Sunday, February 9, 2014

~4 BeKaLaN ke AkHiraT~


…. السلامعليكم

         بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ           
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



4 BEKALAN KE AKHIRAT

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Apa khabar semua? Harap2 semua sihat hendakNya… Amin…...  >_*

Hari ni, saya rehat kat rumah jee selepas balik dari hospital & klinik pagi tadi... hari ni saya tak kerja, amik CUTI....  rehat je la.. sebelah petang plak terpaksa kena keluar plak dengan maa sebab nak prepare barang apa2 yang patut.. ye la persiapan diri masih belum sempurna lagi...... lagi beberapa hari je lagi dah nak berangkat pergi.... Masa itu seperti EMAS, masa takkan berputar balik.. masa takkan menunggu kita.. Kita sering kali dikejar oleh masa. kan???? MASA itu pantas berlalu pergi... Kalau kita biarkan masa berlalu pergi macam tu jee mesti rasa RUGI sangat.... kan? kan? eerrmmm...

Untuk pengetahuan semua WANITA di luar sana, matlamat kita sebagai seorang hamba ALLAH masih belum selesai lagi sebenarnya. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Tak tahu la nak cakap ape, tapi apa yang PENTING, bekalan kita yang perlu kita bawa ke alam akhirat. Subhanallah........  ALLAH hu akhbar....... Rasa lemah sangat diri ni....

Rasullullah S.A.W bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a:- 

Wahai Abu Dzar, 
1. Perbaharuilah perahumu kerana lautan itu sangat DALAM
2.Carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat JAUH 
3.Kurangkanlah beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk DIATASI
dan
4.Ikhlaslah dalam BERAMAL kerana yang menilai BAIK & BURUK adalah ZAT Yang Maha Melihat 

Perbaharuilah perahumu bermaksud, perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperoleh pahala dan selamat dari SEKSA daripada ALLAH S.W.T. Kurangilah beban membawa maksud, janganlah TERLALU MENGEJAR KEDUNIAAN. Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti ditempuhi untuk sampai kepada kebahgiaan di akhirat.....

Dalam erti kata lain, memang sukar untuk diungkap dengan kata-kata untuk melakukan perbuatan seperti di atas tu tapi kita sebagai hamba ALLAH hanya mampu berusahan ke arah KEBAIKAN> Setiap manusia di muka bumi ni takkan terlepas melakukan KESALAHAN, KESILAPAN @ KEMAKSIATAN.... yang boleh menjurus kepada keburukan...

Semua yang berlaku dalam diri manusia telah ditentukan oleh ALLAH, jadi untuk menjadi manusia yang LEBIH BAIK dan menjadi seorang WANITA yang SOLEHAH bukanlah senang, ia menjadi senang dengan SYARAT kita buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang tetapi nungkin kita LEMAH untuk mengatasi cabaran dan dugaan yang telah ditentukan untuk kita. Betul tak?

Hari ni terdetik dalam hati nak berkongsi dengan kawan-kawan semua, apa yang telah saya baca dan belajar sedikit demi sedikit untuk mendalami ILMU ALLAH.... untuk bekalan ke akhirat. Mungkin masih ada peluang untuk saya @ wanita-wanita di luar sana renung sejenak. Tak kira la WANITA @ LELAKI..... Apa yang penting sekarang adalah USAHA kita sendiri untuk BERUBAH. Bak kata pepatah, tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sendiri melainkan DIRI SENDIRI yang MAHU BERUBAH!!! 
BETUL TAK??? 

Untuk teman-teman seperjuangan, JANGAN LUPA TAW>>>> Persiapkan diri kita untuk bekalan ke akhirat nanti yeee..... Marilah kita sama-sama beramal ke arah masa depan kita nanti... Semoga ALLAH memberi petunjuk dan membuka pintu hati kita ni ke arah yang LEBIH BAIK daripada sekarang.  INSYALLAHH........

Sampai di sini dahulu perkongsian saya dengan kengkawan semua. Just for sharing with u all... 
Setiap perkara yang baik datang daripada ALLAH S.W.T dan yang buruk datang daripada saya sendiri.



 Yang ni kata-kata PUJANGGA daripada seorang TOKOH.. 



