Saturday, February 6, 2010

~RuKuN IsL@m~

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada ALLAH melalui seluruh kehidupan kita, jiwa dan raga dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.

1) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAADAH
- "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD itu adalah pesuruhnya" Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dengan pengakuan bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH S.W.T. dan NABI MUHAMMAD S.A.W. itu adalah pesuruhnya.

2) SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
- Dengan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengabdikan seluruh tubuh badan kita daripada menyembah ALLAH S.W.T. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan ole Nabi s.a.w.

3) MENGELUARKAN ZAKAT
- Dengan zakat, kita dapat mengabdikan diri kepada TUHAN dengan menyerahkan sebahgian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.

4) BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
- Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada ALLAH. Dengan menahan nafsu makan, dan minum seta menjauhi segala laranganNya, secara tidak lengsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH.

5) MENGERJAKAN HAJI
- Dengan mengerjakan haji, kita dapat menyembah ALLAH dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

INSYAALLAH.... kita sebagai umat islam wajib mengetahui dan mengamalkan kelima-lima rukun islam ini untuk membuktikan bahawa kita umat islam yang memenuhi syarat sebagai orang muslim di tanah bumi ALLAH ini.....

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)