Tuesday, February 9, 2010

~BeRSoLaT, DOA BoLeH Atasi Ma$aLaH TeKaNaN~

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselibungi tekanan, malah fikiran boleh menajdi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui.!

1- Bersabar dengan segala yang menimpa. "Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbiau kebaikan, serta laranglah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki melakukannya.

2- Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian denagn firman ALLAH yang bermaksud,"Patutkah menusia menyangka bahawwa mereka akan dibiarkan dengan cahaya berkata: Kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji(dengan sesuatu cabaran)? Dan demi sesungguhnya , kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka.

3- Setiap masalah pasti ada hikmahnya, seperti dapat mengugurkan dosa, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya "Tidakkah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan ALLAH akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan duan-daunnya.

4- Kesulitan , masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan ALLAH.
"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, Sesungguhnya kami kepunyaan ALLAH dan kepadanya kami kembali.

5- Adanya masalah, kesakitan, dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Jesteru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

6- Ujian adalah ALLAH mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya".

7- Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.

8-Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. JIka masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)