Saturday, March 16, 2013

~CinTa MaRcH~


Just sharing with you all.... Ungkapan dan istilah CinTa...march...;) 2013



 "Perkara yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang, Ketika kita menyatakan sesuatu dalam kemarahan kata-katamu akan meninggalkan kesan seperti parut"..

"Cinta tidak mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta tidak mendidik kita untuk hinakan diri, tetapi memuliakan hubungan yang tulus ikhlas. Cinta banyak mengajar manusia untuk lebih menghargai hidup ini"..

"Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya. Cinta yang disulam dengan pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan"..

"Cinta yang tulus akan lahir sendiri, kadangkala cinta itu menyakitkan dan selalunya membahagiakan jika cinta itu lahir dari hati yang ikhlas. Cinta juga tidak mempunyai usia. Cinta itu sentiasa memudakan diri para pencinta yang jujur"..

"MengingatiNya adalah tanda cinta kita kepada nya membuatkan kita cinta kepada sesuatu dengan iklas. Begitulah ikhlasnya apabila kita mencintai pasangan hidup kita sendiri".

"Dengan cinta datangnya hiba, dengan cinta lahirnya dusta, dengan cinta kehidupan sengsara, dengan cinta juga kita tidak bahagia. Cinta ini adalah cinta lestari datangnya hanyalah suka, perginya ketika duka"..

"Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta kenallah dahulu cita-cita"..

"Mengapakah cinta hadir ketika kita memerlukannya??? eeerrmmmm mengapakah cinta hilang dan pergi ketika kita mula mengharapkannya?? Cinta itu adalah apabila kita bertemu dan harus membuat pilihan yang tepat"..

"Cinta adalah sebuah misteriyang tidak pernah ada jawapannya, kerana cinta itu selalu membuat kita berasa ragu kepada seseorang. Apabila Allah masih memberi kita kesempatan untuk terus hidup lama, kita hanya ingin melalui itu bersama-sama dengan orang tersayang"..

Ketika mata bertemu dengan mata, biarkan hati yang bicara, terima kasih kekasih kehadiaranmu begitu bererti buat diriku, aku tidak tahu sampai bila usiaku, tapi aku yakin cintaku selama-lamanya untuk mu"..

"Semua orang ingin bercinta, dan semua orang ingin dicintai, tetapi tidak semua orang dapat merasai dan tidak semua orang juga dapat memahami erti cinta yang sebenar"..

"Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang, dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiir, ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa"..

"Jatuh cinta pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak akan menjadi sesuatu yang mudah. Namun, usaha, tawakal, dan doa boleh membantu"..

"Kegelapan tidak akan hilang kerana dicerca tapi akan pergi dengan hadirnya tangan-tangan yang  membawa cahaya, cinta memang tiada tolok bandingnya dan cinta juga boleh merubah keadaan"..

"Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"..

"Cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Hal yang membuat cinta itu buta apabila cinta itu menguasai kita tanpa pertimbangan. Cinta adalah penderitaan terindah yang dicari oleh manusia"..

"Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi, tetapi ai cukup untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok, cinta adalah apabila dua jiwa dan dua hati berpadu dalam bahtera terindah"..

"Cinta hadir kerana perkenalan, bersemi kerana perhatian, bertahan kerana kesetiaan, namun cinta akan gugur kerana pembohongan. Pengorbanan cinta adalah umpama pelangi berwarna-warni yang indah menghiasi lanhit selepas hujan berhenti".

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah berasa rindu dan cemburu"..

"Cinta ibarat menggenggam bunga, mawar yang segar semakin kuat kita genggam, maka duri akan menyucuk dan bisalah kita akan rasa, tetapi jika kita memegangnya dengan lembut, maka mudahlah untuk menjaga mawar tersebut"..

"Cinta pertama adalah kenangan, cinta kedua adalah pengajaran dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam, cinta yang dianugerahkan jika dijaga sebaiknya pasti mekar dan wangi sepanjang masa'..

"Kecewa bercinta bukan bererti kehidupan sudah berakhir, masa depan yang cerah adalah berdasarkan pada perkara masa lalu, kita tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan selagi tidak melupakan kegagalan dalam kekecewaan itu"..

"Cinta Murni hanya lahir dari hati kerana hati yang suci mampu nemupuk kasih sayang dan cinta yang bermakna dalam ikatan dua hati, Jangan sesekali tanam cinta palsu dalam cinta jujur yang telah diberikan oleh pasangan kita sendiri"..

"Dalam percintaan, janganlah kita sesali perpisahan tetapi hargailah pertemuan, kerana pertemuan yang memberi banyak pengalaman dan pengajaran dalam dunia percintaan. Cinta suci dapat dilihat melalui pengorbanan bukan daripada pemberian"..

"Jangan bersikap sombong terhadap seseorang yang ingin memberikan perhatian tulus kepada kita, kerana perhatian itu akan menjadi sangat berharga dan siperlukan ketika kita jatuh dan kecewa kelak"..

"Bagi insan yang sedang mengenali cinta, mereka akan kehilangan kata-kata apabila bersua, tetapi fikiran dan hati sangat berharap akan lahir ucapan cinta antara mereka melalui perasaan dan pandangan"..

"Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi namun getarannya jelas sekali, namun ia mampu mempengaruhi dan mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari"..

"Persahabatan boleh berakhir dengan cinta, tetapi cinta sukar untuk diakhiri dengan persahabatan. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita"..

"Cinta mengajar diri kita erti sebuah kehidupan, mematangkan pemikiran dan menebalkan benteng kesabaran. Kejujuran dan kesetiaan adalah tiang sebuah percintaan dan iman adalah penyelamat cinta yang suci"..

"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kita masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kita masih sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya lagi"..

"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan, Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati, kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti"..

"Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum menjodohkan kita denagn orang yang tepat, kita harus belajar menerima dan berterima kasih atas ketentuan Allah berikan untuk kita belajar menerima qada dan qadar tapi apa yang pasti hanya Tuhan saja yang tahu"..

"Benar pepatah yang mengatakan bahawa untuk mencintai seseorang boleh berlaku dalam sekelip mata saja, tetapi untuk melupakan cinta memerlukan suatu jangka masa yang lama. Kepedihan, dan kesakitan benar-benar meruntum jiwa"..

"Cintailah seseorang atas dasar siapa dia sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya, Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan lebih baik cinta itu jangan pernah hadir dalam diri"..

....Saya sudahi dengan sekian, terima kasih......
>_- semua ungkapan ni dari hati dan pengalaman yang telah mengajarku erti kehiduopan untuk terus hidup dan menajalani kehidupan seperti biasa....... 
Semua yang baik datang dari ALLAH s.w.t....  

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)