Monday, July 19, 2010

....Jom Share..... FAZILAT Di BULAN REJAB & SYAABAN....

Nak share la ngn korang semua... ni la buku fazilat yg maa saya selalu pesan suh amalkan...
Terima kasih maa.... terdapat banyak fazilat di bulan REJAB, SYAABAN dan RAMADHAN...

nak taw ade pae dlam nie??? meh nk gtaw...


 Hai kawan2 ku sekalian??? sekarang dah bulan syaaban... puasa ganti da ganti ke belum?? harap2 u all cepat2 la ganti yee...',) bulan REJAB berlalu pergi  meninggalkan kita....kini tiba bulan SYAABAN dan seterusnya bulan RAMADHAN..........yang sudah tidak lama lagi akan menjelma...


Haa..kat sini ade pantun khas buat korang untuk menghayati betapa indahnya bulan2 ISLAM yg mempunyai pelbagai fazilat dan kelebihan kepada semua umatnya yang selalu mengamalkanNya...

Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya
Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan menghfirah (keampunan)
Syaaban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Syaaban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab diganda 7o pahala
Syaaban diganda 7oo pahala
Ramadhan diganda 1ooo pahala


KELEBIHAN BULAN REJAB:-

1. Sabda Nabi S.A.W:- hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemualiaan di hari Qiamat....
2. Sabda Nabi S.A.W :- Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Malam awal Rejab mstajab doanya (dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi).
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).  Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalankan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa keenam hari pada bulan Rejab keluar daripada kubur bercahaya mukanya.

Ada banyak lagi laa... x larat nak taip laa... hehehehe


KELEBIHAN BULAN SYAABAN

1. Sabda S.A.W :- Apabila masuk syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan ALLAH tubuhnya dari api neraka.  Dia akan menjadi taulan Nabi ALLAH Yusuf di dalam syurga.  Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, di mudahkan ALLAH atasnya SAKROTULMAUT dan ditolakkan (terlepas daripada huru-ara Munkar dan Nakir.. ditutup Allah keaipan nya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya...
3. Barangsiapa yang berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban di masukkan die ke dalam syurga..
4.Berkata Siti Aishah:- Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah ialah bulan Syaaban...
5. Sabda S.A.W berkata bahawa Syaaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku... Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasman dan rohani)...


insyaalllahh.......... banyak lagi fazilat kita berpusa sunat di bulan ramadhan ni kawan2... tp jgn pula kita lupa mngerjakan yg wajib dlu... solat tu sangat penting bagi seorang muslim sbg lambang agama kita. jdi lakukanlah mengikut kemampuan kita... dan jgn lupa mengajilah di malam hari untuk melengkapkan lagi kesempurnaan kita kpd ALLAH s.w.t.. insyaallahh.............. 

kalu ada bnyak masa lagi saya gtaw pasal fazilat bulan Ramadhan plak ekk???

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)