Sunday, June 19, 2011

~JanGanlah BERSEDIH~

Alangkah Peliknya! Apa yang membuat
Manusia derhaka kepada ALLAH dan
mengapa mereka ingkar kepadaNya???



Emm...:-( Wanita sering dikaitkan dengan kisah-kisah yang menyedihkan dengan realiti kehidupan mereka sendiri. Wanita ni amat berharga sebenarnya. Kekecewaan membuatkan wanita bersedih kerana hal2 yang boleh menjatuhkan maruah bagi seorang wanita dan wanita juga dikatakan lemah daripada kaum lelaki. Betul ke???

Kenapa wanita dijadikan alat untuk kaum lelaki menggunakan kaum wanita untuk kepentingan mereka sendiri? Bukan semua kaum lelaki sebegitu, tetapi kebanyakan lelaki mengambil kesempatan dari golongan hawa yang lemah lembut ini. Hati kecilku terasa bagaikan di tusuk panah yang tajam apabila melihat dan mendengar wanita di pukul, di buli, di hina, di zina oleh orang2 yang tidak berperikemanusiaan. Sangat menyakitkan......

Persoalan selalu tertanya-tanya kenapa wanita di jadikan mangsa mereka? Wanita sebenarnya perlulah bangun dari kegelapan dan kesedihan mereka dari perkara-perkara yang boleh membuatkan mereka menangis dan kecewa kerana ditipu, ditindas dan dipermainkan oleh mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan kasih sayang, belas kasihan terhadap wanita. Wanita???? anda janganlah mudah terpendaya oleh janji2 manis dan percakapan oleh kaum lelaki 100%. Bertindaklah sewajarnya jika itu boleh menyakitkan anda.  Usahlah bersedih dengan apa yang berlaku mungkin ada hikmah di sebalikNya. Setiap manusia diuji oleh Allah s.w.t untuk menempuh dugaan, cabaran, dan liku2 kehidupan di dunai ini.

Janganlah di kau bersedih wahai wanita. Kamu semua sama seperti saya jua.  Saya pun seorang wanita dan saya tahu macam mana perasaan seorang wanita. Tambah2 lagi apabila perasaannya dipermainkan oleh kaum lelaki... Hanya ALLAH saja yang tahu. Memang menyakitkan tapi anda harus tahu mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah cepat2 la sedar dan banyakkan berdoa supaya diberikan petunjuk kepadamu.... insyaallah...........
Bagi saya biarlah saya bersedih sekarang daripada bersedih di kemudian hari. Saya dah banyak melalui kehidupan ini. Apa yang saya lakukan bila saya bersedih??? Banyakkanlah berzikir, berdoa, membaca Al-Quran supaya hati kita tenang. Memang kadang kala susah untuk menerima kenyataan tetapi anda harus yakin dan berusaha. Biarlah orang disekeliling kita melihat senyuman dalam tangisan kita daripada mereka melihat penderitaan kita. Bersabarlah wahai wanita sekalian. Sabar itu separuh dari iman. "Take time to rest your mind and put good things in ur heart". Harap-harap kamu faham apa yang saya katakan yee..

"Sabar adalah kunci kebahgiaan" dan ingatlah wahai wanita, janganlah kamu bersedih seorang diri kerana di luar sana masih ramai yang masih menemanimu wahai saudari2 ku sekalian..... Anda nak tahu???

Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah dan sedangkan hari ini adalah realiti. Bukankah kaum wanita telah menampilkan orang2 besar ke pentas dunia??? Jadi wanita bukan lemah lagi sekarang ni... wanita boleh bangun dari penindasan dan kekecewaan.. insyaallah...

ya-Allah...kuatkan semangatku..tabahkan hatiku..hanya pada-Mu tempat ku mengadu..

Sekian di sini dlu...

