Monday, July 15, 2013

~SaiDatina Aisyah~

"Allah telah menurunkan ayat yang menjelaskan tentang kesucianmu dari atas lapis langit yang ketujuh, tidak ada satu masjid pun yang didalamnya disebutkan nama Allah, kecuali kesucianmu akan dibacakan sepanjang malam dan siang". [Ibnu Abbas]

Aisyah radhiallahu anha, puteri kepada pasangan mulia yang dibina melalui madrasah Rasul, Saidina Abu Bakar radhiallahu anhu dan Ummu Ruman binti Amir bin Uwaymir al-Kinaniyahradiallahu anha. Di rumah yang diliputi dengan kebenaran, kejujuran dan keimanan inilah beliau dilahirkan, tepatnya di Makkah, 7 tahun sebelum hijrah. Beliau turut diberi julukan As-Siddiqah binti As-Siddiq. Dari keluarga sahabat inilah, Allah menempatkan beliau sehingga kemuliaan peribadi dan keutamaan yang ada padanya terus diangkat oleh Allah Subahanahu wa Taala sebagai salah seorang Ummul Mukminin.

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Aku bermimpi melihatmu dua kali atau tiga kali. Malaikat datang membawamu pada sehelai kain sutera, lalu malaikat itu berkata kepadaku, ’Ini adalah isterimu’. Lalu aku membuka kain penutup mukamu dan ternyata engkaulah orangnya”. Aisyah lantas menjawab,” Kalau hal ini dari Allah, Dia pasti akan membenarkannya”  [HR Bukhari dan Muslim].

Beliaulah penyeri hidup Rasulullah selepas kewafatan Saidatina Khadijah radiallahu anha. Gaya lincahnya membuatkan Rasulullah sering terhibur. Kehidupan rumah tangga mereka dipenuhi suasana ceria, bahagia dan tenteram. Beliau amat bersungguh-sungguh dalam memupuk kasih sayang dan menarik perhatian Rasulullah. Perkara-perkara yang digemari Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sangat diutamakannya. Beliau sering mencari-cari kesempatan merapatkan hubungan dengan keluarga baginda. Penampilan dirinya sentiasa dijaga agar kemas, cantik, harum dengan wangi-wangian yang disukai suaminya, Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam.  

Namun ada perkara lain yang menyebabkan Saidatina Aisyah begitu istimewa di hati Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam sehingga membuatkan isteri-isteri baginda yang lain merasa cemburu melihat layanan istimewa baginda serta orang ramai terhadap Saidatina Aisyah yang pintar itu. Rasulullah lantas berterus terang,

 “Janganlah kalian mengguris hatiku kerana Aisyah. Demi Allah, aku tidak pernah  menerima wahyu ketika bersama isteri-isteri lain kecuali ketika aku bersama Aisyah.” 


Tersentuh perasaan hati para ummahatul mukminin dek mendengarkan penjelasan Rasulullah. Sesalan menyelubungi hati mereka. Jika begitu sekali istimewanya Aisyah di sisi Allah Subhanahu wa Taala, mengapa pula mereka mempertikaikannya. Lantas perkara itu tidak lagi ditimbulkan setelah itu.

Aisyah berkahwin dengan baginda Rasul ketika usianya tujuh tahun  iaitu sebelum hijrah ke Madinah. Masih di alam kanak-kanak, lantas dia tetap tinggal bersama keluarganya. Setelah berumur 9 atau 10 tahun barulah beliau tinggal bersama Rasulullah. Maka bermulalah liku-liku kehidupan baru baginya. Kini dia adalah isteri seorang Rasul, isteri seorang pemimpin negara.

Terhimpun di dalam diri Aisyah radiallahu anha ilmu dan pelbagai keutamaan. Keistimewaan yang dimiliki beliau di antaranya seperti berpendirian kuat, kecenderungan meneliti sesuatu perkara, ketangkasan bertindak, kefasihan bertutur, daya ingatan yang kuat, segalanya adalah kurniaan dari Allah. Ini menjadikannya susuk peribadi yang kekal diingati sepanjang sejarah kaum Muslimin, kerana ia sesungguhnya telah meninggalkan jejak yang diberkati di dunia ini.

