Monday, February 15, 2010

~BaGaiMaNa ANDA MaMpu MeNjaDi WANITA MUSLIMAH?~

Wahai saudaraku sekalian, setelah kita menempuh liku-liku bersama wanita yang mantap dalam akidahnya, ibadah, akhlak, keutamaan, ilmu, kebijaksanaan, dan tanggungjawab mereka kepada suami dn anak-anaknya, pengorbanan harta,jiwa demi agamanya yang tercinta. 

Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mencontohi mereka? Bagaimana kita hendak mengabdikasikan ke dalam kehiduoan ita sehingga menjadi teladan dalam pelbagai aspek?

Janganlah anda memohon maaf dengan menyatakan bahawa anda tidak mampu melakukannya, malah ia akan memperlemahkan kemahuan itu lantas mengendurkan semangat hingga merasakan anda tidaka mampu melakukannya. 

Pertama, anda mestilah menjadi sebagai seorang yang ikhlas kepada ALLAH. Kedua, ikhlasa kepada diri sendir, pada ucapan dan bagaimana caranya? Ketahuilah bahawa saudaraku sekalian, jika anda meyakini ALLAH SWT nescaya Allah akan mempercayai anda dengan hidayah dan pertolongan-Nya kepada anda dan menjdaikan anda wanita yang solehah.

Wahai saudara perempuanku, jawapannya tidak lain tidak bukan anda semestinya tah siapa diri anda yang sebenarnya. Dan harus diingatkan anda harus menentukan misi dan visi hidup anda.

PERTAMA : Apakah anda kenal siapa diri anda?
Dalam erti kata lain, apakah anda mengenali diri anda sendiri? Kebanyakan manusia yang sering menggunakan nama samaran atau jolokan yang tidak mengetahui maksud dan ertinya. Mereka tidak menganggapnya sebagai cermin kepada keperibadiannya malah sifat ini juga tidak memberikan apa-apa faedah yang baik dari segi pengaruh mahupun kemajuannya dalam kehidupan mereka. 

Hal ini nampak jelas, bagi mereka yang menisbahkan diri pada agama ini. Merkea dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam kehidupan ini. Mereka tahu dirinya dilahirkan dalam keluarga muslin tetapi mereka tidak melazimi diri mereka sendiri untuk bertanya tentang sifat yang perlu ada pada seorang muslim serta apakah perbezaan antara sifat ini dengan sifat yang lain.

Oleh kerana itu, kita harus menyeru kepad mereka agar mereka melatih diri untuk menjadi muslim dan muslimah sejati. Saya berharap anda faham dengan hakikat Islam yang sebenarnya. Islam adalah menyerahkan sepenuh jiwa kita terhadap Allah SWT dan menghadirkan perasaan tawaduk dalam hati serta merealisasikan sifat penghambaan diri kepadanya, menyucikan diri dari segala sekutu, musuh yang menghalang penyerahan ini, menyucikan diri dari hawa nafsu, akal, kebiasaan dan tradisi masyarakat ke arah sifat-sifat yang terpuji. 

KEDUA : Tentukan Tujuan Hidup Anda
Sebahagian manusia menjalani kehidupan tanpa tujuan dan sebahagian yang lain menjalaninya dengan tujuan jangka pendek. Sedangkan bagi seorang muslim yang benar-benar tahu bahawa dirinya Islam tidak mudah mengikut dengan ini dan itu. Ia menjalani hidup demi tujuan yang luhur dan pencarian agung yang membolehkannya mencipta kebahagiaan dunia dan akhirat. Inilah tujuan yang diburunya iaitu redha dengan ALLAH SWT. 

Ia terjaga dan tertidur, makan dan minum, berusaha dan bekerja, menanam dan menuai, belajar dan mengajar demi mencapai tujuan itu.
Jika seorang muslim memiliki perasaan seperti ini, serta menjadikannya sebagai penyuluh cahaya, lubang kebaikan dan sumber kebaikan pada orang di sekelilingnya, nescaya ia akan berjaya di dunia dan di akhirat, beramal untuk mencapai di syurga dan di akhiratnya, mengetahui dengan ilmu yakin bahawa keredhaan ALLAH SWT tidak akan wujud jika ia teragak-agak dalam melangkah atau membiarkan kehidupannya berlalu.

2 comments:

mohad said...

info yang menarik...

PuTriAjA said...

terima kasih ijad....

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)