Tuesday, April 26, 2011

~MusiM Peperiksaan???~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hai sahabat2 dan rakan2 taulan nun jauh di sana... apa khabar??? lama da x update blog ni kan...almaklumlah da nk  exam beberapa hari saja lagi... haa.. da bertungkus lumus stdy..study..study.. study ja ada gak la masa tuk rest kejap... esok nk start exam da nie.... aduii... haaa... ada masa plak nk menaip2 ni kan... huhuhu...... x pew..x pew...

ye la kan.. sekarang ni kan musim peperiksaan terutama bagi penuntut2 di universiti la budak2 sekolah x taw la plak kan.... mungkin ada ujian ka apa ka kan... besa la rutin seharian bagi seorang pelajar atau penuntun universiti macam saya ni  memang xde masa nak main2 lagi sebab kena berjuang tuk hari peperiksaan akhir bak  kata orang putih FINAL EXAM laa... hehehe... tapi papa pun belajar pun kena la seimbang dengan melakukan perbuatan2 yang berfaedah yang lain contohnya cam menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, makan, minum, beriadah, menonton televisyen, berbual bersama teman2 mengarang blog cam saye ni ha..dan macam2 lagi... 


Emmm...ada sesetengah orang beranggapan bahawa belajar ni buang masa la nanti keja bukannya pakai sangat apa yang belajar tu....dan ada plak kata buat habis pitih mak ayah ja..pitih tu duit la bahasa terengganu dong... huhuhu... tapi sebenarnya semua anggapan tu salah sbb mana ada buang masa tu belajar menimba ilmu hingga hujung nyawa jadi belajar tu tuntutan agama kita... x kira la belajar di universiti ke, kolej ke, maktab ke dan di mana jua... bersyukurlah kita kerana di beri peluang untuk belajar dan dipanjangkan usia untuk mencari ilmu di duniawi dan ukhrawi... alhamdulillah..

Di sini saya merakamkan ucapan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua teman2...sahabat2 ana yang akan menempuh peperiksaan... semoga berjaya menempuhi segala cabaran dan dugaan.. insyaallah...

Di sini saya ada petua2 tuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut al-quran.. marilah kita sama2 berkongsi dan mencuba yang terbaik tuk diri kita sendiri... petua ni x kira wanita atau kaum lelaki boleh mencubanya... insyaallah...
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
1.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman."
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya."
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)."
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

4.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat."
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas."
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

6.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya."
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya."
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka."
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." 

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog saya ni... 
~RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...~



Monday, April 18, 2011

~CiNTa SeOranG WaniTa~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Hai teman2 di luar sana, sihat?? saya di sini alhamdulillah....sihat hendaknya...
haa kali ni saya nak coretkan cikit sal kisah cinta pula..cinta ni ada macam2 cinta, cinta monyet la cinta pandang pertama la, cinta sejati la dan sebagainya.... 


Cinta ni sebenarnya bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan pda diri kita. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
(Hamka)


Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman.  Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta.  Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet,  bacalah berita di akhbar dan majalah.  Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja?  Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban.  Hanya kerana cinta,  manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya.  Bukankah sejak di awal usia,  kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya? Tapi kita selalu leka dan lupa semua tuu... masyaallah..... astafirullahalngazim...... masih ada ruang untuk anda berubah... insyaallah..ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang...
Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia.  Tetapi salah manusia yang tidak betah, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir.  Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah,  cinta kita kepada Rasul,  cinta kita kepada Islam,  dan cinta kita kepada ibu bapa?  Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan.  Percayalah,  setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU.

Marilah kita sama2 menadah tangan, Ya Allah,  jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripada-Mu.  Tuntunlah hati ini untuk mengenali cinta-Mu,  mendahulukan cinta-Mu,  dan tidak menduakan cinta-Mu. Amin.............