Berkaitan dengan ketinggian ilmu beliau, tiada siapa pun dari kalangan para sahabat dan tabi’in yang mampu menyangkalnya. Abu Salamah bin Abdurrahman misalnya, mengatakan

 “Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih memahami tentang sunnah Rasul dan yang lebih tepat pendapatnya, lebih tahu tentang ayat Al-Quran yang diturunkan, serta lebih mengerti tentang hal-hal yang fardhu; selain Aisyah”

Ibn Abdil Bar turut mengatakan, “Aisyah memiliki pengetahuan yang sangat tinggi di dalam bidang tafsir, hadis, dan fikih; selain di dalam bidang perubatan, syair dan salasilah”. 

Urwah bin Zubair juga berkata, “Aku tidak pernah mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang Al-Quran dan ketentuan-ketentuannya, tentang halal dan haram, tentang syair, tentang pembicaraan dan nasab bangsa Arab, selain Aisyah”

Turut mengakuinya ialah Abu Umar di dalam ucapan beliau, “Pada zamannya tiada seorang pun yang mampu menandingi Aisyah dalam  bidang ilmu fikih, ilmu pengetahuan, dan ilmu syair”

Sahabat yang lain, Abu Bard bin Abu Musa mengisahkan dari ayahnya yang pernah berkata, “Kami, para sahabat Rasul, tidaklah menghadapi suatu kesulitan lantas kami tanyakan kepada Aisyah, melainkan kami mendapatkan penyelesaian yang baik darinya”.

Di dalam kisah lain, beliau menyebutkan, “Aku melihat guru-guru para sahabat besar bertanya kepada Aisyah mengenai faraid”

Beliau turut dikenali sebagai seorang perawi hadis yang handal dan tergolong di antara orang yang paling banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam selain Saidina Umar Al Khattab, Saidina Ali, Abdullah Ibn Mas’ud, Abdullah Ibn Umar dan Zaid bin Thabit. Beliau juga memiliki kelebihan dalam menukil sunnah nubuwwah yang berupa perbuatan, lalu diajarkan kepada kaum Muslimat lainnya. Beliau meriwayatkan 2210 buah hadis dari Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudiannya dimuatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim (297 buah hadis), yang disepakati oleh keduanya sebanyak 174 buah hadis, dan yang diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, masing-masing 54 buah dan 69 buah hadis.

Demikianlah Aisyah, Muslimah yang paling mendalam ilmunya, sehingga sahabat utama seperti Utsman bin Affan sendiri menghantar utusan kepada beliau untuk bertanyakan as-Sunnah. Kenyataan ini tidak dapat disangsikan kerana As-Siddiqah ini lahir dan dibesarkan di rumah As-Siddiq, lalu kemudiannya hidup di rumah nubuwwah, memperkaya peribadi dari sumber nabawi yang murni, malah terlibat langsung dalam asbabun nuzul beberapa kisah di dalam Al-Quran. Cukuplah baginya suatu kelebihan lantaran rumah beliau sebagai tempat turunnya wahyu. Maka, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika beliau layak sebagai Muslimah yang paling mendalam ilmunya, serta keutamaannya tersebar ke seluruh negeri, melebihi sahabat-sahabat lain dalam pelbagai hal yang wajib dan sunnah.

Ummul Mukminin, Aisyah radiallahu anha menjadi teladan dalam hal kezuhudan, kemurahan hati, kedermawanan dan ketabahan beliau. Kezuhudan beliau mencapai darjat yang sangat tinggi kerana beliau sering berpaling dari hal-hal dunia yang melekakan dan menghadapkan diri beliau kepada Allah Subhanahu wa Taala untuk melaksanakan ibadah. Hampir tiada harta yang disisakan di tangannya walau untuk beberapa saat. Harta yang ada padanya segera disalurkan kepada orang-orang miskin. Di antara gambaran kedermawanannya, beliau pernah membahagi-bahagikan seratus ribu dirham hanya dalam satu hari, tanpa meninggalkan satu dirham pun buat dirinya, sementara beliau sendiri berpuasa pada hari tersebut.

