Sunday, June 19, 2011

~JanGanlah BERSEDIH~

Alangkah Peliknya! Apa yang membuat
Manusia derhaka kepada ALLAH dan
mengapa mereka ingkar kepadaNya???



Emm...:-( Wanita sering dikaitkan dengan kisah-kisah yang menyedihkan dengan realiti kehidupan mereka sendiri. Wanita ni amat berharga sebenarnya. Kekecewaan membuatkan wanita bersedih kerana hal2 yang boleh menjatuhkan maruah bagi seorang wanita dan wanita juga dikatakan lemah daripada kaum lelaki. Betul ke???

Kenapa wanita dijadikan alat untuk kaum lelaki menggunakan kaum wanita untuk kepentingan mereka sendiri? Bukan semua kaum lelaki sebegitu, tetapi kebanyakan lelaki mengambil kesempatan dari golongan hawa yang lemah lembut ini. Hati kecilku terasa bagaikan di tusuk panah yang tajam apabila melihat dan mendengar wanita di pukul, di buli, di hina, di zina oleh orang2 yang tidak berperikemanusiaan. Sangat menyakitkan......

Persoalan selalu tertanya-tanya kenapa wanita di jadikan mangsa mereka? Wanita sebenarnya perlulah bangun dari kegelapan dan kesedihan mereka dari perkara-perkara yang boleh membuatkan mereka menangis dan kecewa kerana ditipu, ditindas dan dipermainkan oleh mereka yang tidak mempunyai hati dan perasaan kasih sayang, belas kasihan terhadap wanita. Wanita???? anda janganlah mudah terpendaya oleh janji2 manis dan percakapan oleh kaum lelaki 100%. Bertindaklah sewajarnya jika itu boleh menyakitkan anda.  Usahlah bersedih dengan apa yang berlaku mungkin ada hikmah di sebalikNya. Setiap manusia diuji oleh Allah s.w.t untuk menempuh dugaan, cabaran, dan liku2 kehidupan di dunai ini.

Janganlah di kau bersedih wahai wanita. Kamu semua sama seperti saya jua.  Saya pun seorang wanita dan saya tahu macam mana perasaan seorang wanita. Tambah2 lagi apabila perasaannya dipermainkan oleh kaum lelaki... Hanya ALLAH saja yang tahu. Memang menyakitkan tapi anda harus tahu mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah cepat2 la sedar dan banyakkan berdoa supaya diberikan petunjuk kepadamu.... insyaallah...........
Bagi saya biarlah saya bersedih sekarang daripada bersedih di kemudian hari. Saya dah banyak melalui kehidupan ini. Apa yang saya lakukan bila saya bersedih??? Banyakkanlah berzikir, berdoa, membaca Al-Quran supaya hati kita tenang. Memang kadang kala susah untuk menerima kenyataan tetapi anda harus yakin dan berusaha. Biarlah orang disekeliling kita melihat senyuman dalam tangisan kita daripada mereka melihat penderitaan kita. Bersabarlah wahai wanita sekalian. Sabar itu separuh dari iman. "Take time to rest your mind and put good things in ur heart". Harap-harap kamu faham apa yang saya katakan yee..

"Sabar adalah kunci kebahgiaan" dan ingatlah wahai wanita, janganlah kamu bersedih seorang diri kerana di luar sana masih ramai yang masih menemanimu wahai saudari2 ku sekalian..... Anda nak tahu???

Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah dan sedangkan hari ini adalah realiti. Bukankah kaum wanita telah menampilkan orang2 besar ke pentas dunia??? Jadi wanita bukan lemah lagi sekarang ni... wanita boleh bangun dari penindasan dan kekecewaan.. insyaallah...

ya-Allah...kuatkan semangatku..tabahkan hatiku..hanya pada-Mu tempat ku mengadu..

Sekian di sini dlu...

No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)