Monday, March 18, 2013

~LeLaKi Yg BaiK UnTuK WANITA Yg BaiK~

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... Syukron...syukron.. kawan2 semua sihat???? eerrmm... saya macam biasa la... setiap hari menanti hari... hehehe... 
hari ni saya puasa... so x taw la nak buat, kat rumah rehat jee.. & hanya jaga anak menakan(baby lagi), masak, mengemas rumah, haaa.. kadang2 petang2 main badminton dgn anak menakan atau berkebun bunga je depan rumah ni haa... orrrr..... surve internet laaa...dalam bahasa melayu dia bukak internet baca blog ke main fb ke, buka lagu ke, movie ke.. haaa tu la keja saye... malam2 plak... pas solat, mengaji, tgok tv plak... kalau da masa baca novel... hehehehe... itu lah kehidupan ku buat masa sekarang ni la... sambil tunggu panggilan keja kan... saborr je la...;'(

Ok la..  hari ni saya nak kongsi dengan pembaca semua mengenai "LeLaKi Yg BaiK untuk WaNiTa Yg BaiK".... >_< waaa... tapi x semua apa yang dirancang akan menjadi...semua adalah ketentuan ALLAH... kita hanya mampu merancang jee... tapi? Allah yang tentukan... kita x bleh nak buat papa la... terpulang lah pada individu itu sendiri untuk membuat keputusan...

Errrmmm... Kat sini saya cuma bagi pendapat saya jee.. setiap individu ada hak untuk menilai dan memberi pendapat atau cadangan berdasarkan apa yang dia suka. Tapi, bagi saya antara kat bawah ni la..nak tahu??? jom baca!!!!


1. Dia tidak akan merungut atau mengucap kata yang kasar apabila anda selalu meminta perhatian daripadanya...Lelaki sangat senang marah apabila mereka berada dalam keadaan tertekan tetapi mereka tidak akan rasa marah apabila mereka berhadapan dengan mereka yang cintainya walaupun mereka yang sedang tertekan. Saborrr je la kan.. hehehe... layan jee...

2.Dia merancang rancangan masa hadapan dia dengan anda. Dia mahu mendengar pendapat anda mengenai masa hadapannya.. Kadang2 orang lelaki ni memang x suka merancang... apa yang aa kat depan mata, atau benda tu last2 minit kira jadi la.. so.. terpulang la pada pasangan masing2... kenal hati budi tu penting... tapi dalam hal ni lelaki pun kena mengalah jugak, kena la ada planning jugak walaupun jangka masa yang pendek.... yang penting... relaxx... cool... dan akhirnya menjadi.. tu lebih penting.. tgok keadaan yang sesuai la... haa... cam tu...:) peace...

3.Dia sentiasa meluangkan masa untuk bersama anda jika ada masa laa.. huhuhu.. dan tidak sesekali mengatakan TIDAK! apabila anda ingin berjumpa dengannya. Jika dia sibuk sekalipun anda kena faham juga bagi masa dan peluang untuk lelaki yee...jangan kalut bak kata orang KEDAH la.. haha.. tapi mereka akan aturkan masa yang sesuai untuk anda berdua meluangkan masa bersama terutama pada pasangan suami isteri. Luang masa untuk berbual.. walau duk nun jauh di sana pun telefon la..tanya khabar.. jadi la kan... betul x?? hehehe

4.Dia tidak pernah memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak suka. Dia hanya paksa jika perkara itu adalah BENAR dan memang WAJIB anda lakukan seperti menutup aurat dan menghormati kedua ibu bapa. Itu semua sangat penting taw....!!! kalau dari segi pakaian tu tetiba nak suh pakai jubah..sememangnya sebelum ni pakai baju blouse labuh je... atau baju labuh pun jadi la kan... jangan memaksa untuk berubah dalam jangka masa yang dekat... bagi masa, bagi peluang..bagi semangat dan bagi kepercayaan untuk pasangan anda berubah... Gud LUCK#@-@

5. Dia tidak pernah meminta dari anda melainkan anda benar-benar perlukan sahaja. Contohnya, dia tidak pernah meminta meminjam wang atau meminta anda belanjakan mereka makan atau membelikan barang-barang yang mahal untuk mereka...melainkan mereka memang berada dalam masalah yang besar. Tolong menolong sangat penting dalam perhubungan tapi tgok keadaan la kan... Selalunya lelaki yang 'Gentleman' dan 'Cool x kan biarkan WANITA untuk membeli & membayarkan makanan untuk anda selalu.. tapi kadang2 boleh je.... so dalam bab ni lelaki atau wanita tu kena faham la... Negotiate la.....:) no problem.. janji x de hal la...

6. Dia menghormati anda sebagai seorang WANITA yang sangat bermakna untuk mereka dan sentiasa menjaga hati anda yang mudah sensitif ni haa... (kadang-kadang je).. hehehehe... Dia tidak menyentuh apa yang dilarang melainkan sudah menjadi halal.... JaGalah WANITA yang ada di hati anda seperti mana anda menjaga diri anda sendiri... So, semua ni terserah la pada anda bersama untuk sama-sama menjaga hubungan anda... tapi kalau da memang da boleh nak terima dalam hati tu jangan la nak paksa...semua memang da di tentukan... biarkan diri anda gembira dengan keputusan anda... janji.. semua baik2 belaka... dok gitu??? have fun....


Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. 
Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.


Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.



"Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu.....
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?" tepuk dada tanya hati !..:)

>Sampai di sini dulu la..... insya Allah... Kalau da memang jodoh x kan ke mana...
Pada mereka yang akan membuka puasa.. selamat berbuka puasa sama2 yee.... k la.. nak g siapkan juadah plak ni... lain hari saya coretkan di sini lagi yee... tata... wasalam...


No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)