Saturday, July 31, 2010

~ PeMbeNtuKaN INSAN KaMiL~

Pada hari Ahad, 25hb Julai 2010 telah diadakan  satu program untuk semua pelajar Fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat di UiTM Puncak Alam....lepasan asasi, stpm dan diploma.... Program ini kesinambungan daripada program Modul 1- Kemahiran Insaniah ~hari tu...senang citer macam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) laa..... semua pelajar diwajibkan hadir sbb akan direkodkan dalam CGPA kita nanti.... kalu tak amik program ni nanti tak dapat konvo taw.... hehehehehe.... k la kawan-kawan, nak citer ni... hobi saya mmg suka bercerita.... hobi ni terpupuk sejak bila ek??? dari kanak2 lagi kot...entah la... rasanya sejak mula saya praktikal kat perpustakaan alor setar, kedah dulu kot....sbb saya start buat blog ni sejak praktikal la...& sebab saya penah ikut menyertai aktiviti sama2 staf & kanak2, untuk program diorang la, bercerita, mewarna la apa la... bnyak lagi la...kat pustakaan tuu...hehehehe....

Program ini kononnya start pukul 8.30 pagi la...tp last2 start kat2 pukul 9 lebih gak luarla... sbb ade masalah sikit masa group saya tak ada mentor/tenaga pengajar yang dijemput khas dari luar kampus... hehehehhee... so? nak dijadikan cerita, group saya lebih kurang dalam 30 orang lebih gak la terpaksa dicampak-campakkan ke group lain....agak sedih sbb malu la, 2 kali masuk group lain pastu kena pindah g group lain plak... sabar je lah...pening2... tp ikut je lah yee... ade kak mana tah kat bahagian pengurusan yang aturkan ikut name list dalam kertas...



Akhirnya saya dapat group no 5 kot..kalu x salah la... Mentor kitorang masa tu ialah Encik Shahrul Hisyam bin Marwan.. nasib bek encik hisyam ni sporting je taw...masa first masuk tu group tu agak gugup sebab ramai kot... jadi bagi seorang wanita mesti la agak malu kan? konon la... tp relax je kan??? masa masuk tu diorang dah strat dah berkenalan dengan memperkanalkan kawan baik mereka kat sebelah2... saya x kena la sebab baru masuk kan? dengar je la kawan2 saya bercerita... & then saya pun kena gak..perkenalkan nama macam ni, assalamualaikum? saya aja, hai kawan2, encik hisyam, ayu, mira, aja...  dan bersambung la, tiap2 orang kena ingat nama orang lain dan kena sebut nama2 kawan2 yang ain... best gak kan??? agak menarik....sbb kita dapat kenal antara satu sama lain....yang paling teruk orang yang terakhir la sbb kena ingat nama dalam 35 orang lebih kot.... ramai kan? yg best nyee saya la, orang first kena perkenalkan diri x perlu sebut nama2 yang lain... hehehehe....



Yang ni la mentor group kitorang ...

Tajuk program pada hari tu adalah "Pembentukan Insan Kamil" yang bermaksud (KE ARAH PEMBENTUKAN GENERASI TAQWA)......