Di dalam persoalan ibadah, tiada yang meragukan bahawa Aisyah adalah orang yang paling dekat dengan RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam, sehingga ibadahnya dianggap sebagai gambaran sederhana dari ibadah Rasul. Aisyah banyak mendirikan solat sunat, terutamanya solat tahajjud di malam hari. Beliau tidak pernah berdiam diri ketika ada di kalangan para sahabat yang salah dalam memahami Al-Quran dan As-sunnah atau melanggari hukum syara’. Hal ini diungkapkan oleh Ubaidillah bin Umair, saat Aisyah berkomentar mengenai Abdullah bin Amr ketika memerintahkan kaum wanita untuk membuka sanggul mereka ketika mandi junub, sebagai berkata,

“Alangkah menghairankan Ibn ’Amr ini. Ia memerintahkan para wanita agar membuka sanggul mereka ketika mandi. Mengapa tidak mencukur saja rambut kalian keseluruhannya? Sungguh saya pernah mandi bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan saya tidak lebih hanya menyiramkan kepalaku tiga kali” [HR Muslim]

Beliau juga pernah berhadapan dengan wanita-wanita Himsh sambil berkata,

 “Barangkali kalian ini termasuk dari wanita-wanita di permandian umum. Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, ‘Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suami, bererti dia telah merosakkan tabir hubungannya dengan Allah’ [HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah]

Di ketika lainnya, Aisyah melihat perubahan di dalam aspek pemakaian kaum Muslimah selepas wafatnya RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam, lantas beliau menolaknya seraya berkata,

“Seandainya Rasulullah melihat apa yang dilakukan oleh Muslimah sekarang, nescaya baginda akan melarang kalian pergi ke masjid sebagaimana kaum wanita bani Israel dahulu”

Ketabahan Aisyah dalam menghadapi ujian hidup juga merupakan ikhtibar untuk kita yang tinggal. Beliau pernah difitnah berkhalwat dengan Safwan bin Mu’tal, seorang pejuang Islam, angkara seorang munafik berketurunan Yahudi bernama Abdullah bin Ubay. Betapa pahitnya tohmahan itu dan meskipun suami sendiri tidak memihak kepadanya, namun beliau tidak pernah merasai dirinya bersendirian. Hanya Allah tempat hatinya berpaut kukuh. Baginya Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan ada hikmah yang terselit di sebalik ujian getir itu. Di kala itu, Aisyah sentiasa bersedih sehingga lemah-lemah tubuhnya. Namun kesedihan itu diadukan hanya kepada Allah. Kata-kata yang terbit dari lisannya,

“Aku akan bersabar, kerana jika aku mengaku aku berbuat itu, aku telah berbohong kepada Allah. Dan jika aku mengatakan tidak, mereka semua tidak mempercayai aku. Aku yakin dengan pembelaan Allah.” 

Sesungguhnya Allah amat kasih pada Aisyah yang sabar, lalu Allah sendirilah yang membersihkan nama Aisyah melalui wahyu yang disampaikan kepada Rasulullah.

Aisyah juga merupakan salah seorang wanita Mukminah yang sangat cekal di dalam perjuangannya di medan jihad. Sewaktu Perang Uhud, di saat usia yang masih muda, beliau pernah turut sama mengangkut air di pundaknya sebagai bekalan para mujahidin. Hal ini diakui oleh Anas bin Malik dengan perkataan beliau,

 “Aku melihat Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaym, keduanya menyingsingkan hujung pakaiannya lantas keduanya mengangkut bekas air yang besar di pundak mereka lalu memberi minum kepada kaum Muslimin yang terluka. Kemudian keduanya kembali dan memenuhi bekas air tersebut, lalu kembali melakukan hal yang sama” [Muttafaq alaih]

Demikian juga ketika Perang Khandak, Aisyah terjun ke arena jihad dan bergabung bersama para sahabat sehingga beliau maju dan berdiri mendekati barisan hadapan para mujahidin.

Saidatina Aisyah radiallahu anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah  kerana aku sangat malu pada baginda.”

Riwayat hidup As-Siddiqah merupakan cermin bagi para Muslimah hari ini, di mana dari perjalanan hidup Mukminah solehah ini, kita dapat mengetahui bagaimana beliau mampu memiliki keperibadian utuh tanpa perlu merendahkan diri. Seterusnya, bagaimana wanita Mukminah ini menjaga kemuliaannya, tetapi tetap penuh ketundukan dan kesederhanaan; memahami dan mendalami agamanya sehingga menjadi sumber rujukan; menterjemah sumberdeennya ke dalam amalan-amalan nyata; memberikan pendapat dan buah fikiran demi menegakkan agama Allah sehinggalah kepada cara kehidupan suami isteri, yang hasilnya beliau dapat membangkitkan semangat suaminya seterusnya berhasil meraih kejayaan.

Wallahu a’lam.Sampai di sini dahulu kisah Saidatina Aisyah... 