Friday, June 17, 2011

~HoBi di Masa LapanG~

Assalamualaikum......ahlan wasahlan... ya habibi ya maulana... 
apa khabar anda di sana??? saya??? eemm... alhamdulillah... sihat hendakNya...
cuma sakit biasa2 je xde lah teruk sangat setakat nie...:-)

haa... apa yang kamoo di sana buat di masa lapang ekk??? adakah asyik menghadap laptop, melayari internet sepenuh masa je? Membaca buku? Menolong ibu di rumah? Belajar masak? Bekerja "part time" ke? Ke cam ne??? eemmm... macam2 la jawapannya kan.... Setiap wanita atau lelaki di dunia ni mesti tahu kan kita sebagai hamba ALLAH, seorang manusia di muka bumi ni, seorang anak kepada kedua ibu bapa kita haruslah bijak menguruskan masa lapang kita untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah antaranya seperti sesetengah daripada apa yang saya nyatakan di atas tadi... 

Alhamdulillah.... isilah masa kita dengan perkara-perkaran yang berfaedah yee... Bagi kaum wanita khususnya di musim cuti sekarang ni bagi yang da meningkat remaja dan seterusnya ke alam dewasa iaitu menjadi seorang wanita memang kena belajar untuk memasak... So? Belajarlah memasak daripada ibu ke kakak ke sape2 ke... x kisahlah...atau belajar dari internet@televisyen... Saya sudah minat dan belajar memasak dari umur saya kecil lagi ketika berusia 4, 5, 6 tahun lagi.. waktu tu memang suka sangat bermain masak2...org kata main pondok2 la.. dangau la..macam2 la org kata kan... main masak pakai api lagi... waahh.. dahsyat... >Tu masa kecik< hehehehe.... haa... saya mula belajar memasak daripada maa dan kakak2 saya di rumah sewaktu saya berumur 12 tahun lagi...sampai sekarang... kira ok la tu kan... masa simple2 je la.. masa 10 ngan 11 tahun x pandai papa lagi... keja makan je... tolon2 sediakan makanan jee... haaa.... bila da form 4 dan form 5 saya belajar di asrama memang xde masa la nk masak... so sekarang ni bila da belajar jauh2 lagi x dak masa kecuali bila balik bercuti lama macam sekarang ni la... emmm.... sebagai seorang wanita memang kena tahu memasak bak kata maa saya... sebab nnti kita akan jadi seorang isteri, so.. kena la pandai memasak di dapur.. sampai sekarang ni saya masih belajar untuk mahir memasak walaupun saya sibuk belajar... Anda di luar sana cam na??? belajar la yee... insyaallah lama2 da belajar pandai la tuu.... 

Haa... ari ni saya nak share ngan teman2 di luar sana hobi saya di masa lapang yang boleh di kongsi bersama-sama... sebenarnya hobi saya ni banyak sangat... kadang2 hobi ni boleh bertukar bergantung pada situasi dan keadaan sesuatu tempat dan masa tu... Contohnya hobi saya suka membaca, menulis, berkebun, memasak, mendengar muzik, mengumpul duit syiling, melancong(kadang2 la) dan sebagainya lagi,, haa... hobi yang paling saya suka adalah berkebun......  Tu la tak semua kaum wanita suka tanam2 ni bunga suka la tapi bagi saya setiap wanita memang sukakan bunga kan? jadi? xkan suka je? mesti la kena tahu dan pandai tanam pokok bunga jugak kan... hehehehehe...... 

Hobi saya ni sejak dari kecil lagi di pupuk oleh maa saya sendiri sebab tanpa die saya x kan minat dan suka bunga2 nie... taw x, saya ada taman bunga saya sendiri, dulu la masa saya belajar di tingkatan 1 hingga 3 saya ada sebuah taman sendiri. tapi sekarang da x de da cuma saya tanam bunga di halaman rumah saya je la... bukan bunga je saya pun suka tanam sayur-sayuran dan buah-buahan... Entah la knp saya suka sangat dengan bunga... sebab bagi saya bunga adalah satu lambang kewanitaan dan dapat menceriakan saya setiap hari bila bunga yang saya tanam tu berbunga dan berkembang mekar di depan mata saya... 

