Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali
Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus
dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari
seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam
mencari ketenangan hidup.
Kisah bermula pada zaman dahulu di
mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah
ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi
pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan
mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah
sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal
dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan
lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang
lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa
berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja
dan tetamu raja.
Suatu hari timbul kesedaran di
hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu
sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah
tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian
berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat.
Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke
dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa
berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul
Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu
menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik,
kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan
biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja
bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah
dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian
serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk
melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan
Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul
berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah
berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun
raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi.
Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya
juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok
kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul
Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah
sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah
melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul
Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah
tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut.
Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia
seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu
mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan.
Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang
banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.
Pada masa yang sama diluar kelihatan
kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul
Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang
banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin
menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta
harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana
mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada
seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta
yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada
lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu
adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima
kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk
menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul
Adawiyah pergi menemui kekasihnya.
[Surah al-A'raf, ayat 201]
No comments:
Post a Comment