Sunday, February 24, 2013

~CaNtiKkan WANITA dengan SyaRiaT~

Assalamualaikum semua pembaca blog... syukur alhamdulillah... anda semua sihat??? insyaallah... harap2 sihat2 hendaknya... amin........ saya di sini..alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih di beri kesihatan yang baik... 

haa... kali ni saya nak berkongsi dan menceritakan kepada anda mengenai apa yang di katakan dengan "Cantikkan WANITA dengan SYARIAT"... eemmm... sebenarnya panjang ceritanya tapi di sini saya pendekkan dan apa yang boleh disimpulkan dari pembacaan saya selama ini..



Jangankan lelaki biasa, 
Rasulullah SAW juga berasa sunyi, 
tanpa WANITA dalam hidupnya.. betul kan??? 

Tanpa WANITA
fikiran dan perasaan lelaki akan jadi resah, 
tetap ingin mencari walau telah ada segalanya.. 

Tapi?? kenapa ek??

Apakah yang tiada di dalam syurga?
Namun, Adam tetap rindukan HAWA,

Wanita dijadikan daripada tulang rusuk seorang lelaki, 
yang bengkok untuk diluruskan oleh seorang lelaki, 
tetapi sekiranya lelaki itu tidak lurus, 
mana mungkin kayu yang bengkok dapat menghasilkan 
bayang-bayang yang lurus???? 

betul ke???

Luruskan WANITA denagn SYARIAT, 
yang ditunjukkan oleh ALLAH, 
kerana WANITA memang diciptakan  
begitu oleh ALLAH....

Didiklah WANITA denagn panduan-Nya,
jangan menjinakkan WANITA dengan harta,
kerana nanti hati mereka jadi liat, 
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan semata-mata,
kerana kelak mereka akan menyesal dan menderita, 
kenalkan mereka kepada ALLAH
ZAT yang kekal dan itulah punca kekuatan dunia...

Akal WANITA
senipis rambutnya, 
tebalkan hati WANITA dengan ILMU, 
hati WANITA separa kaca, 
kuatkan mereka denagn iman, 
perasaan WANITA selembut sutera, 
hiasilah mereka dengan akhlak murni,
suburkan WANITA kerana dari situ mereka 
akan melihat, nilai dan keadilan...

Ya RABB, 
bisikkanlah ke telinga para WANITA, 
bahawa kelembutan itu bukan kelemahan, 
bukan juga diskriminasi TUHAN, 
tetapi di situlah terselit kasih dan sayang-Nya...

Jinakkanlah diri kepada ALLAH
wahai para SUAMI, 
maka akan dijinakkan segala-galanya, 
yang ada di bawah pimpinanmu, 
jangan bermimpikan WANITA 
semulia Fatimah al-Zahrah, 
andai dirimu tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu wajhah...




Sampai di sini dulu, insyaallah dengan sedikit ilmu dapat di kongsi sebenarnya sangat bermakna dalam hidup kita... Bukan senang atau mudah menjadi seorang WANITA sebenarnya, pelbagai cabaran, halangan dan dugaan harus ditempuhi untuk sentiasa dirahmati oleh ALLAH... dengan mengikut segala syariat-Nya, INSYAALLAH..tak kira di dunia atau akhirat kita akan selamat...

p/s:-Kepada WANITA2 di luar sana, sedarlah wahai kalian... kita hidup di dunia ni hanya sementara, jika kita telah melakukan kesalahan dan telah sedar akan kesilapan kita dahulu, masih belum terlambat sebenarnya untuk bertaubat dan menuju ke jalan yang diredhai ALLAH.... ok la semua.. yang baik semua datang dari ALLAH dan yang kurang datang dari saya sendiri... saya sudahi dengan assalamualaikum warahamtullahiwabarakatuh.... jumpa lagi...

Sekian...:)











No comments:

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

~Mu$LiM@H SoLeH@H~

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Graduation tickers

~My Blog List~

~My Pets~

< didi>

",)