Ni antara aktiviti yang saya lakukan untuk beberapa hari di masa lapang....
untuk minggu nie la....
ni...antara pokok2 saya yang perlu diubah suai, dipindahkan dan disusun ke tempat yang lebih baik... waa... penat taw mengangkat pasu2 semua2 ni... kerja ni saya sorang je yg buat cuma maa saya tolong tebas2 rumput dan semak samun di sebelah taman2 saya tu... sakit jugak dada saya ni walaupun saya ni sakit tapi tahan je la nak lebih sihat wat jugak kerja2 nak berpeluh2 kan.... daripada saya makan, tidur je duk kat umah ni.... hehehehe....

haaa.. ni la saya tengah kemas2 dan susun2 balik pokok2 saya ni supaya lebih teratur dan perlu tambahkan tanah dan ubah suai sikit2 pokok2 saya nie... hehehehe.... memang best
kalau ada minat la kan.. kalau x de minat g boleh la try..... try tanam bunga atau pape jelah secara kecil2 pastu anda kena jaga la tanaman anda tu nnti taw la cam na perasaan anda ye yang penting kena rajin dan banyak bersabar, kalau x, memang x bleh buat la...:-)

Yang ni kawasan pokok2 saya di tempatkan... bukan bunga je macam2 ada, pokok bunga, sayur2, herba2 pun ada, pokok untuk buat ubat pun ada... ulam2 pun ada... bak kata taman ni secara hobi je la xde lah nk buat business plak.... tapi tanam cam ni pun untung jugak macam pokok sirih, pokok misai kucing, pokok jarum tujuh n macam2 g memang berguna untuk makan dan dijadikan ubat taw..... kalau kat bandar xde lah pokok2 cam ni... kat kampung cam saya ni banyak la... ada jugak datang ke rumah nak ambil wat ubat.. free je... amik la.... tu pokok maa saya tanam sbb banyak kegunaannya....taw...>_<

Ok... hari ni ari Jumaat kan, da la saya puasa, agak penat jugak la tapi nk bt cam na kan... minat punya pasai... hehehe... ari ni saya baru tanam biji benih untuk sayur-sayuran antaranya sayur bayam merah, tomato, kangkung, sawi, cili.... sebab saya suka makan sayur 2 nie...bayam merah baik untuk darah rendah... so da suka makan sayur mesti la kena suka tanam sekali kan... hehhehehe.... tapi ada lagi x semua beg plastik itam tu la... masih dalam proses.. esok lusa kita beli biji benih tanam la lagi.... ",)

Haa... yg ni la tempatnya saya meluangkan masa setiap hari.... ni masih x habis lagi ubah suai bunga saya yang da lama saya tinggalkan da hampir setengah tahun saya x kisahkan bunga2 saya... balik cuti ni la masa saya untuk bunga2 saya nie..... saya tukarkan tanah baru, dan berikan baja lagi untuk diorang2 semua nie.... waa... Sekarang ni masih dalam proses pemulihan untuk tanaman saya nie... bila da 2, 3 bulan bila bunga saya da besar dan berbunga.... waaa...cantiknyee.... wanginya...:-) suka...suka...

Yang ni pulak antara bunga2 yang da lama saya tanam sejak saya belajar di Terengganu lagi saya tanamkan di hadapan rumah saya sebab nampak lebih menarik... saya ni x berapa pandai sangat bab2 nak aturkan bunga ni tapi saya tanam sekadar biasa2 je... sedap mata memandang... kadang2 pokok yang berwarna pink ungu tu x tanam pun die memang kadang2 naik sendiri tanpa di tanam... so... anda kaum wanita di luar sana boleh la tanamkan minat seperti saya ni berkongsi hobi bersama saya tentang berkebun nie... kalau ada modal boleh la mulakan sikit2... saya x nafikan semua yang saya lakukan ini memang memerlukan modal jugak untuk membeli bunga kalau xde la... beli tanah, dan pasu... tambah lagi baja untuk sebulan sekali untuk tumbesaran bunga... kalau xnak beli bunga, g la rumah sapa2 mintak sikit untuk di jadikan benih... save sikit.....:-)

ni antara bunga2 saya ketika saya mula2 tanam dlu2... da lama da nie... 3 tahun lebih da..






