Thursday, June 9, 2011

~BuLaN REJAB~

Assalamualaikum semua...

Hai .... apa khabar semua??? eemm... alhamdulillah... syukur.. tapi saya kurang sihat sikit sejak beberapa hari nie... biasalah kan....setiap sesuatu yg sakit pasti ada penawarnya.. insyallah... Tu yg da lama x update blog ni... maaf la... pejam celik pejam celik..haaaa..


3hb Jun bersamaan 1 Rejab...Bila sebut Rejab dah terbayang2 Syaaban, dan Ramadhan pun dah semakin hampir dengan kita, semua orang dah ganti puasa belum??? kalau belum tunaikanlah kewajiban anda, kalau sudah, alhamdulilah....

Sekarang da bulan Jun da kita sekarang nie... kita da masuk dalam bulan rejab jugak taw... kalau x salah ari ni da 8 rejab 1432H... eemmm... kamoo di luar sana nak tahu tak???

Rejab bulan adalah menabur benih
Rejab menyucikan badan
Rejab bulan menghfirah(keampunan)
Rejab bulan taubat
Rejab digandakan 70x pahala

Haa nak tahu lagi.....???

Demi kebesaran dan kemuliaan ALLAH Subnanallah Waataala telah menganugerahkan rahmatnya kepada hambaNya yang menjadikan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadat yang tiada terdapat pada bulan-bulan yang lain.  Bahkan sehingga dinamakan bulan Rejab adalah bulan ALLAH, bulan Syaaban adalah bulan MUHAMMAD dan bulan Ramadhan adalah bulan UMAT MUHAMMAD iaitu kita la sebagai umat manusia di muka bumi Allah nie...

Pada bulan ini terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Dalam erti kata lainnya, bulan yang diterima Allah segala doa-doa hambaNYA, bulan hambanya menempah syurga.  Bulan yang digalakkan hambaNya banyak beristigfar, bula yang mudah diterima keampunan dan taubat hambaNya, bulan yang hambaNya perbanyakkan amal ibadat dan berbakti kepadaNya dan bulan yang mudah untuk pencapaian keredhaanNya.

Sungguh beruntunglah pada siapa yang mengetahui dan beramal padaNya dan sungguh rugilah pada siapa yang tidak mengetahui dan tiada pula mengamal kepadaNya. Janganlah sampai kita menghadap Allah nanti denagn tangan kosong yang menghampakan, kita pulang dengan kemiskinan, amal yang mengecewakan dengan tangisan air mata penyesalan yang tiada memberi erti apa-apa lagi kepada kita. 

Saya pun sebagai hamba Allah, seorang wanita biasa masih banyak yang perlu saya belajar dan memperbaiki diri untuk menambahkan apa yang kurang. Jadi nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana atau pun saudara-saudara juga masih belum terlambat jika anda berubah dari sekarang, atau menambahkan lagi manfaat yang sedia ada.. insyaallah... marilah kita sama-sama mengamalkannya untuk masa-masa yang akan datang di akhirat kelak... 
Nak tahu lagi????
haa.. salah satu amalan di bulan rejab ni kita kenalah selalu bertasbih kepada ALLAH contohnya macam yang tertera di atas tu... insyaallah... hati kamoo akan jadi tenang ja.. 

Selain tu banyak lagi amalan yang perlu di lakukan dalam bulan rejab nie.. antaranya..

- berpuasa
-solat sunat
-berdoa memohon keampunan dan taubat, minta diterima amalan ibadat dan juga selamat di dunia dan di akhirat hendakNya, minta lepas daripada azab di akhirat dan minta masuk syurga dan dicurahi rahmat. 
-bersedekah dan berzikir kepada allah. contohnya "Lailahaillallah"... membaca 
"Allah hu akhbar" sebanyak 100 x selepas sembahyang...
-bertasbih
-beristigfar
-Membaca al-quran
-berselawat, berzikir, bertasbih  sehingga naik fajar subuh,... itu pun kalau mampu buat la.

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). 
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). 

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. 

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. 

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. 

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. 

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. 

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. 

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. 

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali: 
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. 

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. 

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: 

* Diampunkan dosanya yang lalu. 
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. 
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 



Sebenarnya memang banyak fadhilat dan amalan yang perlu kita tahu sebab semua yang kita lakukan tu memang tak nampak dengan mata kasar sekarang ni tapi yakin dan percayalah apa yang kita lakukan akan tercatat di kamus kita di akhirat kelak... 

Kalau nak tahu lebih banyak mengenai semua amalan ni beli la buku-buku yang berkaitan dengan kelebihan bulan REJAB, SYAABAN dan RAMADHAN. Saya berterima kasih pada maa dan kakak saya yang banyak mendorong saya untuk belajar dengan lebih mendalam tentang semua nie... terima kasih yee.... apa yang baik datang dari ALLAH dan yg x baik tu datang dari saya sendiri... 

Sekian, di sini slu yee... pesanan saya buat saudara dan saudari terutama wanita-wanita di luar sana jangan lupa cepat2 la ganti puasa yee sebab takut nanti x sempat plak.. hehehe..























No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)