Mana mungkin rasa cinta ini
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta
Mana mungkin rasa  cinta ini
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta 
Mana mungkin cinta ini
ku amanahkan buat seorang lelaki yang cuai
Cuai dalam melaksanakan amanah pemilik cinta
Mana mungkin ku rasakan bahagia
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta
Tapi mengetepikan pemilik cinta


Dulu,  pernah diri ini terlalu mengharapkan bahagia daripada seorang lelaki sehingga aku terlupa sebenarnya yang ku cari adalah cinta pemilik diriku.  Syukurlah,  Pemilik Diri ini menyedarkan aku,  mengajarkan aku bahawa cinta yang ku harapkan itu cinta yang sia-sia sahaja....Dulu ku ingatkan cinta yang ku rasakan sangat bahagia hingga boleh membuatkan aku terlupa akan kisah2 lalu.. Tetapi sebenarnya semua itu hanya sementara sahaja.. Ada banyak dugaan dan faktor2 luar yang membuatkan aku terfikir kembali, adakah aku akan bahagia pada akhirnya nanti jika tidak mendapat restu keluarga dan ku rasakan banyak penghalang antara kami, jadi aku mengambil keputusan supaya aku berfikir sejenak dan mengambil keputusan dan berkorban untuk kebahgiaan orang lain. Akhirnya,  setelah ku cari cinta-Nya,  DIA temukan diriku dengan seorang hamba-Nya yang membimbing hatiku supaya tidak pernah lupa pada cinta yang Agung,  iaitu Allah.  
Alhamdulillah. Inilah bahagia yang ku cari.
Dan ku berharap cintaku akan kekal pada ALLAH S.W.T


Cinta? Apa yg sbnrnya kita tahu ttg cinta ni? Org zaman sekarang mnganggap bahawa cinta kepada manusia adalah segala-galanya. Sedarkah kita bahawa cinta itu datangnya drpd Allah swt? Nikmat kasih syg dan cinta kita kpd kedua ibu bapa, sahabat baik, saudara mara, haiwan dan kpd kekasih itu smua antara rahmat Allah yg terindah dan ianya adalah Anugerah.  Namun, Cinta yg tulus dan ikhlas kepada kekasih itu tidak akan kekal lama sekiranya niat kita adalah cinta kpd paras rupa, kebaikan dan kekayaan semata-mata. 

Cinta yg kekal adalah cinta kpd Allah swt. Dan cinta yg sejati adalah cinta kerana Allah swt.  Saya sendiri tidak layak untuk berbicara tentang cinta sebenarnya. Namun, disini, saya hanya membuat konklusi dgn ilmu yg saya dpt selama ini. Cinta kpd manusia seharusnya didahului dgn cinta kpd Pencipta kesempurnaan kejadian manusia, Allah. Ibarat jika seorang manusia memberi kita hadiah, yg mana yg akn lebih kita sayangi? Hadiah ataupun pemberi hadiah? Sudah tentu kita akn lebih menyayangi si pemberi hadiah tadi. So, dlm konteks ini, seharusnya, cinta kita kepada manusia, didahului dgn cinta kepadaNYA. =) 

Cinta kepada kesempurnaan manusia, baik paras rupa mahupun kebaikan seseorang itu, adalah anugerah drpd Allah juga. Maka, jgnlah kamu sedih seandainya kamu jatuh cinta. Itu adalah lumrah kehidupan. Dan jgnlah kamu mghukum diri kamu jika kamu dgn berusaha melupakan org yg kamu syg. Sbb, kerana perasaan cinta inilah, yg akn mmbuatkan kita lebih ingin mengingati dan mendekati Allah. Percayalah... sbb saya jg seorang manusia yg tidak lari dari fitrah manusia seperti kamu. Dan setiap kejadian dan fitrah yg telah Allah jadikan, terselindung hikmah disebaliknya. Oleh itu, sedarlah bahawa kita harus menerima qada dan qadar jika cintanya itu bukan hak milik kita lagi. Sememangnya kasih dan sayang itu pada seseorang tak kan saya lupakan tetapi sedarlah bahawa insyaallah suatu hari nanti jika ada jodoh ALLAH akan ketemukan jua. > Saya yakin dengan ketentuan ALLAH, hal ini kerana saya ni seorang wanita yang sukar untuk membuat sesuatu keputusan, setelah sekian lama saya jadi bingung dan x tahu arah mana yg harus saya tuju, saya menadah tangan dan berdoa kepadaNYa> Ya ALLAH, berikanlah aku petunjukmu jika dia jodohku satukanlah kami jika dia bukan jodohku jauhkanlah dia dari hidupku...amin... 
Kemudian, aku di duga dengan pelbagai dugaan dan rintangan dan akhirnya aku mendapat keputusan dari apa yang aku bingungkan selama ini... orang yang selama ini ku sayangi ku kasihi bukan jodohku lagi kerana ada sebab2 tertentu dan petunjuk yang datang dalam hatiku untuk aku membuat keputusan.

