permata dalam hati kalau tidak dijaga, tidak disimpan dengan baik, mungkin batu tu akan pecah atau diambil orang. Macam tu la perumpamaan hati kita ni. Tapi x semua la... (hanya orang yang hati brutal jee la)...hehehehe...
Apa yang aku nak kongsi kat sini mungkin la tak penting pun. Cuma, apa yang ingin disampaikan amatlah bermakna terutama kepada kaum HAWA di luar sana. Kita diberi hati dan perasaan yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Setiap orang atau manusia ni terutama WANITA mempunyai hati yang lembut walaupun luarannya ganazz...;') tapi ingatlah jangan tersilap langkah untuk menentu hala tuju diri kita sendiri untuk masa hadapan. Buatlah keputusan yang tepat dan terbaik dalam hidup kita sendiri. Peluang yang datang HANYA SEKALI seumur hidup.. Mungkin susah untuk buat keputusan.... eeerrmmmm... BETUL la.. (Aku la tuu...) Susah nak buat keputusan kecuali keputusan tu da x de pilihan lain da... itu ja pilihan yang antara pilihan yang terbaik.
Insya-ALLAH, harap-harap segala keputusan yang ku lakukan sebelum ini adalah yang TERBAIK!!!! Caya laaa....
Insya-ALLAH, harap-harap segala keputusan yang ku lakukan sebelum ini adalah yang TERBAIK!!!! Caya laaa....
Sampai di sini dahulu coretan saya kali ni... Tak de apa yang ingin dihulurkan hanya dengan berkongsi ilmu dan pengalaman (seperti sekapur sirih, seulas pinang).. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Betul x?? Bak kata pepatah, "Renunglah seketika dalam mengenal siapa diri kita sebenarnya..." Mungkin dari situ kita akan dapat jawapan..
<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>
No comments:
Post a Comment