Saturday, July 24, 2010

~ MoTiVaSi DiRi ~

Pada 24/7/2010, bersamaan dengan 12 Syaaban, iaitu hari Sabtu telah diadakan Modul 1 iaitu ( Kemahiran Insaniah) - KI wajib bagi lepasan Diploma untuk semua pelajar2 Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat sahaja...kat UiTM Puncak Alam...
 
Program tersebut memuatkan 2 sesi antara pukul 8-10.30 a.m dan 10.45-12.30 tgh. 
Tajuk Slot pertama iaitu Ceramah "Pembangunan Ummah Melalui Nilai2 Murni & Akhlak" yang disampaikan olah Proffesor Madya Hj Azam Hamzah yang menceritakan mengenai pembngunan seseorang pelajar IPT yang harus maju dan bergerak ke hadapan. Selain itu, prof juga meneragkan lebih lanjut mengenai definisi setiap perkataan dalam tajuk yang hendak dibincangkan itu... semua pelajar masa itu menumpukan perhatian dengan penuh semangat walaupun dalam kelaparan...> x sempat nk sarapan...makanan habis...:-(

Tapi, pada masa tu agak mengantuk sbb menerangan prof tu terlalu panjang... mata pun mula la nk pejam.... ada yang menguap la tdo la... nasib bek duk kat sebelah Shuhada(ada) & lily(housemate), diorang la yg tolong picit2 tgn dan jari x bgi mengantuk taw...k2..kita sambung k..
Sebelah kiri ) Lily & sebelah kanan (Ada)

                                  Kusyuknyeee semua orang mendengar ceramah kat depan tuu.....aku sempat g catch pic korang yee... ni la cara saya nak hilangkan boring..hehehehehe:-)

 Ni...leen kawan baik saya yee... senyum2...",) time ni ngah rest breakfast...hehehe

Kemudian, prof juga menerangkan mengenai persiapan yg perlu ada pada seorang pelajar.. antaranya:- 
1) Ilmu bekalan Minda
2)Iman bekalan Spiritual
3)Akhlak bekalan Modal
4)Material belakan Fizikal

Pastu prof ada mengatakan bagaimana nak menyuburkan iman :- iaitu......
1) Sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH - selalu berdoa kpd ALLAH, menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, tidak tinggal solat, dan mengaji setiap hari....
2) Banyakkan ibadat2 yang lain - macam sedekah ke tolong orang ke, bt kebaikan laa...taw

Prof juga kata, kadang2 iman kita boleh bertambah dan kadang2 iman kita bolah berkurang, so?? pandai2 lah kita mengawal nafsu kita... jgn lepaskan nafsu mngawal diir kita plak...
sebagai seorang wanita, mmg tangungjawab kita menjaga batas2 pergaulan dan menjaga keselamatan diri kita... selalulah berdoa pada ALLAH agar kita especially wanita di luar sana bijak berfikir yang mana baik dan buruk... masih belum terlambat untuk berubah dan insaf dengan perbuatan lampau kita...> kalu ada la... kalu x de, kawal lah emosi dan tingkah laku kita... Pandai memilih kawan dan jgn terikut2 dengan kelakuan buruk kawan kita... tidak kisah berkawan dgn sesiapa pun janji tidak melanggar perintah ALLAH...kan? kan? saya suka berkawan dgn sesiapa pun... x kisah...hehehehehe....

Prof kata iman ni ibarat macam sebatang pokok tongkat ali sbb akar tunjangnya kuat... so??? segala godaaan apa pun dapat tahan dan tak tumbang... betul gak... kan? kan??
Akar pokok(iman), batang pokok (akidah) dan daun2 serta bunga(akhlak)....

Marilah kita renung2kan dan berfikir... adakah anda fikir sebegitu????

Terdapat beberapa langkah penyuburan iman:-
1. Al-Ta'ibun - Menyedari kesalahan & bertaubat
2. Al-'Abidun - Memperhambakan diri kepada Allah
3. Al-Hamidun - Memuji dan bersyukur dgn nikmat 
4. Al-Sa'ihun - Melancong bertujuan ibadah dan urusan khilafah
5. Al-Raki'un - Rukuk dan sujud kepada Allah ( solat )
6. Al-"Aminun bi al-Ma'ruf- Menyuruh dan makruf
7. Al- Nahun 'an al-munkar - Mencegah mungkar
8. Al-Hafizun li hududi'Llah - Memelihara batas larangan Allah

Pas hbis sesi pertama, sambung sesi kedua plak, tajuk die..."Kemahiran Pembelajaran" yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Narehan Hassan....


Time ni pukul 10.45 pagi, perut dah berbunyi..menandakan lapar la... tdi rehat jap sempat minum jew.. makanan dah hbs.. sedih tui la... tp x pe la... tahan je... sabar je. sabar kan separuh dari iman.... so k....

Prof ada menyatakan untuk membolehkan anda berjaya @ cemerlang dalam akademik @ anda ingin tahap pencapaian anda meningkat & perlu membuat PERUBAHAN secara menyeluruh dari aspek personaliti, motivasi dan kemahiran belajar... so??? ape tunggu lagi?? bangkitlah la menuju kejayaan dan berubah.... "Tangga usaha kejayaan.." Kalau kita x berusaha agak sukar untuk berjaya, tp kalu kita sentiasa berusaha insyaallah, akan membuahkan hasil....> Akhirnya berjaya...yeyeyeye... hureeeyyy....

Banyak la jugak input dan ilmu yg dipelajari sepanjang sesi ceramah modul 1 ni... esok ada LDK plak...(Latihan dalam kumpulan), ini boleh di jadikan motivasi diri supaya sentiasa beringat dan berubah untuk untuk mencapai matlamat dan berjaya menjadi seorang pelajar yang berjaya...


Bak kata prof.." There is no GAIN without PAIN!".... hehehehe... setakat itu saja coretan dan penulisan saya kali ni... yang nak dikongsikan bersama... saya suka menulis... ada gak merancang nak bt novel atau buku motivasi suatu hari nanti atau pun ingin menjadi seorang pensyarah atau pakar motivasi masa akan datang....

Yang saya taipkan ini hanya untuk semua tatapan anda di luar sana... yang buruk dtg dari saya dan yg baik dtg dari ALLAH S.W.T...

Wasalam...


2 comments:

PLOOM said...

Assalamualaikum!

Cari cari nama saya, terjumpa dalam blog awak... Alhamdulillah... jika apa yang saya ceramah tadi mencambahkan ilmu.... suka pelajar seperti anda!

Narehan Hassan

PuTriAjA said...

Ohhh... Alhamdulillah... Malu saye Prof baca apa yang saya coretkan kat sini. Tapi x pe la.. saya memang suka menulis dan bercerita untuk menambahkan ilmu dan menjadikan pengalaman ini sebagai perangsang kepada orang lain juga... Terima kasih Prof sebab sudi luangkan masa di blog saya..;)

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)