Ni picture dulu2 la... memang dlu lagi banyak bunga saya tanam dari sekarang kan.. dlu masa tahun 2007 sampai 2009... sekarang da 2011 da... da banyak perubahan... pokok pun macam manusia jugak bila da lama, da berumur, mati la die... kalau x jaga dengan betul2 la... tapi ada jugak pokok2 yang saya tanam tu kekal hingga ke saat hari ni sejak saya mula2 tanam pokok masa tu saya habis SPM... sampai skarang... da tinggi melayut da..contohnya pokok orkid saya dan pokok jarum berduri yang bnyak duri2 tu entah la apa nama saintifiknya tapi org kata mmg bnyak faedah tanam pokok tu antaranya untuk mengelakkan pontianak singgah ke rumah kita dan baik untuk mengelakkan saka atau benda2 halus masuk ke rumah sebab rumah kita da di tanam pokok2 yang berduri...bila ada org bersalin contohnya memang la banyak gangguan benda halus ni so elok jugak tanam2 pokok2 cam ni selain ia cantik dipandang bila berbunga, boleh di jadikan ubat jugak yee... 

So sampai di sini saja dulu saya berkongsi pengalaman saya dan menceritakan hobi saya ketika di rumah yang boleh di jadikan minat anda khususnya kepada kaum wanita di luar sana untuk mencubanya......Insyaallah...Kaum lelaki pun boleh mencubanya jugak...Jangan malu, kalau nak tanya boleh je tanya saya yee... Selain itu, Allah juga suka hamba2Nya mencantikkan halaman rumah dan memelihara alam sekitar dengan bercucuk tanam dan boleh memanfaatkan kepada kita, dan orang lain juga... Insyaalllah..... :-)

p/s:- "tepuk dada tanya hati" 
        "Nak seribu daya, x nak seribu dalih"
So peribahasa tu saya nasihatkan kalau anda ingin mencuba seseuatu yang baru kalau rasa teringin untuk mencuba buatlah... x rugilah... pokok pun macam manusia bernyawa jugak cuma x boleh bercakap je.... semua bunga2 yang hidup akan sukakan kamu bila kamu sentiasa menjaganya nnti.... Kalau nak mencuba kalau ada usaha terjadilah ia... berusaha tangga kejayaan.... Pengalaman dapat mengajar erti kehidupan.... Lakukanlah untuk menceriakan hari2 anda dan sentiasa membuatkan ari2 anda sentiasa tersenyum...:-)

Sekian... wassalam..........



Tuesday, June 14, 2011

~Tips2 untuk WANITA hindari dari SiHiR@ SanTau~

Assalamualaikum semua… hai.....harap2 anda di sana sihat hendakNya... amin...

Haa... beberapa hari lalu sape ada tgok TV3 citer Al-Hidayah yg bertajuk mengenai sihir atau santau yang di sampaikan oleh Ustaz Syarhan Safei. Saya agak terkejut bila ditayangkan secara langsung macam mana ustaz mengubati pesakit2 die... memang benar la sihir atau santau ni jangan di pandang ringan terutama di kalangan wanita di luar sana. Bagi kaum wanita di luar sana pun mesti berasa bimbang takut2 terkena sihir atau santau dari orang kan... harap2 dapat dihindarkan diri kita daripada semua tuu...


Hari tu Ustaz Syarhan ada mengubati seorang pesakit yang terkena santau taw, apa yang terjadi selepas dirawat die muntah2 dan mengeluarkan serpihan kaca, paku berlambak2, pisau cukur pun ada...tapi hairan nya xde darah pun.. semua tu datang dari mana ekk??? bukan keluar dari mulut ja tapi keluar dari bawah jugak.. memang berbau kata ustaz tu la.. itu lah santau angin yang terkena pada pesakit nya itu... Anguzubillahiminzalikk... harap2 dapat dielakkan dari berlaku seperti itu...
Kali ni saya nak share ngan semua orang terutama wanita-wanita, rakan-rakan seperjuangan dengan saya mengetahui macam mana cara untuk anda mengelakkan dari terkena sihir atau santau.. insyaallah, kita mencuba dari tidak melakukan apa-apa kan.... Merawat lebih baik dari mengubati kan... jadi, kita cuba sedaya upaya mengelakkan diri kita dari terkena semua itu...  amin... harap2 la...