Last sekali, marilah kita renung kembali daripada mana asal usul kita sebagai hamba ALLAH dan ke manakah arah kita nanti setelah kita meninggal dunia...... Kita diberi PELUANG mati hanya sekali dan hidup 2 kali... tapi kita kena FIKIR... Apakah bekalan kita ke alam akhirat nanti????? 

Sama-samalah kita berfikir dan muhasabah diri... Subhanallah.. Walhamdulillah.. walailaahaillah... Allahu akhbar..... :)


<<<<<<<<<>>>>>>>>>   


Thursday, February 6, 2014

~ DOAkan...Pemergianku...~


Assalamualaikum teman2 semua….

Semakin hari semakin meningkat usia, di kala hujan, panas, sejuk sentiasa menerangi alam semesta. Hai......Sorry..... Sekian lama menyepi. kan???? Semoga kalian di luar sana sentiasa sihat, sejahtera dan gembira selalu. Korang sihat???? Harap2 semuanya sihat....

Aku di sini seperti dulu, tiada yang lain, tiada perubahan hanya apa yang berubah HANYA ALLAH yang tahu. Alhamdulillah banyak jugak la da berubah... Dalam hati ini, sentiasa bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan umurku supaya aku dapat beribadat kepadaNYA dan sentiasa mengingatiNYA tak kira siang atau malam. Setiap dugaan aku tempuh dengan tenang.....:)

Amboi...amboi.... panjang sungguh aihh... xde pape la nak cerita, sekarang ni kan da kerja so??? busy la sikit da sebulan rasanya tak update BLOG kesayangan ku ini... tapi pada mereka2 yang sentiasa OPEN my BLOG >_<... Tq so much... hehehehehe... tu pun kalau ada yang sudi luangkan masa la di blog saya yang tak seberapa ni... xde pape sangat nak cerita.. just share with my story and knowledge about WANITA.... hehehehe... 

Tak de pape nak update just sekarang biasa la kerja kan, outstation g sana, g sini... sampai Sarawak nuu... JAUH......NUN>>>>>>DI SANA<<<<<<.... Hehehehe... Tapi apa boleh buat?? Kerja... kerja... kan? menimba pengalaman... Alhamdulillah... sekarang Project kat sana on going process....  Mesti korang nak taw kan aku kerja apa la kan???? Ada la.. kerja biasa2 jee...

Sekarang ni plak duk office jee sebab da tak lama saya akan ke OVERSEA plak.... Lagi seminggu lagi.... OVERSEA?????????
 
kat mana tu>????< mesti hampa semua nak taw kan? Ada la... RAHSIA... Biarlah rahsia. 
Tapi apa pun pergi sana hanya atas satu tujuan, semoga ibadatku di terima. INSYAALLAH...

Buat teman, kawan2, sahabat handai, atau sesiapa pun yang mengenali diriku ini, ada satu permintaanku, DOAKAN SAYA SELAMAT PERGI & SELAMAT KEMBALI dan MAAFKAN SAYA DARI HUJUNG RAMBUT sampai HUJUNG KAKI!!

Haa... sebelum berangkat pergi pihak keluarga mengadakan bacaan doa supaya semuanya berjalan dengan baik dan selamat di dunia dan di akhirat. 



Maaf yee pada teman2 yang tak sempat nak jemput, buat kenduri sikit2 jee... K la kengkawan semua... Jangan LUPA... Doakan saya k.... Hope everything will be alright..... Maafkan saya sama k.
Haa... tak lupa HALALkan makan dan minum saya yeee... yang mana terkurang, terlebih, mintak halalkan dan saya minta maaf banyak2 k... Mungkin kita da lost contact but i want u know that, i will not FORGET u all UNTIL in the END! U are always in my heart.......  

Kalau ikut perancangan, tarikh berangkat pergi pada 15hb February 2014 sampai hujung bulan February.... >_*

TAPI.................

* DUKA CITA dimaklumkan... tarikh kena postpone plak 27hb nanti baru berangkat pergi.... sampai 11hb Mac 2014.. Apa pun, kawan2 di luar sana doakan saya dan keluarga saya selamat pergi dan balik yeee....>_<

Itu la yang kita katakan, kita hanya merancang, ALLAH  yang menentukan segala-galanya... 
 