Sejujurnya, saya x pndai berkata-kata. But, i just dont know, today, i'd feel like want to update my blog with this issue very HOT nowadays. Teenagers 18++ spt saya sedang mngalami proses perubahan fasa ke alam kedewasaan. Drpd pengalaman rakan sya. There was once, when she’s falling in love. It is normal right? Biasalah... tipu seandainya kamu tidak pernah jatuh cinta. Kalo x pernah x tahu la kan...
 
Well, kami mmg sudah kenal kat kampus. Niat sahabat sya hnya utk bersahabat sahaja. Lama kelamaan dia terlalai, terlalai akibat cintanya dia leka drpd mengingati Allah. Niat saya adalah untuk membantunya dari segi pelajaran dan memberikan semangat tetapi lain jadinya.  Namun, kerana Allah juga mnyayangi HambaNYA... Allah telah memberinya petunjuk. =) before that, apa yg mnyebabkan muslimah/ sahabat sya ini terselamat drpd pergaulan bebas ini adalah Iman. Iman ada 30 cabang dan salah satunya adalah perasaan MALU.

Oleh kerana perasaan MALU yg ada pd muslimah inilah yg telah mnyebabkan muslimah ini selamat. Selamat drpd apa? Selamat drpd menjalinkan hubungan yg haram. Haram dri konteks berjumpa dgn org yg bukan muhrim ditemani oleh org yg ketiga iaitu syaitan. Musuh manusia di dunia ini. Sebagaimana yg ustazah kata smlm, hukum ‘coupling’ adalah harus, namun, yg mnjadikan ianya HARAM adalah cara pergaulan antara 2 manusia yg berlainan jantina tanpa ada apa2 ikatan yg sah. From what we've learn in islam, very basic knowledge that all muslim or muslimah knw that  it is HARAM for a man and a woman who is not their siblings or  family (mahram) touch each other. But, many of us pretend to close our eyes when it comes to love. Sye bukanlah siapa2, tap sya jgk sdg memuhasabah diri dan ingin mnjadi seorg manusia yg lbih baik.
we should look forward...

What is haram to look at is also of course haram to touch with the hands or any other parts of the body. Ma'qal ibn Yasar narrated that the Prophet (saw) said, "It is better for one of you to be pricked in the head with an iron pick than to touch a woman whom it is unlawful to touch" (Al-Bayhaqi). Some brothers feel embarrassed to refuse a woman's hand when she offers it to them. Funny how the brother feels ashamed of not being able to sin in front of his peers but has no embarrassment of sinning in front of Allah (swt). Many leaders of the so-called Islamic/Muslim countries, have been observed to be having no qualms about shaking hands with the leaders or dignitaries of opposite sex. 


There are ways in Islam to overcome this and that. “we dont recognize dating in Islam. We usually do Taaruf.” Lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik. Wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik.
Renung-renungkanlah... 
Oklah, That’s all. 
InsyaAllah.. semoga pentunjuk Allah sentiasa bersama kita. =)

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini...:-)





Monday, April 4, 2011

~RaHsia Menjadi Wanita/Isteri Solehah~

Ada yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran? 

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap. 

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata- mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya. 

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.  Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata- mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.
Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.  Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.


Marilah kita sama2 renung2kan dan selamat beramal... insyaallah...  

*terima kasih kerana sudi membaca*


"p/s:-kepada adik2, saudari2, kakak2, wanita2, dan bakal menjadi isteri di luar sana, ingatlah bahawa hakikatnya pada masa kini banyak dugaan dan hasutan di luar sana yang membuatkan kita sebagia wanita yang dikatakan lemah selalu ditindas oleh kaum lelaki tetapi anda jangan lah mudah termakan hasutan  dli luar sana. Setia lah pada suami anda jika anda adalah isteri orang....
Jika belum berkahwin x pe lah, berusaha dan berdoalah agar anda mendapat pasangan yang soleh dan dapat mendidik anda dengan penuh kasih sayang.... < anda masih belum terlambat untuk berubah> :-) 


~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)