Wednesday, April 3, 2013

~JiWa KoSonG??~


--------------------------------------------------------------------------------------------------
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai.. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh... Semoga anda semua sihat2 hendaknyee... amin.... Hari ni 3/4/13.. adalah hari besday kawan saye....yg ke-?? 24..
>Happy Besday F_ _....>_-  x dapat nak wish kat dia sbb da lama x jumpa & x contact dia.. but i still remember him... hehehe... Hope dia sihat2 hendaknya...:) amin...

Today i just spend at home and trying to apply for job on the internet and go to post office.....(so..tire u know!!)... Now, i just think about work..work..work.. ! For tomorrow i have 2 interview.. then.. we can see for next week.. How?? right?? eeeerrrrmmmm... doa je la... hope everything is ok..:)

K la.. speaking la plak.. ye la.. just for fun only... k.. Kali ni saya nak share something dengan u all about "JIWA"??? what it is??? >>>> Punca?? Ubat?? Petanda?? &&&... cara untuk mengekalkan kesihatan JIWA... specially for WANITA2 kat luar sana tu laa..but it is for u all...k..


PUNCA JIWA KOSONG

>Tujuan hidup bagi seseorang yang jiwanya kosong sebenarnya masih belum jelas. Persoalan-persoalan seperti ini > Dari mana aku datang? Siapa yang menciptakan aku? Untuk apa aku dicipta? kemana selepas dunia musnah? Perlu ditanya kepada diri sendiri supaya dapat hidup di dunia dengan agenda yang teratur dan bermatlamat. 
Tapi jiwa kosong sebenarnya banyak ertinya... kosong macam mana yee?? kosong?? macam lagu najwa latif?? kosong...kosong....hehehhe...


UBAT JIWA KOSONG

>1. Membaca Al-Quran

- Jadikan Al-Quran itu sebagai ubat motivasi.
-Terapkan ajaran al-Quran itu dalam realiti kehidupan.
-Ambil ilmu daripada Al-Quran dan mengamalkannya. 
-Berusaha berdisiplin diri untuk menghatamkan bacaan al-Quran paling kurang
3 bulan sekali...>Cuba la..( belum cuba belum taw).. You can do it k!! :)

>2. Qiamullail

-Mulakan dengan yang sedikit. Yang penting dalam melakukan qiamullail secara istiqamah.... 
-Bangun malam sebulan sekali, kemudian latih untuk bangun malam seminggu sekali plak kan.... lama2 da biasa la.... rasa tenang je jiwa kita ni taw...


>3. Beristigfar

Baca perlahan-lahan untuk menghayati makna yang dilafazkan. Maksud bacaan2 istigfar: "Aku mohon keampunan kepada-mu, tida tuhan kecuali engkau yang sentiasa hidup dan sentiasa waspada. Ya ALLAH, aku bertaubat kapada-mu"...>>haa.... cam tu la... selain tu, sambil bawa motor ke jalan ke mana2 ke berzikir la...istigfar la...dalam hati supaya hati kita sentiasa ingat ALLAH... yakinlah pada diri ni bahawa ALLAH sedang memerhatikan kita dan sentiasa menjaga kita ke mana kita pergi... Selalu la buat cam tu,, baru lah anda akan terasa bagaimana saya rasa sebelum ni.... >_

>4.Mengingati MATI


-Tubuh terbujur kaku, manusia menangisi pemergian, harta, dan pangkat tidak bolah dibawa bersama. Apakah amalan yang hendak dipersembahkan nanti?? Jangan terkurang dos pengambilannya dalam sehari!!.. Apa maksudnya tu? ok la.. macam ni, kita dalam hidup ni mesti akan mati suatu hari nanti kan? tapi kita tidak akan tahu bila masa kita akan mati... sebagai hamba ALLAH wajib kita mempercayai dan sentiasa mengingati mati supaya kita tidak akan melupakan ALLAH... kita kena tambahkan amalan untuk di akhirat kelak... setiap manusia tak kan terlepas dari melakukan kesalahan, tapi dengan kesalahan itu, pintu hati tak kan tertutup sampai bila2 kita boleh je bertaubat dan kembali ke pangkal jalan... (waaa...ayat touching la plak)..:)