So, sebelum tu anda kena tahu la tanda2 apa yang terjadi bila anda boleh di katakan terkana sihir atau santau nie, antaranya-
1. Batuk berlarutan
2. Batuk berdarah
3. Sentiasa sakit atas belakang
4. Lenguh sendi2 utama
5. Nafas berbau'
6. Mata menjadi biru
7. Kuku menjadi biru
8. Penyakit gatal-gatal
9. Mimpi ular
10. Mimpi tempat tinggi
11. Dikejar binatang buas
12.Mimpi benda2 tajam
13. Mimpi baby
14. Lebam di bahagian mata

Haa... kalau ada di antara anda menghadapi tanda2 seperti ni cepat2 la bawa berubat yee..
insyaallah dengan izin Allah anda akan sembuh dengan menggunakan ayat2 suci Al-Quran untuk menyembuhkan penyakit seperti ini...

Terdapat juga beberapa cara untuk anda khususnya kaum2 wanita x kira la kaum lelaki pun kena tahu la cara sepertimana ustaz syarhan mengatakan:-bacalah...

1. Al-Fatihah setiap hari seperti mana kita membaca 5 kali sehari dalam solat kita.... insyaallah baca dan hayati maknanya dengan baik... supaya dapatlah kita menghindarkan diri kita dari syaitan dan jugak sihir.
2. Ayat2 kursi. Ayat ini memang mujarab dan sebagi pelindung diri kita dari sihir, santau, atau daripada perkara2 yang tidak baik berlaku pada kita. Selalu lah membaca nya kalau boleh setiap hari dan setiap kali kita keluar ke mana2 di mana2 sahaja anda berada.
3.Al-Quran. Selalulah membaca ayat suci Al-Quran setidak-tidaknya setiap hari walaupun sedikit jadilah supaya ALLAH selalu melindungi kita dari sesuatu yg tidak baik..
4.Surah Al-Furqan (ayat 23). 
> "Waqadimna ila maangamilu min nga'malin fajangalna huhaba ammaannnsuro."
5."Bismillahillazi layadurrumaangssmihisyaiunfilardi walafissamaiee wahuwassamingunngalimm...."
6. Surah As-Saffat (ayat 6)
> "Wahiffzommin kullisyaito nimmaridd". 

Haa...amalkanlah surah2 yang saya nyatakan di atas tu yee.. 






haa.... setakat ni saja lah saya berkongsi dengan anda semua yee... kalau nak taw lebih lanjut boleh la berjumpa dengan ustaz2 atau ustazah2 untuk mempelajari ilmu agama ni dengan lebih mendalam lagi... belajar dan terus belajar...supaya dapat mengelakkan kita daripada sihir atau santau yang zaman kini kian berleluasa di merata dunia bertujuan untuk membalas dendam, hasat dengki, menghuru-harakan kaum nya. Jadi, anda sebagai manusia yang bijak harus berwaspada dari semua ini... 
Ke mana pun anda berada jangan lupa selalu lah berwaspada di mana jua anda berada. Selalulah yakin dengan ayat2 suci Al-Quran yang dapat menghindarkan diri kita dari semua ini. insyaallah.... Banyak lagi yang anda perlu tahu pasal sihir dan santau ni. Saya rasa setakat ini dahulu untuk kali nie... sekian.. 
Terima kasih meluangkan masa membaca di blog saya yee...:-)  Wassalam.... 





Thursday, June 9, 2011

~BuLaN REJAB~

Assalamualaikum semua...

Hai .... apa khabar semua??? eemm... alhamdulillah... syukur.. tapi saya kurang sihat sikit sejak beberapa hari nie... biasalah kan....setiap sesuatu yg sakit pasti ada penawarnya.. insyallah... Tu yg da lama x update blog ni... maaf la... pejam celik pejam celik..haaaa..


3hb Jun bersamaan 1 Rejab...Bila sebut Rejab dah terbayang2 Syaaban, dan Ramadhan pun dah semakin hampir dengan kita, semua orang dah ganti puasa belum??? kalau belum tunaikanlah kewajiban anda, kalau sudah, alhamdulilah....