 

Wednesday, July 3, 2013

~SaiDaTiNa KhaDiJaH~

                     بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم   
                       Bismillah_ir Rahmani_ir Rahim
                      Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam... Hai kengkawan semua... hari ni saya nak share satu 
kisah mengenai seorang wanita yang sangat mulia di sisi 
ALLAH pada suatu masa dahulu.. Nak Tahu sape? 
Jom... Baca kisah seorang WaNiTa ni... ^_^
 
”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang 
mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang 
mendustakanku. Dan dia membantukudengan menginfakkan segenap 
hartanya ketika  semua orang menahan hartanyadariku dan Allah 
telah mengurniakanbeberapa orang zuriat dari rahimnya yang 
tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. - 
[HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay 
Al-Qurasyiya Al-Asadiyah radhiyallahu'anha.Muslim manakah 
yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. 
Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya 
kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap 
kaum Muslimin?Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini 
akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak 
pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan 
insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini 
akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal  
perjalanan dakwahnya?  Siapakah yang mampu meramal ketentuan 
Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan 
mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping 
Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah 
dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi 
yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur,  
perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir,   semangat yang tinggi dan kalbu yang bening,nama Khadijah  begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali 
sebagai seorangwanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga 
digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) . 

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah 
bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin 
dengan 'Atiq bin 'A`idz bin'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah 
radhiallahu anha adalah wanita pedagang yg mulia dan banyak harta. 
Ternyata pekerjaannyaitu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia.Saat dia 
kembali menjadi janda, seluruh pemuda  Quraisy memasang 
angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah 
membeksa di hatinya tatkala berita kejujuran, amanah  dan kebaikan 
akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan 
keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, 
hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa 
Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk 
dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi  wa Sallam,  seorang pemuda 
yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor 
kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali 
belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam 
 sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa 
Sallam diangkat sebagai Nabi akhirul zaman.

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan 
al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang 
hati Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam. “Aku khuatir akan 
terjadi sesuatu pada diriku” Diselimutinya Rasulullah 
Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang  
dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, 
beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari 
lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. 
Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, 
suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati 
tetamu,memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, 
bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang 
ditimpa bencana”. 

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan 
ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk 
mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan 
risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat 
yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau 
menjadi Nabi umat ini”. 

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami 
peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi 
wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya 
telah datang  ”an-nams  al-akbar”kepadanya. Dia adalah Nabi umat 
ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”. 

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, 
tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya 
untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. 

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada
 surut dan gantinya.Beliau jugalah manusiapertama yang solat 
di belakang Rasulullah Sallallahu alaihiwa Sallam bsama Saidina Ali
 radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan &
pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya.Beliaulah yg
 membantuRasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam 
mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai 
 angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar 
kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah  
yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan
 yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

 Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. 
Beliau mengorbankan setiap harta yangdimiliki kepada suaminya. 
Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan 
rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, 
beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. 
Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat 
di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri.
 Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai 
salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah 
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. 

 Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama 
bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu 
giat berdakwah, bersemangat dan tidak 
kenal menyerah. Beliau juga selalu berusahameringankan  
beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan
 banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas 
dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah 
meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang 
mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi 
Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah  
sebagaimana di buktikan dari penceritaan 
Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha. 
  
“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana 
cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah 
melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu 
menyebut-nyebut namanya,bahkan adakalanya menyembelih kambing &
diberikannya kpd sahabat2 Khadijah. Bahkan pernah aku 
berkata,  “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu 
pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.
 Lalu Rasulullah Sallallahualaihi wa Sallam menyebut,  "Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan 
seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) 
telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. 
Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang 
mendustakanku.  Khadijah  membantuku dengan menginfakkan 
segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku  
dan Allah mengurniakankubeberapa orang zuriat dari rahimnya 
yang tidak diberikan oleh isteriisteri yang lain” . 
[HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

 Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah 
Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap
 baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum 
Muslimin dalam memikulpenderitaan lantaran sikap kaumnya 
yang mendustakandan melecehkan dakwah baginda. 
Kesabaran dan keredhaan 
Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan 
terhadap dakwah Rasulullah, termasuklahdalam fasa pemboikotan 
terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthaliboleh orang-orang
 Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.


 Sampai di sini dulu, Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk 
membaca di blog saya. Sekian.....:-)

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)