Friday, July 23, 2010

Fazilat ~ Doa HAikal ~

Assalamualaikum sahabat2 ku sekalian....

Pejam celik, pejam celik sekarang dah 4 minggu aku kat puncak alam ni taw.. Tanggal 23hb 7 2010, bersamaan dengan 11 Syaaban, hari ni hari jumaat... Pagi tdi ade kelas OB(Organizational Behavior)... kul 10.30 a.m baru habis..balik kelas g makan bersama kawan2... pastu balik bilik tdo kejap... tgah ari maa call... besa la mak mana x ingat anak die nun jauh di mata kan??? mmg dlu kecik x penah renggang ng maa taw...bila da besar kena independent (berdikari-berdiri di atas kaki sendiri) betul x???... tp da biasa dah... maa selalu pesan kat saya agar jgn tinggal solat, mengaji dan pandai jaga diri di tempat orang...cam2 nasihat die bagi.. bleh di katakan maa call tiap2 minggu...kadang2 saya yag call klu rinduu sgt2 atau pun nk berkongsi masalah ker atau nk tanya hal2 agama ke ape ke... trima kasih maa.... rasa terharu dapat ibu/maa yang penyayang,cekal, tabah, peramah, pandai dlm hal2 agama,(guru mengaji masa kecik2 smpai sekarang) dan selalu bgi nasihat+pesanan......Jom nk share ngn korang ni... Korang nak taw x ape itu doa haikal??? klu besa dengar tu bagus la... doa tu ade 7 surah2 yang pendek yang dijadikan doa taw...

haaaa.... cam ni la keterangannyee...tp banyak lagi la page die... x pew.. meh nk citer.... pic ni serba sikit bukti pasal fazilat doa haikal ni la....

Mungkin korang tahu mungkin korang x tahu... x pew... kite kongsi la ekk... yg buruk dtg dari saya, yg baik datang dari ALLAH.... Doa ni maa selalu pesan dan die suh amalkan setiap hari selepas solat... dan bnyak khasiat2nye taw.. tok selah abah pun pesan cam tu gak.... so? sejak dari kecik lagi ketika berusia 5, 6 tahun lagi ma dah ajar mengaji... kalau x ajar, x taw la smpai sekarang...

Doa ini adalah diriwayatkan oleh nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu ketika, sedang nabi di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman, ujarnya Ya Rasululah S.A.W, Allah Taala utuskan pada tuan hamba dan firmannya >hai kekasihku adapun doa haikal yakni 7 doa ini dihantarkan tuhan pada tuan hamba maka barangsiapa yang membaca doa ini atau menyimpan doa ini maka ALLAH melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka. Ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad, barangsiapa suratkan doa ini dan di pakai diperbuat tangkal nescaya terlepas dia daripada azab sengsara dan wabak dan duduk dalam aman dan lagi barangsiapa membaca doa ini sentiasalah ia dihormati orang dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakratul maut...

Sebenarnya...ada bnyak lagi kisah die... nnti saya sambung k? semua ni bukan rekaan semata2 malah yg terdapat dlm buku doa yg memaparkan doa2 itu... nnti saya ceritakan lagi k??
k la... kalu korang nak tahu ni la ayat2nyee.. marilah kita sama2 amalkan nya... alhamdulillah.... berdakwah ke jalan ALLAH S.A.W....masih belum terlambat lagi untuk berubah....& menambahkan ilmu...


Selamat beramal yee....

Monday, July 19, 2010

....Jom Share..... FAZILAT Di BULAN REJAB & SYAABAN....

Nak share la ngn korang semua... ni la buku fazilat yg maa saya selalu pesan suh amalkan...
Terima kasih maa.... terdapat banyak fazilat di bulan REJAB, SYAABAN dan RAMADHAN...

nak taw ade pae dlam nie??? meh nk gtaw...


 Hai kawan2 ku sekalian??? sekarang dah bulan syaaban... puasa ganti da ganti ke belum?? harap2 u all cepat2 la ganti yee...',) bulan REJAB berlalu pergi  meninggalkan kita....kini tiba bulan SYAABAN dan seterusnya bulan RAMADHAN..........yang sudah tidak lama lagi akan menjelma...


Haa..kat sini ade pantun khas buat korang untuk menghayati betapa indahnya bulan2 ISLAM yg mempunyai pelbagai fazilat dan kelebihan kepada semua umatnya yang selalu mengamalkanNya...

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya
Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan menghfirah (keampunan)
Syaaban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Syaaban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab diganda 7o pahala
Syaaban diganda 7oo pahala
Ramadhan diganda 1ooo pahala


KELEBIHAN BULAN REJAB:-

1. Sabda Nabi S.A.W:- hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemualiaan di hari Qiamat....
2. Sabda Nabi S.A.W :- Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Malam awal Rejab mstajab doanya (dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi).
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).  Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalankan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa keenam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.

Ada banyak lagi laa... x larat nak taip laa... hehehehe


KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1. Sabda S.A.W :- Apabila masuk syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan ALLAH tubuhnya dari api neraka.  Dia akan menjadi taulan Nabi ALLAH Yusuf di dalam syurga.  Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, di mudahkan ALLAH atasnya SAKROTULMAUT dan ditolakkan (terlepas daripada huru-ara Munkar dan Nakir.. ditutup Allah keaipan nya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya...
3. Barangsiapa yang berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban di masukkan die ke dalam syurga..
4.Berkata Siti Aishah:- Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah ialah bulan Syaaban...
5. Sabda S.A.W berkata bahawa Syaaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku... Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasman dan rohani)...


insyaalllahh.......... banyak lagi fazilat kita berpusa sunat di bulan ramadhan ni kawan2... tp jgn pula kita lupa mngerjakan yg wajib dlu... solat tu sangat penting bagi seorang muslim sbg lambang agama kita. jdi lakukanlah mengikut kemampuan kita... dan jgn lupa mengajilah di malam hari untuk melengkapkan lagi kesempurnaan kita kpd ALLAH s.w.t.. insyaallahh.............. 

kalu ada bnyak masa lagi saya gtaw pasal fazilat bulan Ramadhan plak ekk???

Saturday, July 3, 2010

~HeBaTnya WANITA~

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita sayap kiri kaum lelaki.
Wanita berhati lembut.
Wanita kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.



Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Sesungguhnya, tidaklah Allah menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Setiap ciptaanNya saling melengkapi. Kerana itulah kita memerlukan antara satu sama lain.

Lucu juga bila dengar. Tapi itulah hakikatnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memikul tanggungjawab mengandung, melahirkan dan membesarkan anak bukan senang. Wanita memang hebat sebab dapat pikul tanggungjawab besar ni.

Sebab itu wujudnya istilah ‘supermom’. Wanita dikurniakan kelebihan multi-tasking yang luar biasa. Mampu buat kerja all-in-one. Sambil makan pun boleh tidurkan anak.

Saya agak kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini.. wanita. Diciptakan dari tulang rusuk lelaki.. dijadikan lemah fizikal, tetapi memiliki hati yang sangat kuat. Juga sangat kagum dengan proses penciptaan manusia itu sendiri. Dari hanya 2 sel, menjadi seorang manusia yang sempurna anggotanya. Dikurniakan pula akal untuk berfikir dan nafsu sebagai ujian.

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)