Saturday, March 16, 2013

~KeRaNa WANITA MeWaRnai DuNia~

ASSALAMUALAIKUM.....

......السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulilllah..... da lama tak update blog ni maklum lah agak sibuk dengan interview sana, interview sini... cari sana cari sini... insha Allah kalau da rezeki ada la nanti tu.... Pagi ni rasa cam indah sangat cuaca bak pelangi yang mewarnai hidup ku... Saya nak share ngn korang semua sal '~KeRaNa WANITA MeWaRnai DuNia~... 


Saat pancaran cahaya matahari dibiaskan oleh titik-titik air hujan akan muncul warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu membentuk warna pelangi yang sangat indah. Warna-warna itu seolah-olah menghipnosis hati yang memandangnya....amboi2.. nak bersajak la katakan... ;)

Seperti warna-warna pelangi, WANITA juga ingin selalu terlihat indah dalam pandangan manusia. Menyejukkan hati semua orang yang mengenalnya dan membuat mereka tenang apabila ada orang yang menyayanginya. Namun, untuk menjadi spektrum warna-warni pelangi yang indah itu, pancaran cahaya matahari memerlukan syarat2nya... Oleh sebab itu, bukan setiap hujan itu akan selalu adanya pelangi dan tidak semua mata mampu melihat pelangi... betul tak?? eeerrmmm.....

Saat seorang WANITA berjaya beroleh kejayaan seperti warna pelangi dalam dunia ini, sesungguhnya dia telah menciptakan syurga dalam kehidupannya. Kenapa jadi macam tu??? ;) Kerana.... setiap mata yang memandang indah seperti warna pelangi melambangkan peribadi seorang WANITA pasti akan mengalir rasa cinta dan penghargaan yang tiada tandingnya.. 

WANITA merupakan insan yang sangat penting dalam peradaban sebuah umat apatah lagi seorang WANITA MUSLIMAH??? Seperti yang kita tahu la kan, bila rosak WANITA dalam suatu kaum, makan akan binasalah kaum tersebut. Bak kata pepatah, "Disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga".. Jadi, betapa banyaknya terjadi kerosakan dalam masyarakat yang diakibatkan oleh jauhnya kaum wanita dari kebenaran dan tuntutan agama. 

Walaupun WANITA adalah seorang yang lemah secara fizikal jika dibandingkan denagn kaum lelaki, namun sesungguhnya WANITAlah yang akan menerajui peradaban suatuhari nanti. Mari kita lihat sejenak kisah-kisah beberapa abad yang lalu dan beharga bagi membuka perjalanan kita untuk menjadi seorang WANITA MUSLIMAH yang cerdas. 

Kenalkah anda pada KHADIJAH binti KHUWAILID??? Haaaa ni la seorang WANITA muslimah yang pertama, pemberi selimut kehangatan kepada suaminya yang dalam ketakutan, suami yang kelak akan dinobatkan sebagai Rasul ALLAH S.W.T. Berkat kecergasan seorang isteri, sang suami iaitu MUHAMMAD bin ABDULLAH menjadi lebih tenang dan sedia untuk memikul tugas risalah yang sungguh berat bukan merupakan tugas yang ringan.. Begitulah saat seorang suami mengalami keadaan yang sangat genting, saat dia tidak tahu lagi kepada siapa harus meminta pertimbangan di kala hanya Khadijah sahaja satu-satunya WANITA yang mampu memberikan ketenangan baginya. Di sini kita lihat, kisah-kisah dahulu telah membuktikan betapa pentingnya seorang WANITA kepada seorang SUAMINnya.. 

Sebelum menjadi isteri Rasulullah s.a.w, Khadijah sudah menjadi seorang pedagang WANITA yang kaya dan berjaya. Beliau juga terkenal sebagai WANITA contoh yang terhormat di kalangan kaum WANITA pada masa itu.  Wanita yang cergas dan mampu menjaga kehormatannya. Jadi, pada masa tu, ramai lelaki kaya yang ingin meminangnya. Namun, lihatlah siapa yang beliau pilih??? Muhammad bin Abdullah pada ketika itu bukanlah siapa-siapa, hanyalah seorang yatim piatu yang tidak mempunyai apa-apa. Kejujuran dan akhlak Muhammad lah yang telah memikat hati Khadijah bukannya harta benda, jawatan atau kedudukan. 

Selain itu juga Khadijah adalah seorang ibu yang penyayang dan baik dalam mengasuh anak-anaknya. Putera puteri belian adalah QASIM, ABDULLAH, IBRAHIM, ZAINAB, RUQAYAH, FATIMAH, dan UMMu KALSOM. 
WANITA yang besar yang lain adalah Asiyah, isteri Fir'aun. Siapakah Asiyah?? Apakah kehebatannya??? Mungkin dia hanyalah wanita kaya yang hidup megah dan mewah di istana suaminya. Memanglah kita tahu dia hidup dengan serba cukup namun, lihatlah suaminya Fir'aun musuh ALLAH. Dia hidup dalam kemewahan harta namun dalam kegelapan akhlak sang suami yang semestinya menjadi pujaan dan sandaran hatinya. 

Fir'uan sanggup menyuruh rakyatnya untuk membunuh setiap anak lelaki yang baru dilahirkan pada ketika itu. Cuba kita bayangkan sejenak keadaan Asiyah pada saat itu. Pedih, sedih, perih bahkan mungkin menyesal kerana telah memilih seorang suami seperti tu. Namun, kecegasan dalam dirinya mampu memberi warna indah di atas kertas yang sudah gelap, Dia tidak memilih warna hitam, sebaliknya dia memilih warna lain pada akhirnya menjadi warna yang indah bagi dirinya dan orang-orang di sekitarnya. Lihatlah betapa besarnya kesabaran Asiyah menghadapi kehidupan bersama suaminya yang tidak berperikemanusiaan. Asiyah tidak dapat melakukan papa hanya berdoa pada ALLAH...

Ingatlah wahai WANITA!!!
WANITA adalah tunggak utama peradaban sebuah bangsa, hancur atau bangunnya sebuah bangsa tidak akan dapat terlepas dari tangan WANITA...
Jangan menunggu dan bergantung diri pada orang lain untuk membuat perubahan dalam diri, mulakan dari diri anda sendiri...
Wanita MUSLIMAH harus memberikan sumbangan dan berfikiran positif dan efektif dalam setiap peranan yang sangat penting dalam diri, keluarga,  dan masyarakat....

 Untuk menjadi muslimah yang cergas haruslah..... 
1.Memahami dan melaksakan hak dan kewajipan dengan baik. 
2.Mengenal kekurangan dan kelebihan diri sendiri
3.Memperkaya diri dengan ilmu dan nasihat
4.Rendah hati dan selalu sedia memperbaiki diri
5.Menghargai diri sendiri







Sekian, sampai di sini dulu la... saya akan sambung dengan kisah-kisah yang lain pulak... salam.... wallahuallam...


No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)