>5. Menangis dan mengadu
-Tidak ada sesiapa yang lebih kuat melainkan ALLAH, iaitu tempat untuk kita memohon kekuatan. Semoga dengan pengaduan kepada ALLAH, dapat segera menyembuhkan penyakit hati dan jiwa yang kosong. Hadis nabi s.a.w ada menyebut, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takutkan ALLAH" riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)... Tengoklah betapa  mulianya di sisi allah....jangan menangis kerana harta benda atau wang ringgit semata-mata... menangislah kerana ALLAH.... mengadulah apa pun padanya kerana hanya padaNya tempat kita untuk memohon apa pun... >_<


PETANDA JIWA SEMAKIN SIHAT


>1. Perasaan makin tenang
-Pesakit jiwa yang kosong ni dapat menjalani kehidupan seharian tanpa rasa kecewa, sedih dan duka lara. Jika terkesan dengan sesuatu yang tidak seperti kehendak hati, mereka segera mengingatkan diri bahawa ketentuan ALLAH adalah yang terbaik. Tidak lagi rasa kegelisahan di dalam hati...

>2. Hati terasa dipandu
-Hati yang sakit dikawal oleh daya fikir yang suka sedang sakit. Hal sebaliknya bagi orang yang sihat jiwanya, hati mereka akan dipandi oleh kekuatan cahaya Ilahi... rasa macam hati ni ada tempat untuk dituju kerana ini selalunya berlaku secara automatik tanpa dipaksa oleh sesiapa pun..

>3. Akal positif
-Mereka bertindak berdasarkan wahyu daripada ALLAH. Mendahulukan hak ALLAH sebenarnya, menyebabkan mereka hak akal mereka terpelihara. Kita dapat berfikir secara waras dan mengambil langkah yang sewajarnya.. haaa.. gtu la.. x perlu ada orang suruh wat ni wat nu... gunakan akal fikiran yang ALLAH bagi pada kita untuk membuat keputusan.... :)


CARA MENGEKALKAN KESIHATAN JIWA


>1. Usah tergesa
 - Selalu tindakan perlu difikirkan sebab dan akibat. Jangan tergesa dalam bertindak. Dahulukan kehendak agama. Jangan gopoh gapah dalam membuat keputusan. Mintak bantuan ALLAH supaya memberi petunjuk yang mana benar yang mana salah. Bak kata orang... relaxx la.. cool down k.... :)

>2. Jauhi Hasad
-Perasaan hasad ni sebenarnya meruntuhkan bangunan amal yang sudah dibina. Ia juga sebenarnya memakan diri sendiri. Bukannya orang yang dihasadkan. Jiwanya sentiasa tidak akan rasa tenang kerana memikirkan orang lain jee keje dia... 

>3. Tawaduk
-Orang sombong terlupa ada yang lebih tinggi dan hebat berbanding mereka. Hakikatnya sombong memperkecilkan dan merendahkan diri sendiri pada pandangan ALLAH dan manusia yang lain.

>4. Isi sebelum kosong
-Sememangnya untuk mengekalkan kesihatan jiwa tidak semudah yang dikatakan. Untuk mengelakkan jiwa kembali sakit, isilah jiwa dengan keperluan fitrahnya. Teruskan berdoa, teruskan membaca al-quran, dan turut bersama dalam majlis ilmu. Semoga jiwa kita cenderung terisi dengan kebaikan. lantas dijauhkan daripada jiwa kosong yang sakit dan melarat. Carilah kawan yang dapat mendorong kita ke arah yang lebih baik dan tempat untuk kita berkongsi cerita, suka duka bersama.. Insya ALLAH jiwa kita akan sentiad gembira dan sihat..... 



Ok la.. sampai di sini dulu yee kita kongsi cerita bersama.... Yang baik semuanya datang dari ALLAH... mata ni pun da kuyu da nie... take care ye kawan2... tata.. wsalam....:)
 


No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

Follow by Email

",)