Tuesday, June 14, 2011

~Tips2 untuk WANITA hindari dari SiHiR@ SanTau~

Assalamualaikum semua… hai.....harap2 anda di sana sihat hendakNya... amin...

Haa... beberapa hari lalu sape ada tgok TV3 citer Al-Hidayah yg bertajuk mengenai sihir atau santau yang di sampaikan oleh Ustaz Syarhan Safei. Saya agak terkejut bila ditayangkan secara langsung macam mana ustaz mengubati pesakit2 die... memang benar la sihir atau santau ni jangan di pandang ringan terutama di kalangan wanita di luar sana. Bagi kaum wanita di luar sana pun mesti berasa bimbang takut2 terkena sihir atau santau dari orang kan... harap2 dapat dihindarkan diri kita daripada semua tuu...


Hari tu Ustaz Syarhan ada mengubati seorang pesakit yang terkena santau taw, apa yang terjadi selepas dirawat die muntah2 dan mengeluarkan serpihan kaca, paku berlambak2, pisau cukur pun ada...tapi hairan nya xde darah pun.. semua tu datang dari mana ekk??? bukan keluar dari mulut ja tapi keluar dari bawah jugak.. memang berbau kata ustaz tu la.. itu lah santau angin yang terkena pada pesakit nya itu... Anguzubillahiminzalikk... harap2 dapat dielakkan dari berlaku seperti itu...
Kali ni saya nak share ngan semua orang terutama wanita-wanita, rakan-rakan seperjuangan dengan saya mengetahui macam mana cara untuk anda mengelakkan dari terkena sihir atau santau.. insyaallah, kita mencuba dari tidak melakukan apa-apa kan.... Merawat lebih baik dari mengubati kan... jadi, kita cuba sedaya upaya mengelakkan diri kita dari terkena semua itu...  amin... harap2 la...

So, sebelum tu anda kena tahu la tanda2 apa yang terjadi bila anda boleh di katakan terkana sihir atau santau nie, antaranya-
1. Batuk berlarutan
2. Batuk berdarah
3. Sentiasa sakit atas belakang
4. Lenguh sendi2 utama
5. Nafas berbau'
6. Mata menjadi biru
7. Kuku menjadi biru
8. Penyakit gatal-gatal
9. Mimpi ular
10. Mimpi tempat tinggi
11. Dikejar binatang buas
12.Mimpi benda2 tajam
13. Mimpi baby
14. Lebam di bahagian mata

Haa... kalau ada di antara anda menghadapi tanda2 seperti ni cepat2 la bawa berubat yee..
insyaallah dengan izin Allah anda akan sembuh dengan menggunakan ayat2 suci Al-Quran untuk menyembuhkan penyakit seperti ini...

Terdapat juga beberapa cara untuk anda khususnya kaum2 wanita x kira la kaum lelaki pun kena tahu la cara sepertimana ustaz syarhan mengatakan:-bacalah...

1. Al-Fatihah setiap hari seperti mana kita membaca 5 kali sehari dalam solat kita.... insyaallah baca dan hayati maknanya dengan baik... supaya dapatlah kita menghindarkan diri kita dari syaitan dan jugak sihir.
2. Ayat2 kursi. Ayat ini memang mujarab dan sebagi pelindung diri kita dari sihir, santau, atau daripada perkara2 yang tidak baik berlaku pada kita. Selalu lah membaca nya kalau boleh setiap hari dan setiap kali kita keluar ke mana2 di mana2 sahaja anda berada.
3.Al-Quran. Selalulah membaca ayat suci Al-Quran setidak-tidaknya setiap hari walaupun sedikit jadilah supaya ALLAH selalu melindungi kita dari sesuatu yg tidak baik..
4.Surah Al-Furqan (ayat 23). 
> "Waqadimna ila maangamilu min nga'malin fajangalna huhaba ammaannnsuro."
5."Bismillahillazi layadurrumaangssmihisyaiunfilardi walafissamaiee wahuwassamingunngalimm...."
6. Surah As-Saffat (ayat 6)
> "Wahiffzommin kullisyaito nimmaridd". 

Haa...amalkanlah surah2 yang saya nyatakan di atas tu yee.. 






haa.... setakat ni saja lah saya berkongsi dengan anda semua yee... kalau nak taw lebih lanjut boleh la berjumpa dengan ustaz2 atau ustazah2 untuk mempelajari ilmu agama ni dengan lebih mendalam lagi... belajar dan terus belajar...supaya dapat mengelakkan kita daripada sihir atau santau yang zaman kini kian berleluasa di merata dunia bertujuan untuk membalas dendam, hasat dengki, menghuru-harakan kaum nya. Jadi, anda sebagai manusia yang bijak harus berwaspada dari semua ini... 
Ke mana pun anda berada jangan lupa selalu lah berwaspada di mana jua anda berada. Selalulah yakin dengan ayat2 suci Al-Quran yang dapat menghindarkan diri kita dari semua ini. insyaallah.... Banyak lagi yang anda perlu tahu pasal sihir dan santau ni. Saya rasa setakat ini dahulu untuk kali nie... sekian.. 
Terima kasih meluangkan masa membaca di blog saya yee...:-)  Wassalam.... 





No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)