Semoga jumpa lagi... Wassalam....

Sunday, December 8, 2013

~SeKaPur SiRiH,SeUlas PiNanG~


Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan pencipta Alam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya saya masih di sini dan masih bernyawa di alam dunia.

Sebagai seorang wanita, terdapat banyak keistimewaan yang diberikan oleh ALLAH S.W.T. Contohnya, wanita yang menghabiskan waktu malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit. Oleh kerna itu wanita mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Selain itu, bagi wanita yang menjaga solat, puasa dan taat kepada suaminya, ALLAH akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. Itulah antara keistimewaan yang diberikan kepada wanita dan terdapat banyak lagi kelebihan lain. Begitu mudah sebenarnya untuk kita menjejakkan kaki ke dalam syurga namun, ramai yang masih hidup dalam kealpaan dan kelalaian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dengan menjadi seorang wanita yang solehah dan menjadikan seseorang sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan dalam hidup kita bersama. INSYA-ALLAH... 

Dari Abdullah bin Amru berkata:
Bersabda Rasulullah SAW: " Dunia ini barang yang berguna(menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik ialah WANITA yang solehah"... 
(Hadis sahih riwayat Muslim)

 "(Al-Quran ini) sebuah kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya...Turutlah apa-apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain daripada ALLAH, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
-(Surah : al-A'raaf, ayat 2-3) 

Dalam erti kata lain, bukan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai seorang WANITA diakhir zaman ni. Senang cerita, bukan senang nak jadi WANITA SOLEHAH taw... Haa... cam tu la.. Dalam Al-Quran pun ada kisah-kisah wanita zaman dahulu yang boleh kita ambil iktibar kan?? Mungkin mudah dengan kata-kata bukan dari segi perbuatan. Wanita adalah salah satu perhiasan dunia yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Tingginya darjat seorang wanita dengan akhlak dan sikap yang terpuji. Aku merenung sejenak, memang benar apa yang dikatakan oleh maa(ibu) ku sebelum ni. Hanya ALLAH saja yang tahu apa yang ada dalam hatiku ini. Walaupun sukar untuk ku meluahkan apa yang terpendalam dalam hati ini, aku berdoa semoga aku tabah menjalani kehidupan seperti biasa. ALLAH telah mengujiku dalam pelbagai bentuk, mungkin untuk menguji sejauh mana IMAN di dada. MasyaALLAH...... :'( Subhanallah....

Dalam hati seperti batu seperti batu kristal yang tak dapat dibelah-belah... Sekuat mana pun batu atau permata dalam hati kalau tidak dijaga, tidak disimpan dengan baik, mungkin batu tu akan pecah atau diambil orang. Macam tu la perumpamaan hati kita ni. Tapi x semua la... (hanya orang yang hati brutal jee la)...hehehehe... 

Apa yang aku nak kongsi kat sini mungkin la tak penting pun. Cuma, apa yang ingin disampaikan amatlah bermakna terutama kepada kaum HAWA di luar sana. Kita diberi hati dan perasaan yang tidak dapat dibandingkan dengan apa pun. Setiap orang atau manusia ni terutama WANITA mempunyai hati yang lembut walaupun luarannya ganazz...;') tapi ingatlah jangan tersilap langkah untuk menentu hala tuju diri kita sendiri untuk masa hadapan. Buatlah keputusan yang tepat dan terbaik dalam hidup kita sendiri. Peluang yang datang HANYA SEKALI seumur hidup.. Mungkin susah untuk buat keputusan.... eeerrmmmm... BETUL la.. (Aku la tuu...) Susah nak buat keputusan kecuali keputusan tu da x de pilihan lain da... itu ja pilihan yang antara pilihan yang terbaik.    
Insya-ALLAH, harap-harap segala keputusan yang ku lakukan sebelum ini adalah yang TERBAIK!!!! Caya laaa....   

Sampai di sini dahulu coretan saya kali ni... Tak de apa yang ingin dihulurkan hanya dengan berkongsi ilmu dan pengalaman (seperti sekapur sirih, seulas pinang).. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Betul x?? Bak kata pepatah, "Renunglah seketika dalam mengenal siapa diri kita sebenarnya..." Mungkin dari situ kita akan dapat jawapan..

<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>





~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)