بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم |
Bismillah_ir Rahmani_ir Rahim |
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang |
Salam... Hai kengkawan semua... hari ni saya nak share satu
kisah mengenai seorang wanita yang sangat mulia di sisi
ALLAH pada suatu masa dahulu.. Nak Tahu sape?
Jom... Baca kisah seorang WaNiTa ni... ^_^
”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang
mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang
mendustakanku. Dan dia membantukudengan menginfakkan segenap
hartanya ketika semua orang menahan hartanyadariku dan Allah
telah mengurniakanbeberapa orang zuriat dari rahimnya yang
tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. -
[HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay
Al-Qurasyiya Al-Asadiyah radhiyallahu'anha.Muslim manakah
yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?.
Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya
kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap
kaum Muslimin?Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini
akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak
pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan
insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini
akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal
perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan
Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan
mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping
Nabi akhir zaman.
Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah
dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi
yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang
luhur,
perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening,nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali
sebagai seorangwanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga
digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .
Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah
bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin
dengan 'Atiq bin 'A`idz bin'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah
radhiallahu anha adalah wanita pedagang yg mulia dan banyak harta.
Ternyata pekerjaannyaitu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia.Saat dia
kembali menjadi janda, seluruh pemuda Quraisy memasang
angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah
membeksa di hatinya tatkala berita kejujuran, amanah dan kebaikan
akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan
kepada beliau. Tersimpan
keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu,
hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa
Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk
dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda
yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor
kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali
belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam
sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa
Sallam diangkat sebagai Nabi akhirul zaman.
Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan
al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang
hati Rasulullah Sallallahu AlaihiWasallam. “Aku khuatir akan
terjadi sesuatu pada diriku” Diselimutinya Rasulullah
Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang
dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut,
beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari
lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,
“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu.
Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan,
suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati
tetamu,memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu,
bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang
ditimpa bencana”.
Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan
ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk
mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan
risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,
”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat
yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau
menjadi Nabi umat ini”.
Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami
peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi
wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.
”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya
telah datang ”an-nams al-akbar”kepadanya. Dia adalah Nabi umat
ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.
Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya,
tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya
untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.
Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada
surut dan gantinya.Beliau jugalah manusiapertama yang solat
di belakang Rasulullah Sallallahu alaihiwa Sallam bsama Saidina Ali
radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan &
pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya.Beliaulah yg
membantuRasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam
mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai
angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar
kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah
yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan
yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.
Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha.
Beliau mengorbankan setiap harta yangdimiliki kepada suaminya.
Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan
rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya,
beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya.
Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat
di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri.
Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai
salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.
Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama
bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu
giat berdakwah, bersemangat dan tidak
kenal menyerah. Beliau juga selalu berusahameringankan
beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan
banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas
dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah
meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang
mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi
Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah
sebagaimana di buktikan dari penceritaan
Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.
“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana
cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah
melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu
menyebut-nyebut namanya,bahkan adakalanya menyembelih kambing &
diberikannya kpd sahabat2 Khadijah. Bahkan pernah aku
berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu
pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”.
Lalu Rasulullah Sallallahualaihi wa Sallam menyebut, "Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan
seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah)
telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku.
Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang
mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan
segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku
dan Allah mengurniakankubeberapa orang zuriat dari rahimnya
yang tidak diberikan oleh isteriisteri yang lain” .
[HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah
Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap
baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum
Muslimin dalam memikulpenderitaan lantaran sikap kaumnya
yang mendustakandan melecehkan dakwah baginda.
Kesabaran dan keredhaan
Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan
terhadap dakwah Rasulullah, termasuklahdalam fasa pemboikotan
terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthaliboleh orang-orang
Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.
Sampai di sini dulu, Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk
membaca di blog saya. Sekian.....:-)
No comments:
Post a Comment