Sekarang da bulan Jun da kita sekarang nie... kita da masuk dalam bulan rejab jugak taw... kalau x salah ari ni da 8 rejab 1432H... eemmm... kamoo di luar sana nak tahu tak???

Rejab bulan adalah menabur benih
Rejab menyucikan badan
Rejab bulan menghfirah(keampunan)
Rejab bulan taubat
Rejab digandakan 70x pahala

Haa nak tahu lagi.....???

Demi kebesaran dan kemuliaan ALLAH Subnanallah Waataala telah menganugerahkan rahmatnya kepada hambaNya yang menjadikan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadat yang tiada terdapat pada bulan-bulan yang lain.  Bahkan sehingga dinamakan bulan Rejab adalah bulan ALLAH, bulan Syaaban adalah bulan MUHAMMAD dan bulan Ramadhan adalah bulan UMAT MUHAMMAD iaitu kita la sebagai umat manusia di muka bumi Allah nie...

Pada bulan ini terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Dalam erti kata lainnya, bulan yang diterima Allah segala doa-doa hambaNYA, bulan hambanya menempah syurga.  Bulan yang digalakkan hambaNya banyak beristigfar, bula yang mudah diterima keampunan dan taubat hambaNya, bulan yang hambaNya perbanyakkan amal ibadat dan berbakti kepadaNya dan bulan yang mudah untuk pencapaian keredhaanNya.

Sungguh beruntunglah pada siapa yang mengetahui dan beramal padaNya dan sungguh rugilah pada siapa yang tidak mengetahui dan tiada pula mengamal kepadaNya. Janganlah sampai kita menghadap Allah nanti denagn tangan kosong yang menghampakan, kita pulang dengan kemiskinan, amal yang mengecewakan dengan tangisan air mata penyesalan yang tiada memberi erti apa-apa lagi kepada kita. 

Saya pun sebagai hamba Allah, seorang wanita biasa masih banyak yang perlu saya belajar dan memperbaiki diri untuk menambahkan apa yang kurang. Jadi nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana atau pun saudara-saudara juga masih belum terlambat jika anda berubah dari sekarang, atau menambahkan lagi manfaat yang sedia ada.. insyaallah... marilah kita sama-sama mengamalkannya untuk masa-masa yang akan datang di akhirat kelak... 
Nak tahu lagi????
haa.. salah satu amalan di bulan rejab ni kita kenalah selalu bertasbih kepada ALLAH contohnya macam yang tertera di atas tu... insyaallah... hati kamoo akan jadi tenang ja.. 

Selain tu banyak lagi amalan yang perlu di lakukan dalam bulan rejab nie.. antaranya..

- berpuasa
-solat sunat
-berdoa memohon keampunan dan taubat, minta diterima amalan ibadat dan juga selamat di dunia dan di akhirat hendakNya, minta lepas daripada azab di akhirat dan minta masuk syurga dan dicurahi rahmat. 
-bersedekah dan berzikir kepada allah. contohnya "Lailahaillallah"... membaca 
"Allah hu akhbar" sebanyak 100 x selepas sembahyang...
-bertasbih
-beristigfar
-Membaca al-quran
-berselawat, berzikir, bertasbih  sehingga naik fajar subuh,... itu pun kalau mampu buat la.

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. 

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. 

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali: 
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. 

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 



Sebenarnya memang banyak fadhilat dan amalan yang perlu kita tahu sebab semua yang kita lakukan tu memang tak nampak dengan mata kasar sekarang ni tapi yakin dan percayalah apa yang kita lakukan akan tercatat di kamus kita di akhirat kelak... 

Kalau nak tahu lebih banyak mengenai semua amalan ni beli la buku-buku yang berkaitan dengan kelebihan bulan REJAB, SYAABAN dan RAMADHAN. Saya berterima kasih pada maa dan kakak saya yang banyak mendorong saya untuk belajar dengan lebih mendalam tentang semua nie... terima kasih yee.... apa yang baik datang dari ALLAH dan yg x baik tu datang dari saya sendiri... 

Sekian, di sini slu yee... pesanan saya buat saudara dan saudari terutama wanita-wanita di luar sana jangan lupa cepat2 la ganti puasa yee sebab takut nanti x sempat plak.. hehehe..























~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)