نحمده و نصلى على رسوله الكريم
KE ARAH MEMBINA PERIBADI INSAN KAMIL

InshaAllah  ini akan dibicarakan secara ringkas pembentukan peribadi yang menunju ke arah insan kamil dalam erti amnya insan yang sempurna keimanannya atau yang paling dekat kepada kesempurnaan dan yang sempurna ketaqwaannya atau yang paling dekat kepada yang sempurna.  Yang benar-benar sempurna keimanan dan ketaqwaannya ialah insan kamil yang sebenarnya, iaitu para nabi dan rasul a.s.s apa lagi kemuncak insan kamil dalam alam ini iaitu Nabi Muhammad s.a.w.  Maka akan dibicarakan peribadi manusia, kejadiannya, pembentukannya, faktor-faktor yang menguatkannya dan meruntuhkannya, serta akhir-akhirnya ciri-cirinya insan yang sempurna.  Dengan itu tercapailah kedudukannya yang dicadangkan untuknya sebagai benar-benar khalifah Tuhan di bumiNya dan juga hambaNya, yang mendapat “hasanah” dalam dunia dan “hasanah” dalam akhirat.
Kejadian insan
Insan kata nama yang datang dari “nisyan”, iaitu kelupaan, kerana padanya ada sifat lupa selepas ia ingat.  Maka datanglah wahyu dan agama Islam untuk memberi peringatan kepadanya supaya ia ingat kembali kedudukanya sebagai hamba Tuhan dan khalifahNya.  Maka wahyu yang datang untuk “mengingatkan kembali” hakikat kedudukannya itu dinamakan “al-dhikrul-hakim”, iaitu Peringatan Yang Penuh dengan Hikmah Kebijaksanaan.  Atau ada pendapat yang menyatakan bahawa kata nama bagi dirinya itu datang dari ”uns”, kejinakan, iaitu kejinakan dengan Tuhan.  Maka insan yang sebenarnya yang kekal dengfan kemanusiaannya ialah yang jinak dengan Tuhan yang “liar” denganNya adalah orang yang telah “meletakkan jawatan”nya menjadi manusia.
Tetapi oleh kerana kedudukan sebagai manusia itu tidak boleh diletakkan “jawatannya”, ia menukarkan kedudukannya kepada kedudukan menjadi “khalifah” Syaitan.  Dijauhkan Allah.  Maka didatangkan agama untuk mentautkannya kembali kepada Tuhan melalui akalnya, yang datang dari kata kerja “aqala” yang memberi pengertian “mengikat” iaitu “mengikatkannya kembali” kepada Tuhannya.  Maka fungsi akal yang tertinggi ialah untuk “mengikat kembali” insan ini kepada Tuhan Yang menjadikannya.
Kejadian insan ialah terdiri daripada jasmaninya, disebut sebagai “badan”, atau “jasad” terdiri daripada unsur-unsur alam kebumian, “the elements of the earth”.  Dengan itu jadilah ianya makhluk yang bertubuh badan dengan tuntutan-tuntutannya yang perlu ditunaikan dalam hubungan dengan kejadian itu.

Pengertian di atas tu harap2 saudara dan saudari sekalian faham yee... program di teruskan dengan aktiviti kumpulan.... setiap kumpulan ada 6 orang... aktiviti pertama setiap kumpulan haruslah menyampaikan satu persembahan yang berkaitan dengan satu benda dan nyanykikan lagu itu dan apa motif dan tujuan untuk disampaikan kepada semua orang... group saya memilih lagu remix iaitu bertemakan tangga... kitorang create la sebuah lagu..dan tercipta la ia.... hehehehe.. agak lucu tp motifnya "tangga:" kerana walaupun tangga yang kami naikan dan turuni stiap hari itu begitu tinggi di UiTM Puncak Alalm ini lagi  tingginya hasrat dan cita2 kami untuk mencapai kejayaan... walaupun penat dan lelah sekali pun akan kami tempuh dugaan itu sehingga mencapai impian yang kami inginkan... begitu dalam kan maksudnya???



Selepas lunch, aktivii di teruskan dengan menjawab beberapa soalaniaitu " pilihan Hati Masing-masing" dan kena bagi sebab kena pilih kwan kita untuk sesuatu perkara itu... contohnya, untuk berlari 100 meter, siapakah akan anda pilih untuk berlari bersama anda dan kenapa anda memilih dia? Setiap orang, satu jawapan... hehehehe... Pastu last sekali kena bentangkan dalam kerta kajang..yang diberi tajuk cara bersyukur sebagai pelajar OM... Ni la hasilnya....



Sorry la kawan2.. ada lagi group yang ada.. tp x sempat nak catch pic korang... pape pun tersimpan dalam hati...jangan marah atau kecik ati taw... len hari kita berjumpa lagi.... 
Semua bersurai pada pukul 5.15 ptg.... dan kami ucapkan terima kasih encik hisyam & semoga kami bakal penyambung generasi masa akan datang agar dapat menjadi model insan kamil yang cemerlang, gemilang dan terbilang...... amin.....wasalam...",)




No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)