Hye....Assalamualaikum semua..... U all Sihat???? Eerrmm... saya masih x bapa sihat sepenuhnya lagi... Tapi alhamdulillah... esok2 ok la kot... Salam 1 Malaysia... cuaca hari ni berseri-seri sangat... matahari yang terbit memancarkan cahaya dalam kehidupan saya. Semoga suatu hari nanti saya akan dapat khabar berita yang mengembirakan..... amin..... baru disebut-sebut...memang ada berita baik untuk saya, alhamdulillah.. semoga hari esok dan seterusnya lebih baik untuk saya.. doakan saya berjaya ye...;)
Hari ni saya nak kongsi cerita mengenai " ~KeTinGGiaN HaK WANITA di DaLaM i$LaM~. WANITA adalah saudara kepada kaum LELAKI. Dari sudut penciptaan, kedua-duanya berkongsi sifat kemuliaan insan. Wanita mempunyai hak-hak ke atas lelaki dan lelaki juga mempunyai hak ke atas wanita berdasarkan hak-hak yang ditetapkan di mana ia sesuai dengan kedua-duanya mengikut pandangan adat manusia.
Firman Allah:
Maksudnya:- Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak) dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kebaikan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan ingatlah, Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
(surah Al-Baqarah ayat 228)
Sebab dan punca mengapa kaum lelaki mendapat anugerah darjat ini adalah kerana bebanan yang telah diletakkan ke atas dirinya dengan pelbagai tanggungjawab seperti nafkah, memelihara wanita samada dia sebagai suami atau ayah atau pengganti ayah kepada mereka yang kehilangan ayah secara hakikat atau secara hukmi.
Lelaki dilebihkan dengan kekuatan yang digunakan untuk memelihara wanita, seperti diberikan kelebihan dalam pemberian (harta) supaya dia memelihara wanita melalui harta tersebut tanpa sedikit pun ada pengurangan hak wanita dari sudut pemberian nafkah dan penjagaan. Tanggungjawab pemberian nafkah dan penjagaan dibebankan ke atas bahu lelaki sebagai suatu hak keamanan kepada WANITA itu sendiri. Atas sebab ini, lelaki diberi kelebihan suatu darjat dan kedudukan daripada wanita dan dengan cara ini , wanita diberi banyak kelebihan berbanding lelaki... caya tak?? percayalah... anda bertuah kerana telah di takdirkan menjadi wanita... hehehe....
Adapun darjat lelaki, ia tergambar di dalam beberapa keadaan yang tidak sesuai disamaratakan bersama wanita seperti masalah nasab anak yang dibinakan kepada lelaki. Begitu juga tanggungjawab nafkah keluarga, lelaki dilebihkan sahamnya daripada wanita di dalam harta pusaka tetaoi tidaklah wanita diharamkan daripada harta pusaka seperti yang berlaku pada sesetengah agama lain.
Dan selain daripada keadaan-keadaan di dalam bentuk pengecualian yang tidak memberi kemudaratan kepada wanita yang disebutkan, di dalam keadaan biasa, wanita boleh memiliki apa yang boleh dimiliki oleh lelaki seperti di dalam perkara penjagaan harta, membina hubungan suami isteri dan perpisahan di antara kedua-duanya. Harta pemilikan wanita tidak bergabung dengan harta pemilikan lelaki secara mutlak dan masing-masing boleh menikmati apa yang mereka miliki dengan sebab kesempurnaan mereka sebagai seorang insan.
Akad nikah adalah akad yang berdasarkan redha atau 'keredhaan' antara dua belah pihak iaitu lelaki dan wanita. Penceraian juga dimiliki oleh lelaki manakala khuluk (tebus talak) pula dimiliki oleh wanita. Hubungan mesra antara suami isteri berdiri di atas dasar suka sama suka bukan atas dasar paksaan atau penindasan di antara satu sama lain. Masing-masing adalah milik masing-masing....
Adapun darjat-darjat yang diangkat oleh Islam terhadap WANITA, tergambar di dalam bentuk memelihara tabiatnya lemah-lembut di mana wanita itu sendiri terdidik dengan sifat menunaikan hak dan wajib, pemurah, berusaha, pengasih, penyayang dan menghulur bantuan. Wanita juga adalah insan yang dipelihara dan dibuang kesusahan dari mereka dalam erti kata setiap kesalahan mereka yang kecil itu dimaafkan. Banyak nas-nas syariat yang menganjurkan agar berlaku lembut terhadap kaum WANITA....
Begitu juga Allah memerintahkan kepada kaum lelaki atau suami berlaku baik, dan tidak melupakan kelebihan dan kebaikan masing-masing. Ianya bertujuan untuk membina perasaan toleransi atau 'tolak ansur' sesama mereka dan akan membuahkan hubungan kemesraan yang berterusan. Allah juga melarang para suami melakukan penganiayaan dan kemudaratan terhadap isteri-isteri mereka... Dengar tu kaum lelaki..susah juga nak menjalankan tugas mereka ni taw.... tapi sebenarnya jika para suami memahami dan mengetahui hal ini pasti mudah dan senang untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada isteri...
Firman Allah, maksudnya:
Maka tahanlah mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Dan sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (permainan).
(surah Al-Baqarah ayat 231)
Akhir sekali, larangan daripada melakukan kesempitan ke atas para isteri bererti arahan agar memberi keluasan kepada mereka. Ini adalah kata-kata daripada Ibnu Hazam.
Firman Allah, maksudnya:
Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi bahasa sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu kerjakan...
(surah Al-Baqarah ayat 237)
Sekian, sampai di sini dulu penerangan saya kepada anda semua... Semua huraian ini dipetik dari Fikh 'Kerahsiaan Wanita'-terjemahan daripada Fauwaz Fadzil dari Universiti Al-Azhar.
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah tentang kerahsiaan WANITA yang kaum lelaki perlu tahu bagi memahami isu-isu jelas yang melibatkan wanita menurut syariat Islam. Mungkin saya akan luangkan masa di lain waktu untuk berkongsi bersama anda semua kawan2 saya atau saudara saudari yang saya kasihi... semoga dengan apa yang saya sampaikan dapat dijadikan ilmu pengetahuan untuk tatapan anda semua...
Baik dari datang dari ALLAH dan yang buruk datang daripada saya sendiri.. saya sudahi dengan wabillahitaufiqwalhidayah....wasalamualaikum...
warahmatullahi..wabarakatuh,...:)
Sekian...terima kasih & jumpa lagi... >_-
No comments:
Post a Comment