Wednesday, February 3, 2010

~MaTLaMaT HiDuP MaNu$i@~

Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas2 jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk diri sendirinya, atau untuk dijadikan hamba kepada salah satu unsur dalam dunia ini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamam oleh kebinasaan.

Sesungguhnya kita dijadikan untuk mengenal dan menyembah ALLLAH serta menjadi khalifah bumi. Kita memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab.
Dengan itu ia menjadi lebih matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya....

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup dengan diri sendiri dengan orang yang hidup untuk TUHAN-nya, diantara orang2 yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat....

continue....

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)